Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom August 22, 2018 @ 4:00pm

Bertumit Tinggi Dan Berbulu Mata Palsu, Fieyna Tajudin Pesilat Wanita Paling Stail!

Anda rasa wow tak melihat gambar ini? Rare bukan, apabila seorang wanita dalam persalinan penuh gaya lengkap berhijab, bertumit tinggi dan berbulu mata palsu beraksi persis srikandi!

Pasti anda tertanya-tanya siapakah wanita ini? Fieyna Tajudin atau nama sebenarnya Noor Farhina Mohd Tajudin, 35, adalah seorang pelakon baru yang kini drama lakonannya sedang dimainkan di TV3 iaitu Semerah Cinta Umairah.

Menerusi drama trending itu, Fieyna memegang peranan sebagai kakak kepada Janna Nick yang memegang watak utama iaitu Umairah.

Berbalik pada keupayaan Fieyna dalam melakukan salah satu gerakan Seni Silat Gayong Pusaka sebagaimana foto di atas, ia bukanlah perkara yang mengejutkan kerana wanita ini sudah bergelumang di dalam gelanggang seni mempertahankan diri itu sejak berusia 13 tahun lagi.

Foto: NSTP/ AZIAH AZMEE

Foto: NSTP/ AZIAH AZMEE

Meski sudah lama tidak mengasah kemahiran bersilat, bintang baru  yang mempunyai iras wajah pelakon Siti Saleha itu, belum hilang rentak!

“Seni Silat, adalah warisan turun-temurun keluarga sebelah ibu saya. Allahyarham datuk saya adalah Tok Guru Silat Melayu. Malah ibu saya sendiri mempunyai kemahiran bersilat termasuk dua saudara kandung beliau.

“Sementara saya dan lima beradik yang lain juga mempelajari ilmu persilatan tetapi kami tidak dia sempat berguru dengan arwah datuk. Sebaliknya kami enam beradik berguru dengan guru Silat Gayong Pusaka di Gelanggang Pusat Gurun, Kedah. Dua adik saya  pernah menyertai pertandingan silat di SUKMA (Temasya Sukan Malaysia),” katanya.

Signifikasi ilmu persilatan dan kerjaya lokanan Fieyna yang baru tiga tahun bertapak, kemahiran yang ada tidak disia-siakan malah diguna pakai.

Selepas menjayakan dua filem yang memerlukannya beraksi dalam babak ‘fighting’ iaitu Patriot dan Geran yang bakal menjengah pawagam pada  November nanti, Fieyna sekali lagi bakal menggunakan skil bersilat di dalam sebuah pementasan teater berjudul Bingkas Timur arahan pelakon senior, Shammas Abu Ali, yang juga merupakan pemain watak utama, Umar.

Sebelum menjurus kepada permainan wataknya menerusi teater berkenaan, sedikit input mengenai filem Geran, guru-guru persilatan Fieyna bersama anak-anak Gayong yang lain turut terbabit dalam pembikinan filem ini. Macam best je!

“Saya memegang watak sebagai Mawar isteri kepada Umar. Wanita Melayu yang sarat ciri santun dan kesopanan, penyayang juga taat pada suami dan agama, Mawar menyokong perjuangan suaminya.

“Malah ada sebahagian kecil babak, saya akan bersilat untuk membantu perjuangan Umar,” katanya.

Foto: Produksi Bingkas Timur

Menerima naskah ini tanpa memikirkan soal bayaran, Fieyna yang pertama kali berlakon teater hanya mahu menimba pengalaman membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton. Malah percaya untuk menjadi pelakon yang hebat, teater adalah gelanggang terbaik untuk mengasah bakat sebenar seorang pelakon.

Bingkas Timur adalah sebuah epik metafora tentang kesatuan dan kebangkitan rumpun Melayu di Nusantara menentang penindasan dan kezaliman.

Sebermula senario penghidupan sebuah daerah yang tertindas oleh pemerintahan yang zalim dan haloba. Bangkitnya seorang pemuda dengan hasrat membela tetapi telah mencalarkan keegoan antagonis. Maka disembunyikanlah pemuda ini bagi meredakan suasana.

Foto: NSTP/ AZIAH AZMEE

Bulan berselang tahun berganti antagonis semakin berkuasa menindas yang lemah. Si pemuda yang kini sudah bergelar bapa bangkit kembali dengan bertopeng membela nusa.

Pementasan Bingkas Timur anjuran Persatuan Teater Anak Melayu (TAMU), akan diadakan pada 7 dan 8 September bertempat di Auditorium D’sury, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan jam 8 malam.

Teater percuma khusus untuk tontonan ramai ini, bakal dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Datin Dr Wan Azizah.

Jadi apalagi tunggu, jomlah kita beramai-ramai ke pementasan teater Bingkas Timur September nanti!

Foto: NSTP/ AZIAH AZMEE

Solekan: @renrzyam_kualalumpur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Sep 2021
Featured Sat, 10 Dec 2022

Akibat Ingin Sambung Belajar Ke Peringkat Sarjana, Farisha Iris Digelar ‘Andartu’

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris pernah berhasrat ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan tidak mengambil remeh mengenai pendidikan biarpun memilih menjadi anak seni. Artikel Berkaitan: Bergelar Anak Seni Tak Jadi Penghalang Farisha Iris […]

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Marissa berharap semua pihak menghentikan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Trending Wed, 24 Jun 2020

Sebak! Ibu Melutut Depan Pegawai Polis Selepas Selamatkan Nyawa Anaknya 3 Tahun Lalu

Cukup sayu. Tular sebuah video di laman sosial media mengenai seorang wanita yang melutut di hadapan anggota polis selepas terhutang budi kerana menyelamatkan nyawa anaknya.  Kejadian yang berlaku di China itu bermula apabila dua orang anggota […]

Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Trending Sat, 25 Jan 2020
Featured Sat, 6 Sep 2025

Marsha Milan Syukur ‘Hening Rindu’ Rangkul Trofi Emas Bagi Kategori Reka Bentuk Bunyi Terbaik Di Anugerah Content Asia 2025

Marsha, 40, menzahirkan penghargaan buat semua yang terbabit dalam pembikinan lagu tersebut.

error: Content is protected !!