Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin August 13, 2018 @ 4:00pm

Kalau Nak Jantung Kekal Sihat, Makan 5 Jenis Makanan Ini

Penyakit jantung dianggap sebagai pembunuh senyap yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal usia. Kalau anda nak tahu, golongan muda seawal 30 tahun juga boleh diserang penyakit jantung dan kes kematian juga dilaporkan meningkat.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. Feisul Idzwan Mustapha, untuk memastikan jantung lebih sihat, orang ramai digalak melakukan aktiviti fizikal pada setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi mengikut keupayaan individu. 

Selain itu, penyakit jantung boleh dielak melalui amalan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak mengambil alkohol, menangani tekanan dengan baik dan amalan pemakanan yang seimbang. Bukan itu saja, anda juga perlu tahu jenis-jenis makanan yang boleh dimakan untuk mengekalkan kesihatan jantung. Jom semak!

1. Tembikai

Foto: Skopje24.mk

Tembikai antara buah yang rendah kalori, tinggi serat, kaya dengan likopea dan mengandungi banyak antioksidan. Buah ini dikatakan baik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser selain membekalkan citrulline.

2. Yogurt

Foto: Provoke-online.com

Yogurt sememangnya kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mengandungi probiotik yang bagus untuk kesihatan. Ia dapat melindungi daripada penyakit gusi dan memberi manfaat kepada keseluruhan kesihatan, penghadaman dan kesejahteraan. 

3. Tomato

Foto: BBC.com

Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Avokado

Foto: BBC Good Food

Avokado kaya dengan potasium, vitamin C, serat dan karotenoid yang mampu menurunkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

5. Berries

Foto: Pixabayvv

Beri mempunyai antioksidan, bebas lemak dan rendah kalori. Pengambilan beri ini dapat meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol yang buruk. Bukan itu saja, beri juga dapat menggalakkan pertumbuhan tulang dan penukaran lemak kepada tenaga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Bernama & Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 8 Feb 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

Sihat Thu, 23 Aug 2018

4 Manfaat Beras Perang Yang Anda Tidak Tahu

Beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih.

Featured Sun, 18 Aug 2019

Risiko hamil kembar berbilang

Rawatan kesuburan IVF perlu pemantauan pakar

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Wed, 15 Apr 2020
Sihat Thu, 20 Sep 2018

Hati-Hati Para Ibu Hamil, Sakit Gigi Boleh Menyebabkan Keguguran Janin!

Ibu hamil yang mengalami sakit gigi juga boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Acara Thu, 12 Dec 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!

error: Content is protected !!