Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops September 28, 2018 @ 4:00pm

5 Petanda Period Anda Tak Normal & Kenapa Anda Perlu Rujuk Doktor

Sama ada haid seseorang wanita itu dikira normal atau tak bergantung kepada situasinya.

Period yang tak normal kadangkala boleh menjadi petanda untuk isu kesihatan yang lebih serius, tapi itu bukanlah kes yang selalu berlaku.

Semestinya cara terbaik untuk mengenalpasti sama ada anda selamat atau tidak adalah dengan berjumpa dengan doktor.

Sebelum itu, ketahui dulu tanda-tanda yang menunjukkan period anda mungkin tak normal.

1. Darah haid keluar lebih banyak daripada biasa dan anda perasan ada ketulan darah

Para doktor menganggap period adalah terlalu ‘heavy’ jika ia keluar selama lebih daripada 7 hari; ataupun wanita itu terpaksa menukar pad yang basah lebih kerap daripada setiap 3 jam.

Wanita yang mengalami heavy bleeding juga akan mengeluarkan ketulan darah. Ketulan bersaiz duit syiling itu tak apa lagi, tapi ketulan yang bersaiz sebiji telur dianggap tak normal.

Heavy bleeding seperti ini boleh jadi sebuah tanda bagi masalah struktur uterus seperti polyps dan fibroid. Walau bagaimanapun, kanser uterus menerusi petanda ini tak akan berlaku kepada wanita yang melebihi umur 35 tahun.

2. Spotting atau darah yang keluar di antara kitaran haid berlaku setiap kali

Darah yang keluar pada waktu-waktu sebelum haid anda tiba setiap bulan tak dianggap serius kalau ia berlaku sekali-sekala. Kalau ia berlaku setiap kali sebelum kitaran haid anda, itu dikira abnormal. Lainlah kalau anda memakan pil perancang kehamilan.

Foto: Bustle

 

3. Kedatangan haid yang lebih lama daripada seminggu

Semua wanita dalah berbeza tapi kitaran haid biasanya berlaku selama 21 ke 35 hari, iaitu dari permulaan sesuatu haid itu ke permulaan haid yang seterusnya.

Keluaran haid selalunya berlaku selama 2 ke 6 hari. Haid anda memang tak sekata dalam 2 tahun pertama sejak anda mula datang haid dan 3 tahun sebelum anda melalui menopause.

Jika haid anda melebihi 6 atau 7 hari, anda patut pergi jumpa doktor.

4. Anda tak datang haid dalam sesuatu masa

Ia dianggap normal jika dalam sesuatu bulan itu, anda tak datang haid. Jika anda risau, ambil ujian kehamilan kerana ada kebarangkalian anda berbadan dua.

Tapi kalau anda tak datang haid untuk beberapa bulan, ia mungkin petanda bagi masalah hormon.

5. Pengalaman kedatangan haid anda luar biasa

Walaupun ia tak selalunya bermakna anda dalam bahaya, tak salah kalau anda berjaga-jaga. Mungkin ia adalah sesuatu yang serius yang doktor anda boleh tolong pulihkan.

Penilaian biasa untuk period yang tak normal termasuklah ujian fizikal, ujian makmal, ultrasound dan kadangkala biopsi. Ada banyak rawatan untuk masalah ini termasuklah teknik-teknik pencegah kehamilan.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jan 2020
Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!

Sihat Wed, 30 May 2018

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari.

Sihat Thu, 19 Sep 2019

Risau tahap kolesterol tinggi ? Amalkan pengambilan 7 makanan ini

Tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh anda.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Sihat Sun, 26 Aug 2018
Sihat Wed, 10 Jul 2019

Enak dimakan, boleh kurus pula tu!

Jom mulakan pagi dengan sarapan enak di dalam balang setiap hari!

Sihat Mon, 3 Dec 2018

Virus Yang Boleh Menyebabkan Kematian, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Japanese Encephalitis

Lebih kurang satu daripada 250 jangkitan berakhir dengan kematian.

Sihat Wed, 15 Aug 2018
Featured Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!