Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom August 13, 2018 @ 3:00pm

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Kebelakangan ini, penggunaan soda bikarbonat atau baking soda untuk tujuan kecantikan menjadi sangat popular di kalangan wanita kerana ia dipercayai mujarab.

Namun pengguna disarankan untuk berhenti segera daripada menggunakannya, kerana idea mengaplikasikan baking soda dalam perawatan kulit memberikan kesan yang buruk.

Ini kerana power of hydrogen atau yang sering dipanggil pH kulit manusia adalah sekitar 5.5, sedangkan baking soda memiliki pH9 yang terlalu berat untuk diterima kulit, lebih-lebih lagi jika ia dilarutkan dengan air yang secara langsung merosakkan keseimbangan pH kulit. Disebabkan penggunakan baking soda di kulit wajah dapat menyebabkan iritasi yang serius.

Foto: Chakru

Bertambah-tambah buruk lagi, baking soda biasa digunakan untuk membersihkan tandas, anda tahu atau tidak tentang perkara ini?

Justeru semakin kerap anda menggunakan baking soda, semakin banyak kerosakan kekal yang akan tertinggal pada kulit wajah.

Jika anda kini sedang dalam proses merawat masalah kulit tertentu, segeralah mencari alternatif lain.

Pemilihan produk berasaskan sumber semula jadi sentiasa menjadi rekomendasi Hijab & Heels kerana ianya selamat digunakan.

Sekiranya anda meragui produk alami, jalan yang terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat doktor yang akan memeriksa masalah anda dan memberikan ubat yang bersesuaian dengan kondisi kulit anda.

Sumber: Liputan6

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Jun 2022
Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Fri, 7 Nov 2025

Fasha Sandha Tepis Dakwaan Berhijab Punca Job Makin Kurang  – “Sebenarnya Imej Tidak Mendatangkan Kesan”

Fasha Sandha menegaskan perubahan imejnya bukan punca kurang terima tawaran.

Featured Wed, 11 Dec 2024
Featured Sat, 11 Nov 2023

Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

Alahai sebaknya! Moga Allah permudahkan urusan abang Nas sekeluarga. Aamiin🤲

Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

error: Content is protected !!