Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2024 @ 2:29pm

Tahniah! Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Timang Anak Ke-5

Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz berkongsi berita gembira apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ke lima hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instgram miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, wife saya sudah selamat melahirkan anak kelima saya.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Aaminn,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, setakat ini,  pasangan tersebut masih belum mengumumkan jantina anak bongsu mereka kepada umum.

Terdahulu, Almy atau nama penuhnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah berkata, dia tidak tahu sedang berbadan dua sehinggalah pulang dari mengerjakan umrah.

Bahkan, dia juga menjelaskan bahawa kehamilannya kali ini sangat mencabar memandangkan dia mengalami alahan yang sangat teruk.

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Alahan Teruk, Almy Nadia Kongsi Berita Gembira… Hamil Anak Kelima

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih Senang Urus Anak-Anak Sendiri, Almy Nadia Tak Fikir Soal ‘Me Time’ – “Korban Segalanya Demi Harta Akhirat…”

Sekadar info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran empat anak perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 9,  Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6,  dan Nur Afrina Aisyah, 3.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 May 2022
Hiburan Thu, 23 May 2019

Azira Shafinaz ‘Rujuk’ Semula

Kata Azira ‘Mungkin dua tahun lagi saya bergelar isteri’

Trending Mon, 28 Aug 2023
Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Featured Wed, 5 May 2021

“Cakap Melayu Tak Susah, Memasak Lagi Susah”- Tular Kahwini Pemuda Melayu, Maryam You Narae Kini Muncul Di TV

Pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak asing lagi di platform media sosial mereka iaitu DurianKimchi TV. Terbaru, pasangan ini muncul buat kali pertama dengan rancangan TV terbaru iaitu […]

Featured Wed, 24 Nov 2021
Featured Fri, 20 Aug 2021

“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi. Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri […]

error: Content is protected !!