Eat Travel By: Ad Ops October 9, 2018 @ 6:00pm

7 Aplikasi Mudah Alih Yang Berguna Untuk Pelancong Muslimah Solo

Nak travel berseorangan memang best kerana anda bebas memilih tempat-tempat yang anda nak pergi tanpa perlu fikir tentang perasaan orang lain. Anda juga boleh tetapkan berapa banyak masa yang anda nak habiskan di sesuatu tempat itu.

Pada masa yang sama, solo travelling ini menakutkan juga kerana anda perlu tempuhi semua cabaran yang mendatang dengan sendirinya tanpa bergantung kepada orang lain.

Namun begitu, pengembaraan anda ini mungkin lebih menyenangkan dengan adanya bantuan beberapa mobile apps tertentu.

Sama seperti barang keperluan yang penting ketika di perantauan, aplikasi ini juga berguna dan boleh membantu di saat-saat kesusahan.

Jadilah pengembara yang pintar dan pastikan aplikasi-aplikasi ini dah ready di dalam telefon anda sebelum berangkat ke destinasi pilihan.

Aplikasi untuk keselamatan

1. bSafe

Bagi anda yang suka meneroka dunia, silakanlah tapi jangan lupa untuk utamakan keselamatan anda, lebih-lebih lagi apabila anda melancong berseorangan.

Aplikasi bSafe adalah sejenis peranti penjejak (personal tracker) dengan ciri-ciri yang membolehkan orang-orang yang anda percayai mengetahui jika anda berada dalam keadaan bahaya atau kecemasan.

Wujudkan sebuah kumpulan dengan kawan dan keluarga di mana anda boleh kongsikan lokasi masing-masing.

Ada ciri-ciri lain yang menarik juga, seperti siren untuk menakutkan penjahat atau fungsi panggilan tipu.

2. Safeture

Foto: Instagram @globalwarningsystem

Aplikasi ini ada ciri-ciri yang sama dengan bSafe tapi ia boleh menghubungkan anda terus kepada pihat berkuasa tempatan dengan hanya tekan satu butang.

Ia juga memberikan pengguna informasi terkini tentang keselamatan, cuaca dan hal umum (seperti bencana alam, wabak epidemik atau keganasan) yang anda patut berikan perhatian di sesuatu destinasi itu. Nanti anda akan tahu apa nak buat dan kawasan mana nak dijauhi.

Aplikasi berkhususkan Islam

1. Have Halal, Will Travel

Aplikasi ini memudahkan anda untuk merancang perjalanan anda dengan informasi tentang lokasi menarik, restoran makanan tempatan yang halal serta lokasi untuk solat selain masjid.

Semua info ini adalah dalam satu aplikasi! Anda hanya perlu create sebuah trip menerusi aplikasi ini, save tempat-tempat yang anda nak pergi dan bawa saja itinerari anda.

Kini ada informasi tentang 6 bandar dalam aplikasi tersebut, iaitu Seoul, Tokyo, Kyoto, Osaka, Singapura dan Hong Kong).

2. Muslim Pro

Foto: Muslim Pro

Bila dah seronok sangat meneroka tempat dan menikmati pengalaman baru, kadangkala kita tak perasan masa dah berlalu. Tapi jika kita tengah enjoy, ia tak bermakna kita boleh tinggal solat! Muslim Pro adalah sebuah aplikasi menyeluruh yang boleh membantu.

Antara ciri-cirinya adalah pengumuman waktu solat, penetapan arah kiblat menerusi GPS, Al-Quran berbentuk digital dan senarai restoran halal.

Muslim Pro juga mempunyai fungsi azan di mana anda boleh pilih untuk berbunyi kuat atau vibrate saja.

Jika anda rasa gelisah, ada bahagian doa (khas untuk travel) yang anda boleh baca.

Aplikasi Travel Umum

1. PackPoint

Foto: packpnt.com

Sebelum boleh pergi berjalan, anda kena lalui sesi packing dulu. Tak best sungguh tapi kita memang tak boleh buat cincai-cincai.

Aplikasi travel ini menolong anda buat senarai apa yang perlu dibawa berdasarkan jantina serta info travel seperti destinasi, tempoh perjalanan dan jenis travel (sama ada bisnes atau suka-suka).

Anda juga boleh masukkan aktiviti yang anda rancang untuk customize lagi senarai ini. Ciri-ciri ramalan cuacanya juga akan cadangkan barang-barang tambahan untuk dibawa seperti jaket tebal. Jangan lupa bawa telekung dan sejadah!

2. CityMaps2Go

Benda yang paling penting untuk pengembara adalah peta tapi jika anda gunakan pertolongan online, tinggi melambung pula caj data anda nanti. CityMaps2Go merupakan peta yang anda boleh gunakan secara offline!

Untuk sesetengah bandar, peta ini mengandungi info tentang laluan dan hentian pengangkutan awam.

3. Aplikasi teksi/e-hailing tempatan

Foto: PCMag.com

Sesetengah negara ada sistem pengangkutan subway atau bas yang meluas yang boleh membawa anda ke mana saja dengan efisien dari segi wang dan masa. Tapi jika tak ada, dan anda tak sanggup nak jalan kaki, terpaksalah cari pengangkutan peribadi.

Dalam situasi ini, teksi tempatan boleh membantu jika anda tersangkut di lokasi yang kurang kereta. Secara alternatifnya, gunakan saja perkhidmatan e-hailing seperti Uber, Grab dan Lyft.

Sumber: Have Halal, Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Wed, 15 May 2019
Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Sun, 15 Jul 2018

Wow! Kreatifnya Design Kek Menggunakan Cupcake Ini

Memang kreatif guna kek cawan sahaja!

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018
Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

Sambil Lepak Dan Makan, Enjoy Pemandangan Yang Gorgeous Di Kafe Atas Bumbung Ini

Kalau anda ingin lari dari kehidupan sibuk, datanglah ke sini.

Eat Travel Thu, 7 Mar 2019