Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 5, 2020 @ 7:43pm

Hanya 3 negeri catat kes baharu positif COVID-19 pada hari ke-49 PKP

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan hanya tiga negeri di Malaysia mempunyai jangkitan baharu COVID-19 berbanding empat negeri semalam, iaitu 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Selangor dan dua kes di Sarawak.

Semalam, daripada 55 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 25 kes dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes di Selangor, enam kes di Negeri Sembilan dan dua kes di Melaka dengan secara keseluruhan membabitkan tujuh kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua 30 kes yang dilaporkan hari ini membabitkan penularan tempatan terutama daripada kluster Pasar Borong.

“Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tiada kes import dilaporkan.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes, yang mana sebanyak 21 kes dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Kesemua 30 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes.

Sehingga 5 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, KKM melaporkan terdapat 83 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,567 kes atau 71.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,710 kes, manakala kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 24 kes dan daripada jumlah itu sebanyak lapan kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 106 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke-106 (kes ke-830) itu membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac 2020. Beliau kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19 sebelum disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020, jam 2.10 pagi.

Kelihatan anggota tentera melakukan rondaan di kawasan perumahan Selayang Baru pada tinjauan susulan PKPD COVID-19. (Gambar NSTP/ASWADI ALIAS)

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kluster Pasar Borong mencatat pertambahan 21 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 180 kes.

“Daripada 23 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes adalah daripada Kluster Pasar Borong ini dengan hanya satu kes dikesan di luar PKPD. Ini bermakna sehingga kini sebanyak 80 kes yang dikesan dalam kluster ini membabitkan jangkitan di luar PKPD.

“Oleh itu, KKM akan terus memantau kluster berkenaan yang kini sudah menjangkiti empat pasar lain iaitu Pasar Besar Seremban dengan tiga kes positif COVID-19, Pasar Besar Bahau (dua kes), Pasar Besar Jalan Othman (23 kes) dan Pasar Taman Megah, Petaling Jaya dengan satu kes,” katanya. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Apr 2026

DJ Sonic Gembira Ramai Titip Doa & Kata Semangat Buat Fazura – “Disaat Itu Kita Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan”

Sokongan yang diterima daripada orang ramai kepada selebriti popular, Fazura nyata menyentuh hati ramai termasuklah sahabat baiknya, DJ Sonic yang turut berkongsi rasa syukur melihat keprihatinan tersebut.

Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

Featured Fri, 14 Feb 2025

Kembali Ke Indonesia, Ameera Khan Manis Berkebaya Kongsi Momen Bersama Jefri Nichol

Ameerra sebelum ini mendedahkan bahawa dia akan bertemu Nichol sebelum berangkat ke Paris.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Featured Mon, 29 Jun 2026

PU Salman Dedah Kenapa Fattah Amin Pilih Nama ‘Jarir’ Untuk Anak Sulungnya – “Jarir Adalah Yusuf Umat Ini”

PU Salman berkongsi mengapa pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memilih nama Muhammad Jarir Umar buat putera sulungnya

error: Content is protected !!