Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom October 1, 2018 @ 11:45pm

Asteroid Berbentuk Tengkorak Manusia Dijangka Melintasi Bumi Hujung Bulan Ini, Eee Seramnya!

Sebelas hari selepas sambutan Halloween (sebuah perayaan yang diraikan masyarakat Barat khususnya pada 31 Oktober) tahun ini, sebuah asteroid berbentuk tengkorak manusia yang dinamakan ‘Great Pumpkin’ dijangka merentasi bumi.

Asteroid yang dinamakan sempena buah labu yang sinonim dengan perayaan Halloween itu,  pernah merentasi bumi pada 31 Oktober 2015.

Menurut kajian terbaru NASA, ia dijangka merentasi bumi sekali lagi pada 11 November ini pada jarak yang lebih jauh iaitu sekitar 24 juta batu dari bumi.

Ia bersamaan dengan suku jarak antara bumi dengan matahari. Selain gelaran ‘Great Pumpkin’ yang diberikan oleh saintis NASA, ia turut dikenali sebagai Asteroid TB1456.

Asteroid yang disifatkan sebagai  ‘komet kematian’ kerana bentuknya yang menyerupai tengkorak kepala manusia itu, pada kejadian tiga tahun lalu dilaporkan boleh dilihat sejauh 300,000 batu dari bumi dan memiliki saiz 2,000 kaki (600 meter) dalam diameter.

Foto: Daily Express

Sebelum ini ia berjaya dikesan oleh NASA menerusi Fasiliti Teleskop Infra Merah (IRTF) di Manue Kea, Hawaii.

Imej asteroid ini yang lebih jelas bagaimanapun berjaya diperolehi menerusi imej radar oleh Arecibo Observatory di Puerto Rico.

“Data IRTF menunjukkan yang ia mungkin sebuah komet yang sudah mati.

“Namun imej Arecibo pula menunjukkan yang ia berbentuk tengkorak seperti labu berhantu yang popular dalam sambutan Halloween,” ujar saintis IRTF, Kelly Fast.

Sementara itu, saintis kajian di Institut Sains Planetary di Arizona berkata, komet berkenaan memantulkan enam peratus cahaya yang diterima daripada matahari.

Foto: Daily Express

Sumber: Mirror UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Tue, 13 Aug 2024

“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Alamak, suami Nora Ariffin terima arahan daripada siapa tu?

Featured Mon, 3 Apr 2023

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Memang menyirap eh tengok Salina dalam cerita nih!😡🔥💥

Hiburan Mon, 15 Sep 2025
Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Tegur Fatima Jangan Makan Berbunyi, Netizen Puji Fazura Pandai Didik Anak

Fazura tegur Fatima jangan makan berbunyi, perlu beradab

error: Content is protected !!