Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Yanie Baharom August 31, 2018 @ 11:00pm

4 Jenis Nasihat Yang Parents Lain Tak Suka Dengar

Para ibu memang mudah teruja kalau bercerita soal anak dan kadangkala tu, ibu-ibu otai atau senior memang ringan mulut untuk memberikan nasihat terutamanya jika individu yang ditemui mereka itu baru pertama kali menjadi ibu.

Meskipun niat ikhlas memberikan nasihat itu tidak salah sama sekali dan berkemungkinan juga nasihat anda amat dialu-alukan, tapi awas ya kerana terdapat beberapa sempadan perbualan yang perlu dijaga.

Melainkan jika individu itu sendiri datang dan mendekati anda untuk mendapatkan nasihat. Berikut adalah 4 perkara yang sebaiknya elak daripada berlaku.

Foto: Mamamia

1. Menyusu badan

Tidak dinafikan banyak manfaat boleh diperoleh dari penyusuan badan kerana ia membekalkan nutrisi terbaik untuk si kecil selain mewujudkan bonding antara ibu dan bayi itu sendiri.

Namun, topik penyusuan akhirnya bergantung kepada pemilihan peribadi individu itu sendiri. Anda jangan memandai memberikan nasihat dan saranan seperti menggesa teman-teman atau kenalan anda untuk menyusu badan.

Ada sesetengah orang bukan tidak mahu menyusukan badan tetapi mungkin mereka tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian disebabkan faktor kesihatan atau faktor keterbatasan kerja yang menghalang. Jadi berhati-hati dengan tutur kata anda bimbang ada touching!

2. Cadangan pemakanan

Bab yang satu ini memang sensitif sikit. Ada ibu bapa kata “suka hati akulah nak bagi makan apa, anak aku bukan anak kau!”.

Walaupun kita cuba memberikan nasihat bahawa makanan segera itu tidak bagus dan terdapat pelbagai menu sihat yang boleh disedikan sendiri, tapi ada ibu-bapa merasakan mereka tidak perlukan bantuan nasihat kerana percaya sebagai parents tentu saja mereka juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Fikir sejenak implikasi yang akan berlaku disebabkan tindakan anda. Elak suasana pertemuan menjadi tegang, tidak selesa dan dingin.

3. Tegur sikap anak kepada kenalan anda

Ini part paling sentap! walaupun sesetengah ibu-bapa tahu yang perangai anak mereka out of control, nakal tahap tak boleh ampun dan terkinja-kinja, tapi sebaiknya jangan beri sebarang komen.

Apatah lagi, kalau ibu-bapa mereka sendiri sejenis tidak reti menegur perangai anak-anak. Alasan klise, biasalah budak-budak!

Walaupun nasihat yang ingin disarankan itu untuk kebaikan anak mereka dan mungkin anda rimas dengan suasana bingit sebenarnya, tetapi teguran anda itu boleh menyebabkan perang mulut dan pergaduhan. Salah satu sebabnya parents yang sudah malu dengan kelakuan anak mereka, akan melenting untuk cover up malu mereka.

Seeloknya anak orang, biarlah emak bapaknya yang tegur!

4. Perubahan fizikal

Tidak kira berstatus ibu atau tidak, teguran mengenai perubahan fizikal dan biasanya wanita akan mengembang selepas melahirkan anak, isu yang sangat sensitif.

Ramai menghadapi masalah menurunkan berat badan  sebenarnya selepas bersalin walaupun gigih berusaha mungkin kerana terlalu bahagia agaknya dan ada pula sudah malas menjaga penampilan kerana kekangan masa. 

Apapun topik berat badan ini teramatlah sensitif. Kadang kita cuma cakap naik badan, tapi penerimaan sahabat kita lain. Mereka fikir kita mungkin ingin memberitahu yang mereka sudah gemuk! Haih macam-macam!  

Okay itu saja perkongsian Hijab & Heels. Ingat elakkan empat perkara ini untuk mewujudkan suasana harmoni tatkala bertemu dengan teman-teman mahupun kenalan anda yang mempunyai anak kecil mahupun baru melahirkan anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 10 Apr 2020

Manipulasi warna makanan untuk anak yang tidak gemar makan

Helah berbeza tarik kehendak anak makan

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

familuv Tue, 9 Jul 2019
familuv Fri, 3 Apr 2020
familuv Wed, 3 Apr 2019

Bahagia bersama Nedim, Nora Danish dedah ‘bela’ sesuatu?

Pasangan romantis ini baru meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka

familuv Thu, 20 Dec 2018

8 Tip Bagi Merancang Parti Hari Jadi Untuk Anak Anda Dengan Jayanya

Kalau tak dirancang dengan betul, huru-hara pula jadinya nanti.

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

error: Content is protected !!