Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 18, 2025 @ 8:17pm

Digelar ‘Duda Hot’, Penampilan Sedondon Fattah Amin Bersama Amira Othman Hanya Sekadar Tuntutan Klien

Pelakon kacak, Fattah Amin menjelaskan kemunculannya memakai busana sedondon bersama penyanyi Amira Othman hanya sekadar memenuhi tuntutan klien.

Dilantik menjadi duta jenama tekstil dan pakaian Jakel 2025, Fattah yang digelar duda ‘hot’ oleh peminat tiada masalah untuk bergandingan dengan Amira sekiranya ia boleh memberikan kesan yang baik kepada dirinya dan klien.

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki dan kepercayaan diberikan oleh Jakel, macam sebelum ini juga. Macam saya cakap sebelum ini, kita sama-sama membantu.

“Jenama ini ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu untuk mempromosi. Bila Jakel bersetuju untuk menggandingkan saya bersama Amira, itu juga membantu promosi,” katanya kepada XTRA.

Fattah ditemui di sidang media pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut pelakon drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir di TV3 ini, dia tiada masalah untuk bergandingan dengan Amira di masa akan datang.

“Jika perkara itu ada beri kesan kepada klien yang mengambil kami, lebih-lebih lagi kesan baik, saya fikir tiada masalah semuanya kerana saling bantu-membantu.

“Kalau selepas ini ada lagi tawaran membabitkan kami, saya rasa tiada masalah. Jadi, bila diberi peluang dan kepercayaan saya ambil untuk penuhi kepercayaan itu,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi majlis pengumuman duta dan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, Fattah dan Amira mencuri perhatian pengunjung apabila tampil berpakaian sedondon warna ‘burgundy’.

Dalam majlis itu, Fattah dan Amira diumum sebagai duta Jakel bagi memperhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

Selain Fattah dan Amira, selebriti lain yang diumum sebagai duta adalah Senario, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir seisi keluarga, Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2026

“Zat Besi Di Paras Bahaya & Jari-Jari Sudah Bertukar Menjadi Putih ”- Anak Norish Karman

Manda memaklumkan ibunya kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan susulan tahap kesihatannya merudum dan berisiko tinggi.

Trending Sun, 16 Jan 2022

Beri Bantuan Kepada Ezad Lazim, Yanzten & Ramai Lagi, Yayasan Metamorphosis Hulur Sumbangan Golongan Terjejas Banjir

Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan individu dan perseorangan terus mencurah bakti dengan menghulurkan bantuan dalam usaha meringankan beban ditanggung mangsa banjir akibat bencana alam yang menimpa sekitar Selangor dan Pahang, baru-baru ini. […]

Featured Wed, 8 Mar 2023
Trending Fri, 9 Aug 2019

The Diet Secret to Beyoncé’s Bangin’ Figure Might Actually be Dangerous?

Shocking! Who would have thought that the Queen of Pop herself is promoting unhealthy diet?! GAG!

Hiburan Mon, 5 May 2025
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

“I Should Get Married To Mark”, EXO’s Kai Confesses His Love For NCT’s Mark

It’s not that serious people! He’s just showing his support for his junior!

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
error: Content is protected !!