Euforia Bola 2026
Acara By: Padin July 12, 2024 @ 12:05pm

Kreativiti Pereka Fesyen Muda Diuji, Jangan Sampai ‘Melacurkan’ Budaya

Ramai pereka fesyen muda di Malaysia menyimpan impian dan aspirasi untuk menjadi seorang pereka tersohor pada suatu masa nanti.

Golongan muda ini sentiasa mengintai peluang untuk mereka cipta pakaian yang memberi kepuasan bersandarkan beberapa elemen.

Menyedari hakikat itu, pereka fesyen Jonathan dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara, FM Group membuka peluang kepada pereka muda untuk menonjolkan rekaan mereka dalam International Cultural Fashion Week (ICFW).

ICFW akan berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos ini di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

ICFW merupakan salah satu program bawah acara Precious Of Malaysia yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.

“Kami sedar dan tahu, ramai sebenarnya pereka muda di luar sana yang berbakat besar dan mempunyai idea luar di luar kotak serta kreatif.

“Jadi, inilah peluang untuk mereka menonjolkan potensi yang ada demi mengejar cita-cita sebagai pereka fesyen terkenal suatu hari nanti,” katanya.

Menurut FM Group, berkarya tidak salah namun harus tahu batasnya.

“Kreativiti dan relevan mengikut trend itu bagus. Cuma nasihat saya janganlah sampai ‘melacurkan’ budaya kita menerusi fesyen yang anda reka.

“Maksud ‘melacurkan’ budaya itu adalah mereka cipta busana yang boleh mendatangkan persepsi negatif.

“Misalnya mereka baju Melayu yang jarang kainnya, guna tanjak dijadikan baju seksi untuk menutup bahagian dada dan sebagainya.

“Mungkin nampak kreatif bagi sesetengah orang tapi ia seolah-olah ‘mencemarkan’ identiti budaya Melayu.

“Apabila rekaan sebegini dibawa ke pentas peragaan ia dilihat seolah-olah mempersendakan budaya itu sendiri. Orang yang melihat pun sudah tidak kenal asal usul busana yang diperagakan.

“Pada pendapat saya, wujudnya masalah ini disebabkan kurang cakna pereka fesyen mengenai adat istiadat budaya.

“Pereka fesyen perlu memahami sekali gus menghormati identiti pakaian kaum yang dihasilkan.

“Ini kerana budaya kita ada nilai estetika sendiri, kena ikut resmi itu. Kena tahu asal usul setiap budaya, jangan overdo atau rosakkan budaya,” ujarnya.

ICFW platform untuk pereka muda, libatkan negara serantau

Pertandingan rekaan fesyen ICFW (International Cultural Fashion Week) yang merupakan salah satu program bawah Precious Of Malaysia ini adalah satu platform buat pereka muda.

FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedang mencipta nama.

“Ini masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.

“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2024 menyaksikan kelainan ICFW berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara negara serantau iaitu Indonesia, Filipina, Thailand dan India.

“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.

“Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.

“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.

Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.

Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.

Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1,000 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.

Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Acara Sun, 20 May 2018

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Sesi “Iftar@INTEKMA” menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

Acara Mon, 30 Apr 2018

Sebelum Tengok Filem Pulang, Baca Dulu Novelnya Untuk Ambil Feel

Lama lagi filem ini nak keluar wayang! Tak apa, baca dulu novel sebagai persediaan.

Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Acara Mon, 23 Dec 2019

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Bahasa isyarat sangat menarik sebenarnya!

error: Content is protected !!