Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 26, 2018 @ 4:00pm

Selebriti Hollywood Paling Diva, No. 3 Anda Mesti Tak Percaya!

Artis Hollywood memang diva! Malah kesukaran bekerjasama dengan mereka sudah sering dilaporkan penggiat media Barat.

Perangai kekwat (sombong) mereka ini turut diperkatakan rakan seindustri. Namun dalam ramai-ramai artis Hollywood, lima selebriti wanita ini paling diva!

Sehinggakan menerima jolokan ‘The Mean Girls’ oleh wartawan hiburan di Hollywood. Siapakah gerangan selebriti itu, teruskan membaca!

1. Taylor Swift

Foto: CNBC.com

Imej Taylor Swift sebagai ‘The Girl Next Door’ semakin terjejas apabila dilihat sering memutar belit situasi yang memperlihatkan dirinya sebagai mangsa keadaan. Katy Perry yang pernah berteman baik dengan Swift satu ketika dahulu mendedahkan personaliti Swift yang seperti mahu mengawal dan mengatur dirinya sepanjang mereka berteman baik.

Jelas Katy lagi dia tidak akan sesekali menyertai ‘The Taylor Swift Squads’ seperti selebriti popular yang lain iaitu Selena Gomez, Cara Delevingne dan Karlie Kloss. Katy Perry turut menambah, Swift sering memutar belit kenyataan dan berlakon seperti gadis innocent di hadapan wartawan.

Bahkan Swift juga turut mempunyai ramai musuh selebriti seperti Kim Kardashian, Miley Cyrus, Kanye West, Kendall Jenner, Camilla Belle dan Calvin Harris.

2. Christina Aguilera

Foto: zig.com

Christina Aguilera sememangnya seorang yang agak berani untuk bersemuka dengan musuhnya ketika di awal kemunculannya. Christina dikatakan sudah lama menyimpan dendam dengan Kelly Osbourne.

Malah Christina sering memanggil penyanyi British itu sebagai perempuan gemuk dan hodoh! Kelly pernah memberi kenyataan yang Christina pernah cuba memukulnya di sebuah kelab satu ketika dahulu. “Dia sering memanggil saya gemuk, sekarang kamu lihat siapa yang lebih gemuk?” balas Kelly.

3. Ariana Grande

Foto: Complex

Ariana Grande dilihat seperti gadis comel yang merendah diri di awal kemunculannya. Namun menurut pengacara E-Hollywood, Giulliana Rancic, penyanyi kecil molek itu berlagak diva dan merasakan dirinya sehebat Mariah Carey ketika ditemu ramah.

Giulliana turut mengeluarkan kenyataan, “kamu harus tahu kedudukan kamu sebagai artis baru. Dengan sikap seperti diva ini, kamu akan dibenci oleh wartawan hiburan.”

4. Gigi Hadid

Foto: Harper’s Bazaar

Salah seorang penulis Seventeen mendedahkan perangai sebenar Gigi Hadid dengan menyatakan supermodel itu tidak merendah diri seperti keluarganya yang lain.

Penulis itu turut menambah, “dia sangat diva dan menyusahkan ramai krew ketika di set penggambaran. Mungkin itu sikap sebenarnya sejak dilahirkan, apatah lagi keluarganya sangat kaya!”

5. Charlize Theron

Foto: Footwear News

Charlize Theron dilaporkan tidak akan bergaul dengan mana-mana pelakon baru ataupun pelakon drama televisyen. Menurut salah seorang pelakon drama di Hollywood, dia pernah cuba untuk berbual bersama Charlize, namun bintang terkenal Hollywood itu menjelingnya dan berkata ‘Oh my god!’.

Sumber: GLAM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Gunakan Dapur Gas Biasa Pun Boleh Untuk Buat Kuih Gebu Dan Rangup, Ini Caranya

Hasilkan biskut raya hanya dengan bakar atas dapur gas sahaja!

Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Featured Thu, 11 Jan 2018

Clean Eating Adalah Gaya Hidup

‘YOU ARE WHAT YOU EAT’, ungkapan ini memang sering kita dengar.  Jika kita mengambil makanan  sihat, maka tubuh juga menjadi sihat. Tapi jika makanan yang diambil tidak sihat dan banyak bahan pengawet, maka tubuh badan […]

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Fri, 8 May 2020
Featured Mon, 8 Jul 2019

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Laluan akses ke kolam ini menggunakan pintu seperti kapal selam, wow!

Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Featured Tue, 10 Dec 2019
error: Content is protected !!