Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 11, 2018 @ 5:00pm

Ketahui Bahagian Ayam Yang Paling Tinggi Protein & Berkhasiat

Adakah anda seorang yang suka makan ayam? Kalau anda suka, bahagian ayam yang mana akan menjadi pilihan anda? Adakah bahagian paha, kepak, dada atau kaki? Kalau penulis sendiri, suka bahagian kepak.

Kita semua tahu bahawa ayam antara makanan yang kaya dengan sumber protein. Tapi, setiap bahagian ayam tersebut mempunyai kandungan protein dan lemak yang berbeza. Bagi anda yang nak kurus, kenalah tahu bahagian ayam mana yang patut dikurangkan dan dilebihkan agar diet lebih seimbang.

Jadi, penulis senaraikan bahagian ayam yang paling tinggi kandungan protein.

1. Dada

Foto: Cooking Light

Bahagian dada ayam adalah paling rendah lemaknya tapi paling tinggi protein. Dalam 100 gram dada ayam mengandungi 165 kalori, 80% kalorinya berasal daripada protein, dan 20% baki kalori berasal daripada lemak. Sekiranya anda ingin bentuk tubuh yang lebih berotot dan menurunkan beran badan, bahagian dada patut anda amalkan.

2. Kepak

Foto: Munaty Cooking

Untuk pengetahuan anda, 100 gram kepak ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi 30.5 gram protein dan 203 kalori. 64% daripada kalori tersebut berasal daripada protein, dan 36% bakinya berasal daripada lemak. Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak makan pada bahagian kepak ini kerana tidak mempunyai isi dan lebih kepada lemak sahaja.

3. Paha

Foto: Inspired Taste

Paha ayam (thigh) lebih murah daripada bahagian dada. Ayam bahagian ini mengandungi 209 kalori untuk 100 gram. 53% daripada kalori berasal dari protein, manakala 47% dari lemak. 

Selain itu, paha ayam ini mempunyai warna yang lebih gelap daripada dada ayam kerana kaki ayam lebih aktif dan mengandungi lebih banyak myoglobin. Molekul ini membantu otot lebih aktif dengan oksigen.

4. Paha (Drumstick)

Foto: Kraftcanada.com

Penulis percaya, bahagian ini paling ramai yang suka kan? Dalam 100 gram bahagian ini tanpa kulit dan tulang mengandungi 28.3 gram protein dan 172 kalori. Berdasarkan kalorinya, 70% kalori berasal daripada protein, dan 30% berasal daripada lemak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista & HealthLine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Feb 2019
Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Featured Wed, 2 May 2018
Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Thu, 19 Oct 2023

Bekas Madu Miera Liyana Akhirnya Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak

Alhamdulillah. Boleh melepas rindu dengan anak-anak❤️

Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

error: Content is protected !!