Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 13, 2018 @ 5:00pm

Tak Perlu Ke Osaka, Anda Kini Boleh Naiki Keretapi Bertemakan Hello Kitty Di Tokyo!

Ingat tak lagi pada akhir bulan Jun lalu? Di Jepun, keretapi laju (bullet train atau shinkansen) bertemakan Hello Kitty telah dilancarkan.

Ramai betul orang excited kerana watak kucing comel ini adalah karakter kegemaran ramai, tak kira muda atau dewasa.

Malangnya, anda hanya ada peluang untuk menaikinya jika anda travel dari Osaka ke Fukuoka. Alaaa, kalau anda bercuti di Tokyo saja, tak ada chance ke anda nak merasa?

Tak apa, jangan bersedih. Sekarang anda boleh merasai pengalaman menaiki keretapi dengan tema Hello Kitty di tengah-tengah bandar Tokyo!

Foto: Tokyo Weekender

Dengan kerjasama oleh Taman Tema Sanrio Puroland, pengendali keretapi Keio Corporation telah menghiasi beberapa keretapi Shinjuku Line sepenuhnya dengan design Hello Kitty. Keretapi comel ini mula beroperasi pada bulan ini.

Foto: Instagram @kaemelody__pink

Keretapi 10 gerabak ini, yang juga bergerak di Keio Line, telah melalui transformasi di mana bahagian luarnya menjadi serba pink dan dipenuhi dengan design Hello Kitty dan karakter Sanrio lain seperti My Melody. 

Foto: Kopitiam Bot

Sticker di pintunya (yang memberi amaran agar penumpang tidak berpusu-pusu menaiki gerabak) pun turut dihiasi dengan gambar watak-watak Sanrio yang comel! Anda gerenti takkan rasa bosan melihatnya.

Foto: Japan Trends

Keretapi ini telah dilancarkan sempena hari jadi Hello Kitty dan hari ulangtahun penubuhan Tama sebagai sebuah perbandaran dalam Tokyo.

Dengan adanya keretapi ini juga, lebih ramai pengunjung diharap datang ke Sanrio Puroland yang terletak di Tama. Lagipun, stesen Tama Center telah dihiasi dengan design Hello Kitty sejak 2016, jadi ia boleh jadi lokasi tangkap gambar yang menarik juga!

Foto: Travel Caffeine

Tip!

Jika anda hendak ke Sanrio Puroland, jangan lupa beli tiket diskaun istimewa yang dipanggil “Amusement Passport”! Ia merupakan gabungan tiket masuk ke taman tema tersebut dan pas sehari untuk Laluan Keio dan Inokashira.

Walau bagaimanapun, buat masa ini info tentang bila keretapi istimewa ini akan berhenti beroperasi belum lagi diumumkan. Jadi jika anda akan travel ke Jepun tak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini!

Sumber: Japan Trends, Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!

Eat Travel Thu, 28 May 2020
Eat Travel Thu, 31 May 2018

Bagai Pasar Malam Mewah, Bufet Ramadan Hotel DoubleTree By Hilton Sediakan Macam-Macam Juadah

Hidangannya seperti makanan yang selalu kita jumpa di pasar malam, tapi lebih mewah.

Eat Travel Sun, 22 Jul 2018

Memang Gebu Hokkaido Chiffon Cake Ini! Anda Boleh Tiru Resepi Ini Untuk Membuatnya

Jom asah bakat memasak anda dengan membuat Hokkaido Chiffon Cake. Gerenti sedap!

Eat Travel Wed, 5 Feb 2020
Eat Travel Wed, 17 Oct 2018

Hasilkan Garam Berwarna Merah Jambu, 5000 Kolam Air Garam Ini Tersusun Indah Di Peru!

Keluasan setiap kolam adalah 5 meter dan kedalamannya adalah 30 cm.

Eat Travel Sat, 8 Sep 2018
Eat Travel Wed, 9 Oct 2019

Destinasi percutian hujung minggu yang pasti berbaloi!

Lima tempat ini pasti memberikan ketenangan buat pengunjungnya

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

error: Content is protected !!