Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 19, 2020 @ 7:22pm

Kuarantin rakyat dari luar negara bantu kekang penularan

Pengurangan kes baharu positif COVID-19 sejak beberapa hari lalu membuktikan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk arahan kuarantin wajib terhadap semua rakyat yang pulang dari luar negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini. Foto: Harry Salzman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan supaya mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan Kerajaan berjaya mengekang penularan kes import.

“Di sesetengah negara, mereka tidak mengenakan arahan kuarantin wajib, sebaliknya hanya kuarantin diri sendiri, tetapi kita lihat tindakan berkenaan menyebabkan berlakunya kenaikan mendadak kes COVID-19 di negara berkenaan

“Kita faham ramai yang kurang senang dengan kuarantin wajib yang diperkenalkan Kerajaan, namun laporan yang diterima daripada Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, seramai 17 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara didapati positif COVID-19,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Malaysia mewajibkan rakyat yang baru pulang dari luar negara wajib dikuarantin selama 14 hari bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 – gambar hiasan. Foto: NSTP/Khairulnisa Lokman.

Malaysia mewajibkan semua rakyat yang kembali ke tanah air untuk dikuarantin wajib selama 14 hari bermula pada fasa dua PKP berikutan kemunculan kluster kes import yang menyebabkan jangkitan kes baharu.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat perlu mematuhi PKP dan tidak mempertikai arahan kuarantin wajib sekiranya mahu PKP ditamatkan segera.

“Tanpa kuarantin wajib sebelum ini, kita mendapati wujud kluster baharu iaitu kluster rakyat yang pulang dari luar negara, namun kini kerajaan mengambil langkah lebih ketat bagi mengawal penularan jangkitan kes import.

“Sekali lagi saya memohon dan merayu kepada rakyat agar mematuhi setiap arahan dikeluarkan Kerajaan supaya wabak ini dapat diputuskan rantaiannya dan secara tidak langsung juga PKP dapat segera ditamatkan,” katanya.

sekatan jalan raya ketika tempoh PKP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sebanyak 820 sekatan jalan raya di seluruh negara serta melakukan pemeriksaan ke atas 451,487 kenderaan, semalam – gambar hiasan. Foto: NSTP/Aswadi Alias.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sebanyak 820 sekatan jalan raya di seluruh negara serta melakukan pemeriksaan ke atas 451,487 kenderaan, semalam.

Sebanyak 51,706 pemeriksaan mengejutkan diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,861 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

PDRM menahan 1,111 individu kerana ingkar perintah PKP yang merangkumi 997 individu direman dan 114 individu dijamin polis, menjadikan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 14,750 individu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Aug 2022
Featured Tue, 30 Sep 2025

M. Nasir ‘Sang Genius’ Yang Masih Berbisa, Bawa 31 Lagu Di Konsert Cipta 3 – “Syukur Di Usia Ini Saya Masih Bekerja Lagi”

Datuk Dr M.Nasir sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menggegarkan pentas Konsert Cipta 3 dengan 31 buah lagu hit ciptaannya.

Eat Travel Sun, 31 May 2020

Malaysia juga ada pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat Kelantan

Tidak perlu ke Siam untuk menikmati pasar dalam sungai

Sihat Mon, 14 May 2018

Jambu Air Ada Khasiat Yang Tersembunyi. Anda Patut Tahu!

Jom makan jambu air setiap hari! Ini antara khasiat yang boleh anda dapat.

Featured Fri, 6 Jun 2025

Doh Kyung Soo Gegar Axiata Arena Untuk Konsert Siri Jelajah Asia ‘DO it! In Malaysia’ Pada 30 Ogos 2025

DO EXO Kembali menemui peminat di Malaysia dalam siri konsert jelajah Asia pertamanya.

error: Content is protected !!