Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops October 23, 2018 @ 1:00pm

Ini Sebab Penting Anda Tak Patut Simpan Ubi Kentang Di Dalam Peti Sejuk

Anda sangka apa-apa bahan mentah yang anda simpankan di dalam peti sejuk akan tahan lebih lama dan kekal segar.

Itu memang betul, tapi bukan untuk semua jenis bahan. Salah satu daripadanya adalah ubi kentang. Jika anda berbuat demikian, ia boleh meningkatkan risiko kanser!

Suhu sejuk di dalam peti sejuk boleh menukarkan kanji di dalam ubi kepada gula, menurut laporan The Mirror.

Kemudian, jika anda bakar atau goreng ubi itu di suhu melebihi 120 darjah Celcius, kandungan gula ini akan bergabung dengan asid amino bernama asparagine dan menghasilkan bahan kimia bernama acrylamide, menurut American Cancer Society.

Acrylamide dulu digunakan untuk menghasilkan kertas, pewarna dan plastik, serta merawat air minuman dan kumbahan, menurut National Cancer Institute.

Cara utama manusia terdedah kepada acrylamide adalah melalui aktiviti merokok, tapi ia juga dijumpai dalam makanan seperti French Fries dan kerepek kentang, biskut cracker, roti, biskut, bijirin dan kopi.

Foto: Dr. Taylor Wallace

Jadi adakah acrylamide merbahaya?

Kajian yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan yang bahan kimia ini meningkatkan lagi risiko kanser dalam subjek tersebut.

Kajian ke atas manusia belum lagi menunjukkan bukti konsisten di mana pendedahan terhadap acrylamide melalui pemakanan meningkatkan risiko kanser.

Tapi menerusi kajian ini, terdapat keputusan bercampur yang berkaitan dengan kanser buah pinggang, endometri dan ovari.

Walaupun manusia dan tikus menghadam acrylamide pada kadar yang berbeza, National Toxicology Program di Amerika mengklasifikasikan bahan kimia ini sebagai karsinogen berdasarkan kajian terhadap haiwan makmal yang meminum air yang mengandungi acrylamide.

Berita baik?

Kajian juga mendapati yang anda boleh mengurangkan kandungan acrylamide dalam ubi kentang dengan tidak menyimpannya di dalam peti sejuk dan mengurangkan masa memasaknya. Maknanya, kalau nak masak, jangan sampai ia hangus keperangan.

Jadi simpan di tempat yang sejuk (tapi bukan dalam peti ais) dan kering seperti di dalam kabinet atau pantri; dan masak simple-simple saja.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Aug 2019
Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Featured Sun, 2 Dec 2018

Kembalikan Semangat Bersenam Dengan Empat Cara Penuh Motivasi Ini

Bersenam secara berkumpulan dapat mengembalikan keghairahan kamu untuk menjalani hidup sihat.

Featured Tue, 14 Apr 2020

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Pemantauan berfokus bagi kawal jangkitan

Sihat Fri, 21 Sep 2018

Rasa Lenguh Setelah Duduk Di Meja Pejabat Berjam-Jam? Amalkan 11 Senaman Regangan Ini

Tak perlu bangun, ketika duduk pun anda boleh bersenam.

Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Tanda-Tanda Anda Mempunyai Hubungan Percintaan Yang Toksik

Kalau anda rasa tak bahagia, semak jika anda mengalami tanda-tanda ini.

Sihat Mon, 17 Dec 2018

7 Tanda Tahap Kolesterol Dalam Badan Anda Tinggi

Kolesterol wujud dalam tubuh badan kita adalah disebabkan faktor pemakanan ataupun sejarah keluarga.

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Tue, 7 Aug 2018
error: Content is protected !!