Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom October 25, 2018 @ 10:00am

Bagaimana Mendapat Gambar Yang Perfect Untuk Instagram, Ini Taktiknya!

Bercakap mengenai era digital dan media sosial, ramai yang berusaha untuk menjadi kreatif meskipun untuk hal-hal yang kecil walaupun hanya untuk berswafoto.

Perfect picture! barulah stail untuk dimuat naik di akaun Facebook, Instagram mahupun Twitter anda. Bahkan boleh mendapatkan banyak tanda suka!

Bagaimana untuk mendapatkan gambar yang sempurna? semua ini memerlukan taktik yang tersendiri. Nak tahu, apakah taktiknya itu, ikuti panduan di bawah.

Foto: Instagram Fieza Jolie

Analisis senyuman menawan anda

Setiap orang mempunyai daya tarikan tersendiri ketika tersenyum. Ada yang kelihatan menawan dengan senyuman yang menampakkan sedikit gigi, ada yang kelihatan comel bila tersenyum lebar dan ada pula yang nampak lebih seksi dengan senyuman kecil yang boleh memberikan unsur misteri kepada wajah.

Bagi sesetengah orang, mereka kelihatan vogue dengan wajah menyombong tanpa senyum. Justeru, mahirkan senyuman ikonik anda, tonjolkan kemahiran ini ketika sesi bergambar anda yang seterusnya. Sekiranya anda susah untuk tersenyum, fikirkan sesuatu yang menggelikan hati sebelum bergambar kerana ini dapat membantu anda tersenyum dan tampak lebih asli.

Peranan rambut

Rambut anda akan kelihatan nipis di dalam gambar. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, gunakan jari anda ketika berposing. Selakkan sedikit rambut ke atas dan biarkan posisi tangan anda di kepala sambil tersenyum seksi. Taktik ini sering digunakan oleh model-model terkenal bagi menampakkan kelebatan rambut dan mengelakkan mereka nampak kaku di dalam gambar.

Jangan tunduk

Setiap kali mengambil gambar, pastikan anda mendongak sedikit ke atas kerana ia boleh menyembunyikan dagu anda yang berlapis! Pastikan lensa kamera berada selari dengan paras mata. Sekiranya lensa kamera berada di bawah paras mata, anda akan kelihatan gemuk di dalam gambar.

Posisi badan

Ketika berposing, sekiranya anda menghadap kamera ia tidak akan memberikan bentuk badan yang menarik di dalam gambar. Sengetkan sedikit badan anda, kira-kira 45 darjah daripada lensa kamera, letakkan satu kaki ke hadapan dan tangan di pinggul.

Anda akan tampak lebih tinggi dan kurus dengan posisi ini. Cara mengambil gambar untuk kelihatan tinggi lampai, adalah dengan memegang kamera pada paras pinggang, pastikan bahagian atas kamera condong ke arah anda kemudian snap! Anda dapat lihat foto teman yang diambil anda luar biasa dari ketinggian sebenarnya! Selamat mencuba!

Sumber: Eh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022

Selepas Berkongsi Video Menari Bersama Anak, Isteri Lan Solo Tempelak Netizen – “Letihla, Yang Benci Boleh Unfollow!”

Letih la asyik benci sana sini.. Tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun – Isteri Lan Solo

Featured Wed, 11 Oct 2023

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Wah, ramai juga artis yang berjodoh asalnya sekadar jadi peminat je kan😍😍😍

Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Mon, 8 Nov 2021

Gara-Gara Memandu Dalam Keadaan Mengantuk, Wanita Masuk Sawah Padi

Seorang wanita di Indonesia dilaporkan keretanya terbabas dan memasuki ke dalam kawasan sawah padi apabila didapati memandu dalam keadaan tidak cukup tidur, lapor laman berita Suara.Com pada Ahad. View this post on Instagram A post […]

Featured Mon, 1 Aug 2022

Mimpi Dipatuk Ular Tedung, Belum Rezeki Zul 2By2 & Intan Maya Untuk Timang Anak – “Isteri Alami 2 Kali Keguguran”

Semoga Zul & Intan Maya dijauhkan daripada segala perkara buruk serta dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ❤️

Featured Thu, 11 Jun 2026

Siti Khadijah Ulas Babak Berkemban Dalam Filem Khadam, Produksi Siap Tempah Kardigan Khas – “Kami Mahu Nampak Realisitik”

Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan mengenai adegan berkemban dalam filem seram thriller terbaharunya, Khadam.

Featured Tue, 18 Sep 2018

Doktor Ini Dedahkan Amalan Diet Rendah Karbohidrat Boleh Tingkatkan Risiko Kematian!

Risiko kadar kematian lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari, angin ahmar dan kanser yang mengamalkan diet ini!

error: Content is protected !!