Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops November 16, 2018 @ 6:00pm

9 Cara Efektif Untuk Kurangkan Masalah Ekzema Anak Anda

Kesiannya melihat anak kecil tergaru-garu kerana ekzema. Faktor keturunan merupakan antara punca yang menyebabkan bayi dan kanak-kanak mendapat ekzema. Ekzema adalah keadaan kulit kering dan gatal yang selalu timbul pada bahagian pipi atau kulit kepala bayi dan merebak ke bahagian tangan, kaki, dada dan bahagian lain pada tubuh si manja.

Ekzema tidak boleh dirawat, tetapi masalah kulit ini boleh dicegah. Berikut merupakan petua untuk mengurangkan dan mengendalikan masalah ekzema dalam kalangan bayi.

Foto: Mom Junction

1. Pastikan kelembapan kulit anak anda terjaga

Mereka yang menghidap ekzema mempunyai kulit kering dan gatal. Jadi, pastikan kulit anak anda sentiasa lembap dengan cara menyapukan losen atau pelembap yang diperbuat khas untuk kulit ekzema.

2. Sentuhan perlahan dan lembut

Berikan sentuhan lembut kepada kulit bayi anda setiap kali semasa memandikannya atau membersihkan tubuhnya. Ini kerana kulit mereka bersifat sensitif. Gunakan tuala bersih semasa mengeringkan kulit bayi dan lap tubuhnya perlahan-lahan.

3. Jangan mandi selalu

Jika bayi anda mengalami ekzema, elakkan daripada kerap memandikannya bagi mengekalkan lapisan lembapan semula jadi pada kulit si manja.

Foto: bpac NZ

4. Jika gatal…

Tidak kiralah masalah ekzema ini melanda orang dewasa, kanak-kanak ataupun bayi, pasti mereka akan menggaru jika terasa gatal. Jadi, bagi meredakan kegatalan dan rengsa kulit, gunakan air sejuk atau air batu.

Letakkan air batu di dalam tuala kecil yang bersih, kemudian balutkannya dan tuam perlahan-lahan pada kulit yang mengalami ekzema.

5. Elak berpeluh, berpanas

Berpeluh boleh menimbulkan rasa gatal pada kulit bayi. Jadi, elakkan daripada membawa si manja keluar sewaktu hari panas bagi mengelakkannya berpeluh.

6. Pilihan baju

Pemilihan fabrik pakaian juga penting untuk bayi ekzema. Berikannya pakaian yang diperbuat daripada kain kapas supaya kulitnya mudah bernafas. Selain itu, pilihlah pakaian yang longgar untuk anak anda supaya apabila kulitnya berpeluh tidak terkena pada fabrik pakaian tersebut.

Jika anak anda masih kecil, pakaikannya sarung tangan bagi mengelakkannya menggaru kawasan yang terkena ekzema.

Foto: Eczema Living

7. Pilih produk harian khas

Gunakan produk mandian, pencuci pakaian, bedak atau minyak yang berasaskan sumber organik atau semula jadi. Kandungan kimia dalam sabun pencuci pakaian boleh memudaratkan lagi bayi yang mengalami ekzema.

Bagi penggunaan bedak atau minyak bayi, anda boleh mencari produk yang dibuat khusus untuk bayi ekzema.

8. Gunakan krim atopik apabila perlu

Patuhi nasihat doktor dalam penggunaan krim atopik pada bayi dan kanak-kanak. Sapukan krim jika perlu pada dos yang disyorkan. Lazimnya, doktor akan menetapkan penggunaan krim hidrokortison bagi mengawal rasa gatal pada ekzema dan mengelakkannya lebih merebak.

9. Persekitaran

Pastikan kawasan persekitaran bayi anda bebas daripada habuk, debu dan hama. Anda boleh letakkan penapis habuk atau hama di rumah anda. Gunakan pelindung anti hama pada bantal dan tilam anak anda. Jika perlu, gunakan cadar yang diperbuat daripada kain organik.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 30 Nov 2018

Pakar Kongsi Keburukan Telefon Bimbit Pada Kanak-Kanak. Take Note Ya Para Ibu Bapa!

Telefon bimbit beri kesan negatif pada fizikal dan mental kanak-kanak.

familuv Mon, 19 Aug 2019

Urut-mengurut dulu sebelum ‘bersama’, pasti suami-isteri lebih bahagia

Nikmatnya berurut, boleh hilang segala bebanan diatas kepala sekaligus perasaan resah dan bisa-bisa badan akibat tidak cukup rehat, kuat kerja mahupun tidak cukup tidur. Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk […]

familuv Wed, 6 Mar 2019
familuv Mon, 28 Jan 2019

Hadkan penggunaan gajet sekiranya sayangkan anak anda dan tidak mahu perkara ini berlaku!

Melayan gajet berjam-jam boleh menyumbang kerosakan saraf

familuv Sat, 27 Oct 2018

Risiko Kahwinkan Anak Di Bawah Umur, Satu Kes Kanak-Kanak Mati Pada Malam Pertamanya!

Ibu bapa tolonglah jadi orang tua yang bertanggungjawab!

familuv Mon, 25 Jun 2018

Belajar Buat Pizza Bersama Anak Anda Dengan Resipi Mudah Ini

Ini boleh menjadi aktiviti “bonding” untuk anda berdua.

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Mon, 3 Jun 2019

Pancing isteri dengan nota lucu, muka yang kelat berubah semanis kurma. Cubalah!

Suami atau teman lelaki harus lebih kreatif dalam memujuk pasangan!

familuv Wed, 5 Dec 2018

Terapkan Rasa Syukur Dalam Keluarga, Upaya Bentuk Sahsiah Diri Yang Jitu

Bersyukur buat kita menerima apapun keadaan dengan baik dan redha.

error: Content is protected !!