Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom September 18, 2018 @ 4:00pm

Jangan Gunakan 7 Produk Kecantikan Ini Secara Berlebihan Kerana Ia Boleh Memudaratkan!

Penggunaan produk kecantikan ternyata berupaya untuk memberi nilai tambahan kepada kecantikan seseorang. Namun begitu, ia juga boleh membinasakan kecantikan yang didambakan anda sekiranya ia digunakan secara berlebihan.

Jom semak apakah antara 7  produk kecantikan yang berbahaya untuk anda jika diguna secara berlebihan:

1. Primer 

Foto: Moms Makeup Stash

Kebanyakan primer diperbuat daripada silikon dan silikon ini akan berada di atas permukaan kulit anda.

Fungsinya adalah untuk melicinkan kulit dan untuk mengurangkan liang-liang roma yang besar.

Tapi tahukah anda ia juga boleh memerangkap peluh dan minyak di dalam liang dan menyebabkan jerawat?

Jangan pakai primer setiap hari dan hanya gunakan produk kecantikan ini untuk majlis khas. Di samping itu, pastikan anda guna pembersih muka yang boleh menghilangkan silikon pada muka. – Pakar kosmetik, Allan Avendaño

2. Produk kecantikan dengan bahan Retinol

Foto: LaLa Daisy

Retinol datang dalam formula yang berbeza-beza di pasaran, dan anda pasti akan melihat banyak iklan yang menyarankan produk ini. Kandungan retinol paling mudah didapati di dalam cleansing wipes.

Namun, jika produk tersebut tidak disahkan selamat oleh pakar dermatologi yang berdaftar, kandungan retinol dalamnya mungkin terlalu kuat sehingga boleh mengelupaskan kulit atau menyebabkan kulit rasa terbakar.

Pengguna produk ini biasanya akan mengalami kulit kering apabila mula menggunakan retinol. Kandungan retinol yang selamat adalah 0.5 sahaja, sekali atau dua kali seminggu. – Perunding Dermatologi Avon, Dr. Kim Nichols.

3. Syampu dengan agen penjernih

Foto: Nutrafol

Penulis suka menggunakan syampu dengan agen penjernih untuk membersihkan semua pembentukan silicon, minyak dan mineral yang menyebabkan rambut kurang berkilau.

Tapi, tidak kira apa jenama syampu yang anda pilih, jangan gunakannya terlalu kerap kerana ia boleh menghapuskan minyak semulajadi rambut.

Tanpa serum, rambut anda akan jadi terlalu kering dan rosak. Wanita harus menggunakan syampu dua kali sebulan atau mungkin seminggu sekali jika diperlukan, tetapi tidak lebih daripada itu. – Pendandan rambut, Derek Yuen.

4. Petroleum Jelly

Foto: Healthline

Petroleum jelly boleh menenangkan kawasan keradangan atau luka, tetapi ia tidak menyerap ke dalam kulit.

Ini boleh menghalang kelembapan tambahan atau kelembapan semulajadi dari menembusi ke kulit.

Ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan bukan jalan penyelesaian jangka lama yang baik. – Pakar kosmetik, Allan Avendaño.

5. Mask rambut

Foto: Shape Magazine

Biasanya mask rambut disapu ke rambut dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Anda akan mendapati rambut anda terasa lembut dengan serta merta.

Tetapi anda perlu berhati-hati ketika menggunakan produk kecantikan ini. Jika anda menggunakannya lebih dari sekali seminggu, rambut akan jadi berminyak, berat dan susah digayakan. – Pedandan rambut, Derek Yuen.

6. Gincu matte

Foto: feralcosmetics

Pigmen dan daya tahan lipstik matte boleh tinggal di permukaan kulit bibir untuk masa yang lama dan mengeringkannya.

Cuci gincu dari bibir dengan menggunakan minyak kelapa agar ia tidak mengeringkan kulit bibir.

Berhenti guna gincu tahan lama berapa hari dengan memakai gincu biasa untuk mengekalkan bibir yang cantik. – Pakar kosmetik, Molly Greenwald.

7. Peluntur rambut

Foto: tiranapost

Pelanggan biasanya tidak sedar liang-liang pada kulit kepala sama seperti liang-liang di wajah kita.

Peluntur adalah bahan kimia yang kuat dan boleh menjejaskan kulit malah saiz liang kepala.

Ia juga boleh menyebabkan rambut semulajadi yang cantik menjadi kering dan rapuh.

Saya selalu cadangkan glaze rambut bukan peluntur. Serum untuk mencerahkan rambut adalah pilihan yang lebih baik dan boleh mengurangkan rambut gugur. – Perunding Dermatologi Avon, Dr. Kim Nichols.

Sumber: Pop Sugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Featured Sun, 18 Nov 2018
Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Featured Tue, 1 Oct 2019

Sniker botol plastik, inisiatif Aldo selamatkan bumi

Dua penyelesaian masalah alam sekitar dalam satu kasut RPPL

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Plus Size Mesti Tahu

Tidak semua orang dikurniakan figura menawan bak model di pentas peragaan walaupun kalau boleh semua orang mahu tampil langsing sebegitu. Namun tidak bermaksud anda yang dikategorikan plus-size tidak boleh bergaya. Tidak sama sekali okay.

Oh Lawa Mon, 21 Oct 2019

Adidas buka butik kanak-kanak pertama di dunia

Pelbagai rekaan disediakan dari bayi hingga remaja

Oh Lawa Tue, 22 May 2018

Gaya Fesyen Tun Dr Siti Hasmah Yang Klasik, Simple & Sopan, Memang Patut Direspek

Jom ketahui item atau gaya fesyen yang kini sudah menjadi signature look baginya.

Oh Lawa Thu, 10 Jan 2019
error: Content is protected !!