Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin October 24, 2018 @ 5:00pm

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Anda akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi? Mencari destinasi untuk berbulan madu?

Bagi anda yang mencari lokasi paling romatik untuk honeymoon, mungkin artikel ini dapat bantu anda! Penulis akan senaraikan 4 resort atas air yang seronok untuk anda kunjungi dan habiskan masa bersama orang tersayang.

Jangan risau, resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh! Jom kita semak.

1. Mabul Water Bungalows

Foto: www.mabulwaterbungalows.com

Terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah, Mabul Air Bungalows telah dinobatkan sebagai salah satu dari ‘the best dive bases in the world‘ kerana kejernihan airnya.

Foto: Selective Asia

Keseluruhan dekorasi villa terapung ini adalah berunsurkan gaya moden yang menjadikan ia kelihatan segar. Paling seronok, tiap kali anda menjenguk ke balkoni di bilik, anda akan dihidangkan dengan panorama indah serta air laut yang jernih dan berwarna hijau kebiruan. Memang cantik sangat!

Foto: TripAdvisor

Foto: Findbulous

Kalau anda nak bercuti ke pulau cantik ini boleh membuat tempahan di www.mabulwaterbungalows.com.

2. Pom Pom Island Resort & Spa

Foto: Booking.com

Pulau ini pula terletak di Laut Sulawesi, untuk ke resort ini anda perlu menaiki bot selama 45 minit. Suasana resort yang jauh dari kesibukan kota pastinya memberikan suasana damai dan pemandangan yang indah.

Selain daripada menikmati pemandangan indah laut dari bilik, anda juga boleh bermain bola tampar pantai bersama rakan-rakan dan pengunjung lain atau melakukan jungle trekking di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort ini.

Foto: Packist.com

Foto: ms Wikipedia

Jangan tak tahu, di pulau ini anda akan mudah menjumpai Tapak Sulaiman. Lapangan terbang terdekat untuk ke pulau ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau. Anda boleh layari website PomPomIsland.Com untuk membuat tempahan.

3. Avillion Port Dickson

Foto: Avillion Port Dickson

Mengambil inspirasi dari perkampungan nelayan di negara ini, Avillion Port Dickson adalah gambaran ketenangan tanpa perlu jauh meninggalkan kesibukan kota. Penulis yakin, anda pasti puas hati jika bercuti ke pulau ini.

Resort ini juga berkonsep senibina tradisional tetapi menyediakan kemudahan serba moden, di sini anda boleh berehat sambil ‘berkasih sayang’ bersama insan tersayang!

Foto: Avillion Port Dickson

Foto: Avillion Port Dickson

Turut disediakan di sini adalah aktiviti berkayak, basikal hydro dan kapal luncur angin dan banyak lagi. Anda boleh membuat tempahan bilik melalui website AvillionPortdickson.Com.

4. Avani Sepang Goldcoast Resort

Foto: Agoda

Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah rasai pengalaman bercuti ke resort ini. Dengar kata harga resort ini berpatutan!

Bukan saja sesuai untuk berbulan madu, resort ini juga sesuai untuk dikunjungi semua orang kerana suasananya yang tenang dan mendamaikan. Kalau dah penat bekerja, bolehlah lepak di resort ini. Anda juga boleh melihat matahari terbenam melalui balkoni bilik. Memang seronok!

Foto: www.avanihotels.com

Foto: www.avanihotels.com

Foto: www.avanihotels.com

Bukan itu saja, resort ini juga turut menawarkan pakej trip 1 hari melawat gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Up close and personal with elephants gitu! Mereka juga turut menyediakan pakej melawat stadium F1 di Sepang buat para pengunjung yang berminat.

Foto: www.avanihotels.com

Tempahan untuk menginap di resort ini boleh dilakukan di AvaniHotels.com.

Semoga percutian bulan madu anda menjadi kenangan terindah!

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Sep 2024

Tahniah! Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Timang Anak Ke-5

Alhamdulillah, Tahniah Fizz & Almy😍😍😍

Featured Mon, 4 Sep 2023

“Nak Jadi Penyanyi Ke, Nak Jadi Pengemis?” – Terima DM Berbaur Hinaan, Nadeera Sebak

“Saya tak ada muka yang lawa, tak ada duit yang banyak, tak ada harta yang melimpah tapi, saya ada semangat yang tak akan luntur”. Demikian respons penyanyi berbakat, Nadeera apabila dia tampil berkongsi tangkap layar […]

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim

Acara Thu, 20 Feb 2020
Featured Mon, 18 Nov 2024

Anak Digelar B*bi, Syifa Melvin ‘Naik Hantu’… Nekad Cari Netizen Mulut Puaka

Syifa sedia untuk memberikan pengajaran terhadap pengguna media sosial berkenaan.

Featured Mon, 4 Jul 2022

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Amboi, siapa yang cakap Anna guna kecantikan untuk raih populariti ni? Min suka response Melur ni, terbaikk!

Featured Wed, 28 Jun 2023
Featured Mon, 23 Jun 2025
Featured Tue, 7 Mar 2023
error: Content is protected !!