Acara By: Ad Ops August 12, 2018 @ 9:00am

10 Lokasi Route Basikal Popular & Selamat Yang Wajib Anda Explore. Jom Kayuh!

Aktiviti berbasikal kini seakan menjadi trend dalam masyarakat kita. Trend ini merupakan sesuatu yang positif kerana berbasikal bukan sahaja mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan, malah ia juga boleh merapatkan ukhwah sesama insan.

Foto: Tally Press

Sebelum ini, mungkin terdapat kekangan untuk melakukan aktiviti ini kerana agak sukar untuk mencari lokasi yang sesuai dan selamat. Namun kini tidak perlu lagi risau kerana terdapat banyak pilihan lokasi berbasikal yang disediakan untuk penggemar aktiviti ini bagi melakukan aktiviti kayuhan mereka.

Jom explore 10 lokasi berbasikal di sekitar Lembah Klang yang menjadi port kayuhan popular dan selamat untuk masyarakat kota. No. 10 merupakan lokasi wajib untuk anda kunjungi!

1. Taman Metropolitan, Kepong

Foto: iTourism Malaysia

Taman yang berkeluasan 95 hektar ini mempunyai laluan untuk berbasikal sepanjang 3 kilometer. Anda boleh berbasikal secara santai sambil menikmati keindahan tasik yang berkeluasan 57 hektar.

2. Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Foto: Tripadvisor

Taman berkeluasan 41 hektar ini terletak di Prescint 11, Putrajaya. Laluan pejalan kaki dan berbasikal adalah pada laluan yang sama. Anda boleh berbasikal secara santai sambil menghayati keindahan landskap taman gaya Eropah. Laluan basikal sedikit berbukit dan anda mungkin akan kepenatan. Namun, jangan risau kerana anda boleh berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan.

3. Taman Botani Negara (Bukit Cherakah), Shah Alam

Foto: The Star

Taman agrikultur yang indah ini mempunyai kawasan seluas 1, 295 hektar. Anda yang datang ke sini boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini termasuklah aktiviti berbasikal. Tidak ada basikal? Jangan risau kerana pihak pengurusan taman ada menyediakan kemudahan menyewa basikal pada harga yang berpatutan.

4. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Foto: Bernama

Selain menjadi tumpuan untuk melakukan aktiviti senaman, kayak, riadah dan sebagainya, lokasi ini juga menjadi pilihan warga kota untuk melakukan aktiviti berbasikal. Apa yang menarik, anda boleh menyewa basikal yang disediakan untuk aktiviti berbasikal.

5. Laluan basikal Shah Alam

Pihak MBSA mengambil inisiatif menyediakan laluan trek basikal di Seksyen 4, Shah Alam untuk menggalakkan penduduk Selangor dan Shah Alam khususnya menjadi rakyat yang aktif dan sihat. Laluan berbasikal lebih kurang 2 kilometer ini boleh dicari di Bulatan Setia Jasa, Seksyen 4 berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

6. Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)

Foto: Says.com

 

Tidak seperti laluan basikal di taman-taman, laluan di sini agak berbukit dan dikelilingi persekitaran hutan. Ia terbahagi kepada beberapa jarak laluan iaitu 10 kilometer, 20 kilometer dan 30 kilometer. Aktiviti berbasikal di sini boleh dijalankan seawal 7 pagi sehingga 6.30 petang.

7. Taman Wetland, Putrajaya

Foto: Illy Ariffin

Taman Wetland Putrajaya terdiri daripada Taman Wetland yang berkeluasan 138 hektar dan kawasan sekitarnya yang berkeluasan 1977 hektar. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuklah aktiviti berbasikal. Anda boleh menyewa basikal pada harga yang berpatutan dan mengelilingi taman ini sambil menikmati keindahan alam semula jadi antaranya tasik dan burung flamingo.

8. Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Foto: Twitter

Sambil mengayuh basikal, anda boleh menikmati keindahan panorama di seluruh taman botani yang berkeluasan 170 ekar ini. Taman ini dibuka pada setiap hari dari jam 7 pagi hingga 8 malam. Anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan dengan hanya RM3 untuk 30 minit.

9. Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park)

Foto: Gokayu

Bagi mereka yang mempunyai kemahiran berbasikal yang lebih tinggi dan sukakan cabaran, boleh datang ke Taman Cabaran Putrajaya. Di sini disediakan laluan berbasikal untuk 2 kategori lasak iaitu MTB dan litar BMX. Trek MTB dengan jarak 9.1 kilometer ini dibina di kawasan hutan, ladang getah dan kelapa sawit yang ternyata memberikan cabaran tersendiri. Waktu operasi bermula pada jam 10 pagi sehingga 8 malam dan kemasukan adalah percuma.

10. Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor

Ya, ini adalah lokasi yang perlu anda serbu pada 23 September depan sempena C-Cycle Challenge 2018. Acara ini merupakan anjuran New Straits Times (NST) dengan kerjasama EcoWorld.

C-Cycle Challenge 2018 terbahagi kepada 2 kategori iaitu Century Ride dan Fun Ride. Century Ride terbahagi kepada 4 kategori kecil iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Terbuka Lelaki Senior dan Terbuka Berkumpulan.

Berikut merupakan route untuk kategori Century Ride dengan jarak sepanjang 160 kilometer. Kategori ini hanya dibuka bagi basikal jenis ‘road bikes’ sahaja.

Manakala bagi kategori Fun Ride pula, jarak laluan adalah sepanjang 35 kilometer. Kategori ini terbuka kepada semua peserta dan mana-mana jenis basikal.

Jadi kepada pencinta aktiviti berbasikal sekalian, jom daftarkan diri di www.nst.com.my/c-cycle sekarang! Pendaftaran secara online ini dibuka sehingga 24 Ogos ini. Jangan lepaskan peluang kerana banyak hadiah menarik (termasuklah cabutan bertuah) menanti anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Oct 2022

“Memang Genetik Lawa-Lawa Rupanya” – Penampilan Sopan Adik Janna Nick Curi Tumpuan Peminat

Pelakon dan penyanyi Janna Nick memuat naik foto menyambut ulang tahun adik perempuannya, Kissya Nick di laman Instagram. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 bersama ahli keluarga di sebuah […]

familuv Thu, 16 Apr 2020
Featured Fri, 26 Aug 2022

Sokong Guna Kanabis Untuk Perubatan, Caprice Siap Cadang Buat New Weed Order!

Confirm masalah Malaysia settle bila wakil rakyat ‘tenang’ – Caprice

Featured Thu, 7 Apr 2022
Featured Tue, 30 Oct 2018

Anak Ini Kongsi Kisah Bapanya Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Bapa ini mempunyai 5 orang anak dan 12 orang cucu.