Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops November 2, 2018 @ 11:00am

Baru Berumur 20-an Tapi Wanita Malaysia Ini Diserang Strok & Mukanya Lumpuh! Ini Sebabnya

Siapa sangka penyakit angin ahmar boleh menyerang anak-anak muda? Selalunya orang-orang yang dah berumur saja yang menjadi mangsa.

Itulah yang disangka oleh seorang wanita Malaysia bernama Yvonne Wen yang berumur dalam lingkungan 20-an.

Dan sebab itulah pada mulanya dia langsung tak mengendahkan tanda-tanda awal bagi strok yang dia telah lalui. Tindakannya itu membawa padah akhirnya kerana dia memang diserang penyakit tersebut.

Menurut Wikipedia, strok atau angin ahmar adalah sejenis masalah kesihatan di mana bekalan darah ke sebahagian otak seseorang itu terganggu kerana salur darahnya tersumbat.

Akibatnya, sel otak akan mati lalu bahagian badan yang dikawal oleh bahagian otak tersebut pun tak berfungsi.

Dalam kata lain, orang ini takkan dapat menggerakkan langsung sesetengah bahagian badannya. Jika ia berlaku kepada seseorang yang muda, memang menyedihkan kerana hidupnya sepatutnya panjang lagi.

Foto: Facebook Yvonne Wen

Ahad lalu, Yvonne telah berkongsi kisah pilunya di Facebook tentang bagaimana dia didiagnos dengan strok.

Lebih kurang setahun yang lalu, dia demam berlarutan tapi dia tak memandangnya sebagai serius.

Selepas mengambil ubat dari farmasi, demamnya hilang tapi beberapa hari kemudian, mukanya mula kembung. Kali ini dia membeli ubat anti-inflamasi dari farmasi.

Kekembungan itu surut tapi sejak hari itu, dia tak boleh lagi senyum atau membuat sebarang mimik muka. Mukanya kebas dan salah satu matanya separuh buka pada setiap masa.

Dia akhirnya merujuk kepada 3 orang doktor dan rasa fed up dengan diagnos yang mereka berikan – dia telah diserang strok.

Salah seorang daripada mereka berkata, “Walaupun awak muda, itu tak bermakna awak boleh abaikan kesihatan. Mesti ada padahnya.

“Strok awak mungkin disebabkan oleh nightlife, tidur yang tak cukup, stres, diet dan kekurangan senaman.”

Foto: Let Me Groom

Yvonne setuju dengan semua itu kerana ketika dia tinggal di England, dia sering pergi menonton wayang midnight, minum alkohol pada lewat malam dan sentiasa makan makanan berminyak.

Bukan itu saja, dia juga makan supper setiap malam tapi langsung tak exercise.

Kata Yvonne menerusi Facebooknya, “Bila saya pulang ke Malaysia, saya teruskan dengan gaya hidup sebegitu. Malangnya waktu gembira ini tak lama.

“Dalam masa setahun, saya didiagnos dengan strok dan terpaksa ‘kembalikan’ kesihatan baik saya kepada Tuhan.

Yang paling menyedihkan baginya adalah bagaimana dia tak boleh bercakap dengan jelas dan mengunyah makanan.

“Makanan akan tertumpah dan ‘bocor’ dari mulut saya bila saya makan.”

Good news!

Nasib baik, dia diperkenalkan dengan seorang doktor di Singapura yang mengubah suai diet dan ubat Yvonne. Doktor wanita ini juga mengurut muka dan bahagian badan Yvonne untuk menolong proses pemulihannya.

Selepas 6 bulan, Yvonne akhirnya boleh senyum semula tapi doktornya memberi warning yang dia belum lagi 100% pulih.

Ini adalah kerana bagi pesakit strok, ada kemungkinan masalah kesihatan ini akan datang balik. Inilah sebabnya Yvonne sangat mementingkan tahap kesihatannya sekarang.

Foto: Facebook Yvonne Wen

Dia menasihati semua orang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang secukupnya, makan makanan yang berkhasiat, kurangkan pengambilan air sejuk dan mula bersenam.

Tapi yang paling penting, rujuk nasihat doktor bila tak sihat. Jangan pandai-pandai diagnos dan beli ubat sesuka hati.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 May 2025

Komitmen Kerja Punca Tangguh Berhijab, Isyariana Percaya Pada Rezeki – “2018 Lagi Saya Dah Niat Tapi…”

Isyariana pernah menerima tawaran namun ditarik semula gara-gara imejnya kini yang sudah bertudung.

Featured Fri, 30 Dec 2022
Acara Fri, 10 Feb 2023
Featured Sat, 28 Dec 2024

Abby Abadi Jadi Mangsa Scammer Gara-Gara Mahu Ramai Follower – “Senang Sangat Terpengaruh”

Abby mengaku insiden yang berlaku berpunca daripada khilafnya.

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Trending Fri, 3 Apr 2020
Trending Tue, 3 Mar 2026

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak […]

error: Content is protected !!