Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 6, 2025 @ 5:00pm

Doh Kyung Soo Gegar Axiata Arena Untuk Konsert Siri Jelajah Asia ‘DO it! In Malaysia’ Pada 30 Ogos 2025

Vokalis paling memukau dari Korea Selatan, Doh Kyung Soo atau DO yang juga vokalis utama kumpulan K-pop terkenal EXO, bakal kembali menemui peminat tempatan menerusi Konsert Siri Jelajah Asia nya.

Konsert Doh Kyung So, DO it! In Malaysia ini akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 30 Ogos 2025.

Selepas kejayaan luar biasa pada konsert 2024, DO sekali lagi tampil memikat hati peminat dengan vokal mempesona dan personalitinya yang bersahaja.

Bukan itu sahaja, kali ini anak muda berusia 32 tahun itu juga kembali dengan pengalaman yang lebih besar dan matang apabila tampil dengan konsert penuh yang bakal menampilkan rangkaian lagu dan persembahan eksklusif yang menggambarkan evolusi seni DO sebagai penyanyi solo.

Bertemakan ‘DO it!’,  konsert ini melambangkan kematangan dan perjalanan seni DO yang mendalam serta penuh emosi sesuai dengan penghayatan vokal  luar biasa dan persembahan pentas nya yang memukau.

Dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan HS Entertainment, konsert solo pertama Doh Kyung Soo edisi Malaysia ini bakal memukau para peminatnya dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Untuk makluman, tiket akan mula dijual pada 9 Jun 2025, pada jam 12 tengahari di laman BookMyShow https://my.bookmyshow.com/e/DOIT25KL

Kategori Tiket:

  • Cat 1: RM988
  • Cat 2: RM888
  • Cat 3: RM688
  • Cat 4: RM488

Faedah Eksklusif Untuk Pemegang Tiket:

  • Pemegang tiket Cat 1 & Cat 2
    Akan menerima <DO it!> pouch edisi terhad yang direka khas untuk konsert di Malaysia.
  • Semua pemegang tiket
    Akan menerima satu set photo cards eksklusif.
  • 600 peminat bertuah
    Akan dipilih secara rawak untuk menerima DO it! Premium Pass & Lanyard, serta akses ke photo booth khas di lokasi konsert.
    ***(Pemenang akan diumumkan dalam tempoh terdekat sebelum tarikh konsert.)

Konsert solo siri jelajah asia DO it! In Malaysia ini turut direalisasikan dengan sokongan daripada rakan-rakan strategik seperti, CompanySoosoo (Agensi), Altus Prohouse (Pasukan Pemasara Tempatan), Hot FM, Fly FM, Eight FM, SAYS, Xtra, ViralCham (Rakan Media Rasmi).

Tidak ketinggalan, hangatkan konsert DO it! In Malaysia ini dengan hashtag, #DO #DOit2025 #도경수 #DOHKYUNGSOO #ASIACONCERT_DOit #CompanySoosoo #EXO #KyungSooLive #KpopConcertKL #DOitMalaysia #DOitTour2025,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 10 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-4 : #daiTV3 Selami Jiwa Penghuni Tanjung Rambutan

Jurnal Minggu Ke-4 : Membawakan tema Kasih Sayang Dan Kekeluargaan sambil menyelami jiwa dan kehidupan penghuni Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

‘Maafkan Saya’- Mamat Exists

Insya-Allah, saya akan mendapatkan rawatan sebaik sahaja konsert kami selesai nanti

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Luah Rasa Rindu, Kamal Adli Bersyukur Dapat Luangkan Masa Dengan Anak – “Terima Kasih Uqasha Kerana…”

Kamal Adli bersyukur dapat luangkan masa dengan anak selepas dua minggu tidak bertemu.

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Tonjol Sisi Serius Dalam Lakonan, Irudhi Strike Jadi Filem Terakhir Sathiya Sebelum ‘Kehilangan’ Kaki

Sathiya menyifatkan filem Irudhi Strike sangat istimewa kerana penonton masih dapat melihat dirinya beraksi seperti dahulu.

Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!