Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops October 10, 2018 @ 12:26pm

Wanita Ini Disahkan Menghidap Kanser Walaupun Dia Aktif Berjogging Setiap Pagi

Aktiviti berjogging di tepi jalan raya sudah menjadi sebuah trend terutamanya bagi penduduk bandar-bandar yang tak ada taman rekreasi.

Tapi tahu tak yang aktiviti ini boleh membawa padah daripada kebaikan kepada kesihatan mereka?

Seorang penyelidik dari Taiwan yang berumur 34 tahun gemar berjogging di tepi jalan raya dan sudah melakukan aktiviti ini untuk jangka masa lama.

Anda ingat seseorang yang aktif sepertinya pasti memang sihat walafiat tapi malangnya dia disahkan menghidap adenocarcinoma, sejenis kanser yang terbentuk di kelenjar tisu dalam badan.

Dalam kes wanita Taiwan ini, paru-parunya telah menjadi sasaran, dan dia sudah berada dalam peringkat terminal ketika dia didiagnos oleh doktor.

Dia tak perasan langsung memandangkan kanser paru-paru selalunya tak menunjukkan sebarang simptom. Dia hanya berjumpa doktor setelah batuknya tak berhenti-henti sejak tahun lepas.

Foto: Oliver Balch

Tanda-tanda awal bagi kanser paru-paru termasuklah:

  • Batuk yang berlarutan dan makin teruk
  • Batuk hingga mengeluarkan kahak atau darah
  • Sakit dada yang lebih teruk apabila anda tarik nafas panjang-panjang, gelak atau batuk
  • Tak cukup nafas
  • Semput
  • Badan terasa lemah dan letih
  • Hilang selera dan penurunan berat badan

Menurut doktor perubatan Peter Lavelle, mendedahkan diri kepada kadar pencemaran udara yang tinggi iaitu daripada ekzos kereta boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung dan kanser.

Foto: Blickwinkel/Alamy

Ini adalah kerana ekzos kereta mengandungi beribu-ribu jenis bahan kimia termasuklah sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida, benzene dan toluena.

Walaupun jumlahnya sikit, gabungan bahan kimia ini boleh mengakibatkan penyakit pernafasan dan kanser, menurut Peter.

Tambahan pula, partikel kecil yang lebih halus daripada 0.1 mikrometer dari minyak diesel adalah merbahaya kepada kita kerana mereka masuk terus ke dalam paru-paru dan boleh diserap ke dalam peraliran darah dengan mudah.

Namun begitu, ini tak bermakna anda patut terus berhenti bersenam jika anda tinggal di dalam kawasan bandar. Anda boleh saja pilih jalan raya yang lengang sedikit atau pergi cari kawasan rekreasi yang ada.

Secara alternatifnya, anda boleh bersenam pada awal pagi sebelum trafik mula bertambah.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020

5 petunjuk diambil kira sebelum PKP ditamatkan

Kerajaan perlu kenal pasti strategi keluar

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Featured Wed, 28 Aug 2019
Featured Wed, 25 Mar 2020
Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Fri, 20 Sep 2019
Sihat Fri, 14 Sep 2018

8 Cara Untuk Elakkan Kekejangan Ketika Berlari Atau Berjogging

Jika anda selalu melakukan aktiviti ini, amalkan tip-tip yang disenaraikan ya!

Sihat Thu, 17 May 2018

Ini Langkah Bijak Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Kurangkan Pengambilan Gula

Saat ini anda perlu kurangkan pengambilan gula kerana ia sangat berisiko untuk kesihatan!

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

error: Content is protected !!