Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops October 10, 2018 @ 1:14pm

Jangan Jadi ‘Helicopter Parent’ Jika Tidak Mahu Anak Anda Murung & Hilang Keyakinan Diri

Istilah “helicopter parent” pertama kali digunakan oleh remaja yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka diibaratkan seperti ‘terbang di atas mereka seolah-olah sebuah helikopter’ untuk melindungi anak mereka.

Istilah ini lazim digunakan sehingga dimasukkan ke dalam entri kamus pada tahun 2011. Istilah yang sama seperti “lawnmower parenting”, “cosseting parent”, atau “bulldoze parenting”.

Helicopter parenting merujuk kepada sekelompok golongan ibu bapa yang terlalu menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Mereka biasanya akan berasa terlalu bertanggungjawab terhadap keadaan anak mereka terutamanya tentang kejayaan atau kegagalan anak mereka.

Siapakah yang boleh menjadi helicopter parent?

Meskipun istilah ini seringkali diguna pakai oleh pelajar sekolah menengah atau menengah atasan terhadap ibu bapa yang melakukan tugasan yang perlu dilakukan oleh anak mereka dengan sendirinya (sebagai contoh, menelefon profesor tentang keputusan yang gagal, menguruskan jadual kelas, menguruskan masa bersenam), helicopter parenting juga boleh dilihat pada sebarang usia.

Foto: Lifetime Montessori School

Semasa anak kecil, helicopter parent mungkin akan sentiasa mengikuti anak mereka, selalu bermain dengan mereka dan mengarah tingkah laku mereka, dan tidak memberikan masa untuk anak bersendirian.

Semasa sekolah rendah, helicopter parenting boleh dilihat sebagai ibu bapa yang sentiasa memastikan anak tersebut mempunyai guru atau jurulatih yang tertentu, memilih rakan dan aktiviti kepada anaknya atau membantu anaknya melakukan kerja atau projek sekolah dengan berlebihan.

Mengapakah ibu bapa memayungi anak mereka?

Helicopter parenting boleh terjadi dengan pelbagai sebab. Empat sebab utama termasuklah ketakutan kepada apa yang mungkin berlaku, perasaan gelisah, terlalu membandingkan dan tekanan daripada ibu bapa yang lain.

Apakah akibat daripada helicopter parenting?

Kebanyakan helicopter parenting bermula dengan niat yang baik. Penjagaan yang baik membawa manfaat yang banyak kepada anak-anak seperti meningkatkan kasih sayang, membina keyakinan diri, dan memberi panduan dan peluang untuk membesar.

Masalahnya, apabila penjagaan ini didorong oleh rasa takut dan membuat keputusan berlandaskan apa yang mungkin terjadi, ia adalah sukar kepada anak-anak untuk belajar apabila kita berada di sisinya atau memberi arahan kepada setiap langkah. Di antara keburukan helicopter parenting termasuklah:

  1. Mengurangkan keyakinan dan jati diri anak
  2. Mengurangkan kemahiran pengurusan anak
  3. Meningkatkan kemurungan anak
  4. Anak rasa terkongkong
  5. Kemahiran hidup anak yang tidak berkembang

Foto: MomJunction

Bagaimanakah anda boleh mengelak daripada menjadi helicopter parent?

Jadi, bagaimana ibu bapa boleh menjaga dan menyayangi anak mereka tanpa menghalang keupayaan mereka untuk belajar kemahiran untuk hidup? Sebagai ibu bapa, kita mempunyai tugas yang sukar, dalam erti kata lain, ini bermakna membiarkan anak-anak bersusah payah, membiarkan mereka kecewa, dan apabila kegagalan berlaku, bantulah mereka menghadapinya.

Anda harus biarkan anak anda melakukan tugas yang boleh dilakukan secara fizikal dan mental mengikut usia. Menyediakan tempat tidur kepada anak berusia 3 tahun bukanlah memayungi anak anda. Menyediakan tempat tidur kepada anak anda yang berusia 13 tahun adalah dikira sebagai memayungi anak anda.

Sentiasa beringat untuk mencari peluang berundur setapak daripada menyelesaikan masalah anak anda kerana ini akan membantu anda meningkatkan keyakinan, ketahanan yang diperlukan anak anda.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 30 Apr 2020
familuv Tue, 5 May 2020

The Rock didera anak perempuan

Sanggup nyanyikan lagu sama beribu kali demi anak

familuv Tue, 13 Nov 2018
familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Tue, 29 May 2018

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.

familuv Sat, 23 Mar 2019
familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
familuv Tue, 12 Feb 2019

Elak jadi mangsa penculikan, ini lapan perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak!

Ibu bapa jangan leka dengan Instagram dan Facebook saja!

error: Content is protected !!