Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom September 28, 2018 @ 11:00am

Imaginasi Dan Kreativiti Solekan Nurlianna Dapat Perhatian Netizen

Jika anda salah seorang pengikut Fatin Nurliana Nordin, 28, di Instagram yang menggunakan nama @nurlianna, anda pasti kagum dengan keupayaannya menata rias wajah menjadi karakter anime, pop art dan wanita angkasa lepas.

Itu cuma sebahagian teknik yang disebutkan, sebenarnya terdapat pelbagai lagi konsep makeup yang pernah dihasilkan Norliana atau mesra disapa Liana ini.

Malah setiap kali dia memuat naik foto atau video, pasti mendapat maklum balas ribuan netizen yang rata-rata memuji bakat dan hasil kerjayanya.

Foto: Instagram Nurlianna

Berasal dari Seri Kembangan, Selangor, sebelum memutuskan untuk serius sebagai jurusolek di Instagram (52.5k pengikut) sekaligus membuat ulasan berkenaan produk-produk solekan terkini di pasaran, Liana pernah menimba pengalaman sebagai jurusolek pengantin selain komersil.

Antara selebriti yang pernah disolek olehnya adalah Catriona Ross.

“Saya mula menceburi bidang solekan pada 2001. Tidak berguru dengan sesiapa, semua ilmu saya timba melalui Youtube.

“Dulu saya pernah buat wedding makeup dan komersil tapi since penghujung 2016, saya decide untuk menjadi makeup artist di Instagram saja dan berkongsi ilmu dengan umum melalui video tutorial yang dihasilkan.

“Dalam masa yang sama melakukan ulasan berbayar mengenai produk makeup terkini (tempatan mahupun antarabangsa) yang terdapat di pasaran. Sekali-sekala jika ada kelapangan saya terima undangan untuk menyolek pelanggan,” katanya.

Cenderung kepada solekan berkonsep, Liana akui dia suka bereksperimentasi dengan warna kerana itu kebanyakan hasil karyanya agak berbeza daripada MUA tempatan yang lain.

“Saya suka explore colours. Kadang dengan melihat bunga saja boleh memberikan saya ilham,” katanya yang juga aktif melakukan tutorial di FB Live.

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

Foto: Instagram Nurlianna

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2020
Featured Mon, 4 May 2020
Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]

Featured Tue, 7 Oct 2025

5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah saya dibebaskan dari penjara”- Haroqs

Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

error: Content is protected !!