Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom August 19, 2018 @ 12:00pm

Pepero Chocolate Rice, Hidangan Kuih Raya Istimewa Di Aidiladha

Juadah kuih raya pada musim perayaan Aidiladha barangkali tidak sebegitu popular jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, jika anda menjadikan Pepero Chocolate Rice sebagai salah satu hidangan pada Hari Raya Haji nanti, confirm ia akan membuatkan tetamu anda terliur!

Apalagi cara penyediaan dan membuatnya tidak susah. Hijab & Heels begitu teruja untuk berkongsi dengan anda cara-cara menyediakan Pepero Chocolate Rice yang semestinya lebih lazat berbanding pepero biasa.

Bahan-bahannya:

  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 3 1/2 oz milk chocolate
  • 1 oz white chocolate
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • s 2 sudu besar gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu besar air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya:

  • Mula-mula, campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan.
  • Satukan tepung, gula, baking powder dan garam.
  • Gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi.
  • Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
  • Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.

Foto: whatsstewin

  • Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari.
  • Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.
  • Pastikan oven telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah Celcius.
  • Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

Foto: halaldepot

  • Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolate dengan kaedah double boiler.
  • Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.
  • Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat seperti chocolate rice mengikut citarasa anda.

Foto: Soompi

Hah! senang saja bukan? So, jangan lupa mencuba resipi yang sangat mudah disediakan ini sempena Aidiladha yang bakal diraikan tiga hari saja lagi. 

Sumber: Sentiasa Panas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 25 Apr 2020
Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Baked Cheese Macaroni Ini Memang Sedap, Jom Belajar Masak Sendiri

Jom hidangkan menu Baked Cheese Macaroni ini untuk majlis rumah terbuka anda.

Eat Travel Fri, 28 Sep 2018
Eat Travel Mon, 12 Nov 2018
Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

Hanya Guna 2 Bahan Saja Nak Buat Kek Oreo Kukus Viral Ini. Mudah Sangat!

Walaupun guna 2 bahan saja, rasanya tetap sedap!

Eat Travel Fri, 29 Jun 2018
Eat Travel Thu, 16 Jan 2020
Eat Travel Sat, 22 Sep 2018
Eat Travel Tue, 26 Jun 2018
error: Content is protected !!