Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops September 3, 2018 @ 4:00pm

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Bagai ranting yang dipatahkan. Tajam tapi rapuh. Prak!

Ibu berbangsa British, Shona Keetley mendengar bunyi ini ketika dia dan anaknya George yang berumur 18 bulan, menuruni sebuah papan gelongsor bersama-sama.

Sebelum itu, George merengek kerana teringin sangat untuk naik slide itu, jadi Shona pun memenuhi permintaannya.

Kerana George adalah terlalu kecil untuk menaikinya seorang diri, Shona membuat keputusan untuk join sekali dan meletakkan George di celah kakinya. Kerana mereka nak cepat, Shona tak tanggalkan kasut anaknya.

Malangnya, separuh jalan di atas papan gelongsor itu, kasut George tersangkut pada permukaan slide plastik itu lalu lutut kanannya terlipat ke arah bawah badannya.

Shona dapat dengar dengan jelas saat kaki George patah! Aduuuuh!

Dapatkah anda bayangkan betapi sakitnya rasa apabila tulang patah? Kalau orang dewasa pun tak tahan, inikan pula anak kecil.

Foto: Shona Keetley

“Saya tak sangka ia boleh jadi seteruk itu,” tulis Shona dalam akaun Facebook untuk Channel Mum. “Tapi anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya kakinya patah.

“George berhenti menangis dalam perjalanan pulang ke rumah, jadi saya tak rasa kejadian tadi sebenarnya serius. Apabila dia turun dari sofa dan terus jatuh ke lantai barulah saya perasan yang kakinya ‘tak berfungsi’.

“Kami terus membawanya ke pusat kecemasan, dan sambil itu saya ingat mungkin ototnya tergeliat atau kakinya terseliuh. Saya tak sangka langsung doktor akan beritahu kami yang kakinya telah patah.”

Peringatan untuk semua

Kemalangan tragis George bukanlah kes pertama yang dilaporkan. Heather Clare, seorang ibu dari Amerika, juga ada pengalaman yang sama dan dia memuat naik sebuah post mengenainya di Facebook setiap tahun.

Kejadian tersebut telah berlaku pada September 2015 di New York. Clare dan anaknya Meadow (ketika itu berumur 12 bulan) telah menuruni sebuah papan gelongsor, sama saja gayanya dengan Shona.

Dalam perjalanan ke bawah, kaki Meadow tersangkut di antara kaki ibunya dan bahagian tepi papan itu dan bengkok ke belakang.

Akibatnya, kaki kecil Meadow telah patah dalam beberapa lokasi; cuma 3 hari selepas dia sudah boleh mula berjalan dengan sendiri.

Owww!

“Gambar ini diambil ketika kakinya patah. Dia nampak masih tersenyum… kerana ia berlaku tepat pada waktu ini,” tulis Clare sebagai caption.

“Meadow menangis teruk sebaik saja kami mendarat,” Clare memberitahu majalah People. “Hati saya remuk apabila menyedari yang saya telah menyebabkan kesakitannya.”

Dia berkata lagi yang doktor di pusat kecemasan telah memberitahunya, kejadian sebegini sebenarnya sering berlaku. Clare tak tahu langsung! Dia ingat orang selalu membawa anak kecil mereka naik papan gelongsor sama-sama.

Tahun lepas, American Academy of Pediatrics telah melaporkan yang hampir 353,000 kanak-kanak di bawah umur 6 tahun telah mengalami kecederaan yang melibatkan papan gelongsor di Amerika Syarikat dari 2002 ke 2015. Kebanyakannya adalah patah kaki.

Peratusan tertinggi telah berlaku kepada golongan kanak-kanak termuda iaitu yang berumur di antara 12 dan 23 bulan.

Foto: globalnews.ca

Ambil iktibar

Para penulis laporan tersebut mengesyorkan supaya orang dewasa tidak membawa anak kecil untuk menaiki papan gelongsor.

Jika anda rasa anak anda belum cukup besar atau bersedia untuk menuruni papan gelongsor dengan sendirinya, jadi mereka tak patut lakukannya langsung.

Jika anda menemaninya pun, tak kiralah sama ada anda memangkunya di atas peha, ataupun anda letakkannya di celah kaki, tak gerenti yang ia selamat.

“Saya kongsikan gambar kemalangan Meadow setiap tahun dengan harapan kesakitan yang Meadow rasai serta rasa bersalah yang masih membelengu diri saya, dapat menyelamatkan kanak-kanak lain daripada melalui pengalaman yang sama,” kata Clare.

Dengan kongsi video kejadian yang berlaku terhadap George, Shona juga ingin ibu bapa lain mendengar dan melihat kejadian perit ini, supaya mereka boleh mengambil iktibar dan mengingatkan diri mereka agar tidak melakukan kesilapan yang serupa.

“Saya ingin tingkatkan kesedaran tentang betapa mudahnya kemalangan sebegini boleh berlaku. Sesuatu yang nampak harmless dan innocent sebenarnya adalah membahayakan.

“Anda takkan jangka yang ia boleh berlaku tapi dalam sekelip mata, apa-apa pun tak mustahil,” tulis Shona lagi.

Jika anda berani, ini video Shona. Awas! Ia mengandungi adegan yang kurang sesuai untuk ditonton oleh sesetengah orang.

Lain kali anda membawa si kecil ke taman permainan, ingat, ya! Kongsikan artikel atau info ini kepada ibu bapa lain, supaya kemalangan tidak berlaku.

Sumber: Kansas City Star, Channel Mum

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Fri, 21 Sep 2018

Ada Apa Dengan Gelaran Pasangan Sepadan Sedang Hati Tidak Bahagia

Satu kajian mendapati wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik daripada mereka.

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Tue, 13 Aug 2019

Jangan biar anak main di sekitar 5 jenis pokok hiasan yang merbahaya ini

Tampak cantik tetapi racunnya boleh membawa maut!

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

familuv Fri, 8 Mar 2019

Ikuti cara Rasulullah SAW melayan isterinya. Cukup indah!

Khas buat suami isteri yang ingin hangatkan rumah tangga.

familuv Mon, 26 Nov 2018
familuv Fri, 8 Feb 2019

Kaedah pecahan harta dibuat jika suami berpoligami. 

Setiap isteri mempunyai hak yang sama ke atas harta pusaka suami

error: Content is protected !!