Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops October 29, 2018 @ 4:00pm

Milik Siapakah Trofi Drama & Filem Terbaik Anugerah Skrin 2018?

Anugerah paling berprestij, Anugerah Skrin semakin hampir ke kemuncaknya! Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) bakal berlangsung pada 2 November (Jumaat), 9.00 malam hingga 11.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Anugerah Skrin yang sudah memasuki edisi ke-22 ini dianjurkan untuk memberikan pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air yang telah bekerja keras untuk menghasilkan sebuah drama dan filem. Pengiktirafan ini diharap dapat menyumbang kepada perkembangan industri seni yang lebih baik dengan penghasilan karya yang lebih bermutu dan berkualiti.

Secara keseluruhan, ASK 2018 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Malam Anugerah ASK 2018 bakal menyaksikan 24 kategori dipertandingkan, manakala pemenang enam lagi kategori Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Selain Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu TV3, ntv7, TV9 dan 8TV, ASK 2018 turut disertai oleh rakan penyiar lain seperti ASTRO AEC, Bernama, RTM dan TV Al-Hijrah.

Buat julung kalinya juga, ASK 2018 memperkenalkan tiga kategori baharu di bawah kategori drama iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), kriteria yang akan dinilai termasuklah tema, mesej dan pengolahan cerita yang baik, mempunyai keistimewaan tersendiri serta memaparkan nilai-nilai murni dan pengajaran. Manakala, untuk Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian, kriteria yang akan dinilai adalah dari aspek penghayatan, lontaran vokal skrip, penampilan dan kesan lakonan dalam drama. Keseluruhan persembahan lakonan juga harus memberi impak kepada penonton. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih tidak kira sama ada mereka berlakon dalam drama rantaian bahasa Melayu atau bahasa Cina.

Edisi ke-22 ini turut menampilkan kelainan di mana, ASK 2018 tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam anugerah ASK 2018. Sebaliknya, 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar akan dipertanggungjawabkan untuk mengemudi acara penuh prestij ini.

Acara karpet merah akan diacarakan oleh Aaron Al-Fateh dan Ain Edruce, bersiaran secara langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9.00 malam di ntv7. Selain itu, kemeriahan acara karpet merah turut disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook ntv7 Malaysia.

Malam penuh gemilang ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Wany Hasrita, Ernie Zakri & Shiha (tribute Allahyarham Pak Ngah), Jaclyn Victor & Elvira (persembahan Koir), Altimet ft. Amelia Henderson, Raja Shahiran & Shawn Lee (nyanyian Rap),  Andrew Lee (silap mata), Alpha Movement (Tarian & Aksi Parkour) dan tidak ketinggalan juga persembahan daripada kumpulan OAG.

Calon – calon bagi Drama Terbaik dalam ASK 2018 ialah 4K, Abang Kandung, Aku Nazmi, Cucu Atuk, Dosa Perempuan, Fatonah Azali, Kasih Seorang Ayah, Luyak, Nisaa, Pendosa Ingin Ke Syurga, Qalbu dan Tulus Cinta.

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) yang tercalon pula adalah Andainya Takdir 2, Isteri Untuk Diiktiraf, Nafas, Nur, Raisha dan Teratai Kemboja. Bagi Drama Rantaian Terbaik Kategori Bahasa Cina, drama-drama yang tercalon ialah Green Wall, Growth Behind The Sun, Persona 2, The Men In Black School, dan The Memoir Of Majie.

Manakala, pencalonan bagi kategori Drama Komedi Terbaik pula ialah Aku Dia Lagu, Mak Cun 4, Mat Rukun, Suamiku Mat Piun dan Shah & Zam.

Bagi kategori Filem Terbaik pula, antara filem yang tercalon ialah Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit, Blok 404, Bukan Cinta Malaikat, Buskers, Dukun, Hijabsta Ballet, Kau Takdirku, Kau Yang Satu, KL Special Force, KL Wangan #Bikingempak, Peransang Rentap, Pinjamkan Hatiku, Pulang, Rempit Sampai Langit dan Tombiruo: Penunggu Rimba.

ASK 2018 disokong oleh radio Hot FM & Kool FM sebagai rakan radio turut boleh ditonton secara langsung menerusi Youtube @TV3Malaysia Official. Kru penerbitan Anugerah Skrin 2018 diketuai oleh Tengku Sahilawati selaku Penerbit Eksekutif dan Zaini Saidi sebagai penerbit. Layari laman web rasmi ASK 2018 iaitu www.xtra.com/ask2018 untuk sebarang informasi terkini. Rancakkan perbualan ASK2018 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2018!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 25 Oct 2019

Partners in Parenting: Inisiatif bantu ibu bapa muda jaga anak

Tollyjoy, PPAS, dan Orphancare bekerjasama hasilkan platform pendidikan untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak

Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Acara Tue, 30 Aug 2022
Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Acara Mon, 25 Jun 2018

Promosi Filem Pulang Di Pavilion Kuala Lumpur Happening!

Membayangkan detik cemas dipukul ombak di tengah lautan tanpa mengetahui setinggi dan sebesar mana gelombang ombak, menuntut imaginasi besar buat Remy.

error: Content is protected !!