Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin October 26, 2018 @ 3:00pm

Tip Untuk Hilangkan Jerawat ‘Komedo’ Di Bahagian Bawah Bibir

Anda tahu apa itu jerawat komedo?

Kalau anda perasan, di bahagian bawah bibir ada bintik-bintik putih kan? Itu sebenarnya bukanlah whiteheads, sebenarnya ia adalah sejenis jerawat yang dipanggil ‘Comenonal‘ ataupun jerawat komedo. 

Jenis jerawat ini sukar untuk dihilangkan kerana ia tidak mempunyai ‘mata’ seperti jerawat-jerawat yang lain. Ia akan kekal di permukaan kulit jika tidak dikeluarkan.

Untuk mengeluarkan isi putih jerawat ini, anda perlu melubangkan kulit dengan cara mencungkit sedikit pada bahagian kulit tersebut. Pastinya, cara ini akan meninggalkan bekas picitan yang akan ‘mencacatkan’ permukaan kulit anda.

Jangan risau, tak perlu picit lagi anda hanya perlu amalkan beberapa tip ini untuk mengatasi masalah jerawat komedo. Jom kita semak!

Foto: Daily Vanity

1. Selalu skrub wajah

Skrub wajah dengan kerap memang tak bagus kerana skrub boleh menghakis minyak wajah yang baik sekaligus buat kulit semakin kering dan nipis.

Tapi, kalau anda mahu kulit sentiasa bersih dan licin, boleh saja lakukan skrub setiap hari asalkan anda guna skrub daripada butir-butir skrub semula jadi. Contohnya dibuat daripada cengkerang kacang atau gula dan bertekstur halus agar lebih lembut pada kulit.

2. Cuci muka dengan bersih

Anda perlu menggunakan makeup remover yang berasaskan minyak untuk mencuci sisa solekan pada wajah. Ini kerana, makeup remover yang berasaskan minyak lebih berkesan menanggalkan sisa solekan degil terutamanya foundation serta maskara kalis air.

Cara menggunakan makeup remover adalah dengan basahkan kepingan kapas, perah lebihan air. Kemudian, tuang beberapa titis makeup remover dan gosokkan lembut pada wajah sehingga muka benar-benar bersih. Seterusnya, cuci wajah anda menggunakan pencuci muka.

3. Gunakan pelembap wajah

Bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat komedo, anda perlu amalkan pemakaian pelembap wajah. Pelembap ini akan menyeimbangkan keadaan kulit dan ini mampu menghalang penghasilan minyak berlebihan pada wajah. Apabila wajah kurang berminyak, jerawat akan turut berkurang.

4. Buat rawatan wajah

Anda boleh lakukan rawatan wajah di spa ataupun klinik kulit yang biasanya mempunyai peralatan yang selamat dan mencukupi untuk mengekstrak isi-isi jerawat komedo. Bukan itu saja, rawatan ini juga dapat membuang blackheads dan whiteheads. 

Jadi, anda tak perlu memicit jerawat di rumah kerana dikhuatiri ada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan radang pada kulit sekaligus menyebabkan jerawat tumbuh pada bahagian yang telah luka dan dijangkiti bakteria.

Jadi, amalkan tip-tip ini untuk menghilangkan jerawat komedo di samping dapat menjadikan wajah anda sentiasa bersih, licin dan bermaya.

Semoga bermanfaat! 

Sumber: Daily Vanity

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 13 May 2019

Betulkah mencuci muka selama 60 saat akan jadikan kulit lebih sempurna? Ini jawapannya

Beberapa orang wanita telah mencuba! Jom ketahui hasilnya

Oh Lawa Thu, 23 May 2019
Featured Tue, 8 Jan 2019
Featured Thu, 21 May 2020
Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Tip-Tip Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Janji Temu Pertama Anda Dengan Teman Istimewa

Kena pilih betul-betul! Kalau tak sesuai, turn off pula teman anda nanti.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 14 Mar 2019

Amalan kecantikan aneh dari seluruh dunia. Nombor 6 paling menyeksakan!

Setiap budaya mempunyai amalan kecantikan yang berbeza.

Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Oh Lawa Thu, 13 Dec 2018

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!

Oh Lawa Tue, 26 Jun 2018

11 Gaya Ikatan Tudung Yang Boleh Di Gayakan Pada Hari Bahagia Anda

11 gaya ikatan tudung ini pastinya menjadikan anda kelihatan luar biasa pada hari bahagia.

error: Content is protected !!