Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin October 10, 2018 @ 10:00am

Lelaki Taiwan Ini Minta Bantuan Kerana Keliru Dengan Simbol Jantina Pada Tandas

Cuba anda bayangkan dalam keadaan menahan nak membuang air kecil ataupun besar tiba-tiba terpaksa menunggu lama kerana keliru dengan simbol yang diletakkan pada pintu tandas. Apa perasaan anda?

Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki di Taiwan. Lelaki ini terpaksa meminta bantuan untuk mengetahui jantina di sebalik simbol yang dipaparkan pada pintu tandas berkenaan. 

Simbol yang dipaparkan pada pintu tandas itu adalah simbol gajah dan satu lagi pintu adalah simbol zirafah. Jadi, macam mana nak tahu tanda tersebut untuk lelaki ataupun wanita? 

Foto: Era.je

Foto: Era.je

Lucu pun ada kan? Penulis pun pada mulanya tak tahu nak bezakan! Tapi, akhirnya lelaki tersebut telah tampil memberikan jawapan atas bantuan orang ramai iaitu simbol gajah untuk lelaki manakala simbol zirafah untuk wanita. 

Ini kerana, belalai gajah apabila menyemburkan air seumpama semburan air kencing lelaki, manakala zirafah membuang air dengan membuka kakinya sebagaimana adab wanita ketika membuang air kecil. 

Haha! Keliru betul!

Sumber: ETtoday

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 11 Jul 2020
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Thu, 12 May 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Fri, 13 Sep 2024
error: Content is protected !!