Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom September 26, 2018 @ 12:00pm

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Apa yang boleh anda tafsirkan mengenai foto di atas?

Seorang budak lelaki berpakaian sekolah terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah di mana sebahagian pintu tandas terdapat percikan darahnya, sementara pembunuh dengan wajah selamba sedang menghisap rokok ketika polis membuat serbuan?

Bayangkan sekiranya anak anda adalah mangsa malang itu? Pasti luluh perasaan anda bukan?

Pastinya anda juga tertanya di mana hilangnya kewarasan dan sifat keperimanusiaan apabila kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun dibunuh dengan kejam oleh seorang yang sudahpun dewasa malah berstatus bapa yang sepatutnya lebih rasional dalam segala tindak-tanduknya.

Namun inilah hakikat dunia sekarang di mana manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi rasional.

Kejadian di Zhejiang, China ini berlaku pada 21 September lalu. Segalanya bermula apabila lelaki berusia 36 tahun dimaklumkan oleh anaknya yang dia telah dicederakan di bahagian mata oleh rakan sekelas, bapa tersebut nekad untuk balas dendam.

Lelaki itu membawa pisau buah dan mencari budak lelaki berusia 10 tahun di sekolah rendah di Zhejiang, China pada tarikh yang disebutkan.

Seketika kemudian, budak lelaki itu dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Badan mangsa mempunyai beberapa kesan tikaman dan dikelar di bahagian leher. Mangsa maut tiga jam kemudian selepas dia dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan media China, ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu sudah bersetuju bahawa budak lelaki tersebut akan memohon maaf kepada anak suspek kerana mencederakannya ketika bertengkar.

Polis tiba di tempat kejadian dan menjumpai suspek sedang menghisap rokok dengan mangsa berlumuran darah dan senjata yang digunakan berdekatan dengannya.

Polis tempatan berkata, kecederaan yang dialami oleh anak suspek tidak serius dan tidak menjejaskan kedatangannya ke sekolah.

“Saya berharap agar pembunuh akan mendapat hukuman yang setimpal. Anak saya telah mati dalam keadaan yang sia-sia,” kata bapa mangsa.

Serangan itu mengejutkan semua pihak dan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Rancang Cahaya Mata… Bunga ‘All-Out’ Fokus Kerjaya, Muncul Dengan Kolaborasi Superstar

Bunga mahu menumpukan fokus dan merancang menimang anak dalam tempoh dua tahun akan datang.

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

Hiburan Sat, 18 Jan 2025

Digelar ‘Duda Hot’, Penampilan Sedondon Fattah Amin Bersama Amira Othman Hanya Sekadar Tuntutan Klien

Fattah Amin dan Amira Othman tampil sedondon ketika majlis pelancaran duta Jakel 2025.

Trending Fri, 9 Aug 2019

The Diet Secret to Beyoncé’s Bangin’ Figure Might Actually be Dangerous?

Shocking! Who would have thought that the Queen of Pop herself is promoting unhealthy diet?! GAG!

Featured Mon, 20 Mar 2023
Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Thu, 10 Apr 2025
Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

error: Content is protected !!