Sihat By: Ad Ops September 6, 2018 @ 1:06pm

Inilah Cara-Cara Paling Sihat Untuk Memasak Telur

Ada macam-macam cara untuk masak telur. Ia bukan saja murah, mudah didapati dan sedap, ia juga merupakan makanan ruji untuk sarapan dan snek yang perfect.

Walau bagaimanapun, mungkin anda tak perasan, tapi besar kemungkinan cara anda memasak telur selama ini telah menghapuskan nilai nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Tak apa, tak apa. Di sini disenaraikan cara-cara paling common untuk memasak telur dan teknik yang betul yang anda patut ikuti.

Teknik-teknik ini disarankan kerana mereka adalah cara paling sihat untuk memasak telur. Nescaya ia akan kekalkan kandungan nutrisi telur dan pada masa yang sama, kurangkan kandungan kalori dalam masakan telur anda.

Ada urutan, tau! Nombor 1 adalah paling sihat, manakala nombor 5 adalah paling tak menyihatkan. Lain kali anda nak masak telur, ingat tip-tip yang dikongsikan ini.

1. Mentah

Foto: Hapa Nom

Memanaskan telur boleh menghapuskan elemen nutrisi yang terkandung di dalam telur kuning. Jadi jika anda berani, makanlah secara mentah. Gerenti anda akan dapat lebih banyak khasiat daripada jika telur anda dimasak.

Cuma hati-hati dengan salmonella; ia boleh menyebabkan keracunan makanan. 

2. Carak (poached)

Foto: Flickr/Neil Conway

Telur carak mengandungi lebih kurang kalori dan lemak daripada telur yang digoreng kerana ia tak memerlukan banyak haba dan tambahan minyak. Jika anda ingin jadi lebih sihat tapi classy, gunakan cara masak telur ini.

3. Rebus

Foto: zaimoku_woodpile/Flickr

Ini bukan saja cara paling mudah dan cepat untuk memasak telur. Ia juga salah satu cara yang paling sihat. Teknik ini mengekalkan struktur telur kuning dan menyimpan kesemua nutrien dalam satu lokasi yang stabil.

4. Hancur (scrambled)

Foto: Steven Depolo/Flickr

Untuk mengurangkan kandungan kalorinya, gunakan air dan bukannya susu apabila memasak scrambled eggs. Dengan cara ini, hasil masakan anda mengandungi jumlah lemak, kolesterol dan kalori yang sama dengan jumlah untuk telur rebus.

Kalau nak lebih sihat, asingkan telur putih dan kuning dan hanya gunakan yang putih.

5. Goreng

Foto: Valentina Proskurina/Shutterstock

Teknik ini menggunakan jumlah haba paling tinggi antara semua teknik. Haba ini akan mengganggu komposisi kimia dalam nilai nutrisi sesebiji telur itu.

Supaya ini tak terjadi, gunakan non-stick pan, ataupun minyak kelapa jika anda ingin menambahkan sedikit lemak sihat ke dalam masakan anda.

Jadi lepas ini, jika anda nak enjoy rasa telur tapi juga nak hapuskan kandungan kalori yang tak diingini, mungkin anda patut ubah cara memasak anda.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 4 Oct 2019

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Jangan ambil mudah bengkak susu

Featured Thu, 26 Mar 2020

Tunku Azizah mohon rakyat doakan keselamatan baginda sekeluarga

Turut bimbang 9 petugas yang disahkan positif COVID-19

Featured Thu, 20 Feb 2020

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian!

Sihat Tue, 23 Oct 2018
Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Tip Untuk Membantutkan Tabiat Suka Makan Snek Tanpa Henti

Jika anda ketagih, baik anda ikuti cara-cara pencegahan ini.

Sihat Fri, 27 Jul 2018

Inilah Kenapa Anda Cepat Lupa Nama Orang Yang Baru Anda Kenal & Cara Mengingatinya

Malu betul kalau berjumpa balik, tapi tak ingat nama dia.

Sihat Sat, 11 Jan 2020
Sihat Tue, 18 Sep 2018
Featured Wed, 28 Aug 2019
Sihat Fri, 27 Jul 2018

6 Jenis Senaman Mudah Untuk Hilangkan Rupa Double Chin

Tak rasa confident pulak bila ada double chin!