familuv By: Yanie Baharom September 7, 2018 @ 3:00pm

Penyusuan Badan Membekalkan Nutrisi Terbaik Untuk Bayi Tapi…

Dapat membekalkan kesemua nutrisi terbaik kepada bayi melalui penyusuan badan, merupakan satu kepuasaan bagi para ibu.

Proses penyusuan 10 hingga 15 minit setiap hari, bukan saja membentuk kekebalan sistem imunisasi si kecil. Bahkan mewujudkan bonding antara bayi dan ibunya.

Ia juga memberi banyak kebaikan pada si ibu, salah satu adalah mengurangkan risiko mengidap penyakit kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari.

Meskipun semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun, namun para ibu yang mengidap HIV tidak dibenarkan sama sekali berbuat demikian jika sayangkan anak anda.

Perkara ini telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan HIV/AIDS Bil. 1/2001.

Mengapa Bayi Yang Dilahirkan Oleh Ibu HIV Positif Tidak Boleh Disusukan Oleh Ibu Mereka?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO), di negara-negara membangun, risiko bayi untuk mendapat jangkitan daripada ibu kepada bayi yang dilahirkan adalah sekitar 30% – 35% dan bayi yang disusukan dengan susu ibu mempunyai risiko tambahan sebanyak 15%.

Kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang HIV positif dijangkiti virus HIV semasa penyusuan susu ibu, di mana penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang panjang akan lebih mendedahkan bayi kepada jangkitan.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko bayi mendapat jangkitan, iaitu kekurangan vitamin A dan keadaan payudara, seperti :

  • Puting merekah
  • Mastitis
  • Abses payudara

Foto: aftruth.com

Bagaimana Jangkitan Virus HIV Daripada Ibu Kepada Bayi Boleh Terjadi?

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV biasanya mendapat virus ini daripada ibunya yang dikenali sebagai “Jangkitan Ibu ke Anak atau Mother to Child Transmission (MTCT)” iaitu jangkitan melalui :

  • Uri semasa kehamilan.
  • Darah dan cecair semasa proses kelahiran
  • Penyusuan susu ibu.

Namun, tidak semua bayi yang dilahirkan oleh ibu HIV positif akan dijangkiti oleh virus ini. Dianggarkan bayi yang dilahirkan oleh ibu HIV positif tidak dijangkiti oleh virus ini walaupun tanpa sebarang rawatan. Sebanyak 5 – 20% bayi akan mendapat HIV melalui penyusuan susu ibu dan risiko akan berterusan selagi ibu masih meneruskan penyusuan.

Anggaran risiko dan tempoh jangkitan virus HIV apabila ibu tidak diberi rawatan:

Sewaktu mengandung : 5-10%

Sewaktu kelahiran: 5-10%

Sewaktu penyusuan susu ibu: 5 – 20%

Risiko keseluruhan dengan penyusuan sehingga 6 bulan: 20-35%

Risko keseluruhan dengan penyusuan 18-24 bulan: 30-45%

Apakah Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jangkitan Virus HIV Daripada Ibu Kepada Bayi?

  • Tempoh penyusuan susu ibu.
  • Penyusuan susu ibu bercampur dengan susu lain (mixed feeding).
  • Keadaan kesihatan payudara dan kesihatan mulut bayi.

Jika seorang ibu mendapat jangkitan HIV semasa mengandung atau semasa menyusu, akan terdapat tahap virus yang tinggi di dalam badan. Dalam keadaan ini, bayi menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti. Manakala jika ibu menghidapi penyakit tersebut pada tahap yang serius dan tidak mendapat apa-apa rawatan didapati tahap virus yang lebih tinggi di dalam badan dan akan lebih mudah menjangkiti bayi.

Virus HIV juga boleh menjangkiti bayi pada bila-bila masa dalam tempoh penyusuan. Secara amnya, lebih lama penyusuan susu ibu dijalankan, lebih tinggi risiko bayi untuk mendapat HIV positif.

Bagaimana Susu Gantian Boleh Membantu Bayi?

Penyusuan susu gantian adalah pemberian susu lain yang mengandungi semua jenis nutrien kepada bayi yang tidak menyusu susu ibu sehingga bayi tersebut boleh menerima makanan keluarga sepenuhnya.

Ini bermaksud dalam tempoh 6 bulan pertama, susu gantian yang diberi hendaklah bersesuaian dengan keperluan bayi. Selepas bayi berumur 6 bulan, susu gantian diberi bersama makanan pelengkap yang lain. Di Malaysia, susu gantian bagi bayi yang ibunya HIV positif adalah Rumusan Bayi.

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 22 Jul 2019
familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

familuv Thu, 16 Aug 2018

Ini Tip-Tip Penting Untuk Ibu Bapa Apabila Membaca Buku Dengan Anak

Anda perlu pastikan anak anda mendapat faedah daripada aktiviti ini.

familuv Mon, 29 Oct 2018

Inilah Resipi Frozen Yogurt Strawberi & Pisang Yang Anda Boleh Buat Dengan Si Kecil

Senang sangat, tapi anda perlulah juga berikan pengawasan.

familuv Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] “Tak Pernah Tinggi Suara” – Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

Alhamdulillah dah 19 tahun dah perkahwinan Aaron Aziz dan isteri, semoga sentiasa bahagia disamping family tersayang.

familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

familuv Mon, 31 Dec 2018

15 Modern Design Ideas For Your Baby’s Bedroom

Don’t go for the traditional, pastel-coloured theme anymore!

familuv Tue, 1 Nov 2022

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan. Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia […]

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!