Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops September 24, 2018 @ 10:00am

Tengah Diet Tapi Teringin Nak Makan Mac & Cheese? Ikuti Resipi Alternatif Ini

Salah satu hidangan cheese yang digemari ramai adalah Mac & Cheese. Kanak-kanak pun suka!

Ia merangkumi pasta rebus yang digaul dan diselaputi dengan keju cheddar. Gabungan kedua-dua ramuan tersebut memang mengasyikkan!

Walau bagaimanapun, untuk mereka yang tengah jaga badan, mungkin hidangan ini tak sesuai kerana pasta mengandungi karbohidrat.

Tak apa! Mereka masih boleh menikmati Mac & Cheese jika mereka menggunakan ramuan alternatif. Tak semestinya mereka mesti abaikan makanan kegemaran mereka jika mereka nak berdiet, kan? 

Ramuan keju dalam Mac & Cheese mungkin tak patut diubah kerana itulah elemen paling penting dalam resipi itu.

Sebaliknya daripada menggunakan pasta, anda boleh gantikannya dengan cauliflower yang pastinya lebih sihat.

Ambil sebiji besar dan potong atau carikkan kepada kepingan-kepingan kecil (tapi jangan kecil sangat pula!). Rebus selama 5 minit dan tuskan.

Kemudian, biarkannya cauliflower di dalam periuk yang sama. Masukkan secubit garam, lada hitam dan sedikit krim masam atau Greek yogurt (ikut citarasa anda).

Kacau dan masukkan keju cheddar. Kacau lagi hingga rata. Hiaskan dengan potongan daun parsli. Dah siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Tips & Tricks

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 15 Mar 2023
Featured Wed, 4 Dec 2024

Elfira Loy Kesal Kenyataan Disalah Erti – “Orang Kena Tahu Perempuan Bukan Sedih Sebab Lelaki Je”

kenyataan mengenai ‘kesedihan’ yang dibuat menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya itu tidak ada kena mengena dengan hal rumah tangganya.

Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Featured Thu, 14 May 2020
Featured Fri, 4 Jul 2025

Gitaris Ditahan, Belasah Jiran Guna Pemegang Gitar

Komposer tdan gitaris kumpulan terkenal itu bagaimanpun dibebaskan dengan ikat jamin

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Daddy Sporting, Baik & Handsome” – Ayden Titip Pujian Buat Syed Saddiq

Anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean,9, meluahkan rasa syukur di atas berita gembira berkenaan pertunangan ibunya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.

Featured Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!