Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin August 27, 2018 @ 12:08pm

8 Manfaat Pelukan Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda, dengan hanya 1 pelukan ia mampu memberi banyak manfaat kepada anak anda? Manfaat pelukan ibu bapa kepada anak ternyata memberi banyak kebaikan untuk anak anda dan ia juga disokong oleh Sains yang menjalankan banyak penyelidikan mengenainya.

Berapa kali anda memeluk anak anda setiap hari? Lepas anda semak manfaat pelukan kepada anak ini pasti akan buat anda teruja untuk memeluk anak setiap masa!

Foto: Anna Riabzew

1. Menguatkan kasih sayang

Setiap pelukan akan membuatkan anak terasa kasih sayang mengalir daripada ibu bapa kepada dirinya. Itu sudah cukup membuatkannya gembira.

2. Meningkatkan keyakinan diri

Kalau anda nak tahu, apabila anak sedang bersedih, tidak semua kata-kata nasihat serta sokongan dapat mengembalikan emosinya. Tapi, dengan pelukan ia dapat memulihkan kembali emosinya dan dapat mengembalikan keyakinan diri mereka. 

3. Menyembuhkan hati

Percaya tak, kuasa pelukan bukan hanya bermanfaat untuk anak-anak, tetapi juga untuk ibu bapa. Kadang-kadang emosi ibu bapa sendiri tidak menentu dengan adanya pelbagai masalah. Namun, kuasa pelukan dapat merawat dan menenteramkan jiwa. Peluklah suami dan anak-anak anda!

4. Mengurangkan tekanan

Menurut saintifik, pelukan dapat meningkatkan aras hormon oksitosin yang dapat menyembuhkan rasa stres atau marah. Jadi, kalau anda stres janganlah marah anak anda, sebaliknya peluklah mereka dengan penuh kasih sayang. 

5. Menaikkan mood

Pelukan yang erat dan lama dapat meningkatkan aras hormon serotonin dalam badan yang mampu menaikkan paras kegembiraan seseorang.

Foto: Huggies

6. Menyihatkan jantung

Hanya 10 saat sahaja setiap hari, pelukan ibu dapat menyihatkan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengimbangi degupan jantung.

7. Meningkatkan IQ anak

Kehangatan pelukan ibu dapat merangsang pengaliran darah ke otak.

8. Mengawal emosi negatif

Anak yang sering dipeluk biasanya akan lebih tenang dan tidak mudah marah. Malah, mereka akan kelihatan lebih matang dan lebih bijak membuat pilihan serta bertindak lebih rasional.

Jadi, sentiasalah peluk anak dan orang-orang kesayangan anda setiap hari ya!

Sumber: SirapLimau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Sep 2025
Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Mon, 12 Sep 2022

Kerap Muncul Dalam Filem Beruniform, Netizen Naik Muak Dengan Hairul Azreen?

Alamak apa kes? Tak ada angin tak ada ribut nama Hairul Azreen jadi sebutan 🥵🤭

Featured Thu, 12 Mar 2026

“Kalau Sekali Dua Lewat Tak Apa, Tapi Kalau Hari-Hari Itu Kurang Ajar” – Rosyam Nor Tegur Sikap Pelakon Datang Lambat

Pelakon versatile, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu pelakon yang didakwa datang lambat ke set penggambaran.

Featured Sat, 23 Aug 2025
Events Mon, 13 Jun 2022
Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

error: Content is protected !!