Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom November 21, 2018 @ 9:00am

Bajai Rasa Kasih Di Hati Anak-Anak Dengan Mengamalkan 3 Minit Bonding Time Setiap Hari

Mencari rezeki lebih itu adalah baik untuk keharmonian dan kebahagiaan keluarga ditambah pula dengan beban yang terpaksa ditanggung akibat kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi penghuni kota metropolitan.

Namun begitu, dalam usaha kita merubah kehidupan dengan memberi kesenangan buat mereka yang tersayang, banyak faktor perlu diambil kira terutamanya dalam penjagaan anak dan pengurusan rumah tangga, jangan sampai terabai sehingga memporak-perandakan rumah tangga.

Bagaimana cara untuk anda membayar balik kesibukan sehari-hari dengan momen berharga bersama keluarga? Salah satu cara yang efektif adalah dengan melakukan aktiviti bersama.

Tahukah anda, mewujudkan bonding time di antara ibu bapa dan anak-anak hanya memerlukan minimum 3 minit saja.

Kalau di pejabat boleh luangkan masa lebih 8 jam atau ‘mengopi’ dengan teman-teman berjam-jam lamanya, takkan 3 minit dengan keluarga tidak boleh?

Foto: Getty Images

Bagaimana kita boleh memanfaatkan bonding time 3 minit ini?

Menurut Pakar Psikologi Nataliya Sirotich, Ketua Pusat Kerja Bahagian Kanak-Kanak dan Remaja, aktiviti bersama keluarga selama tiga minit adalah sangat berharga terutamanya bagi ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak.

Peraturan 3 minit ini boleh dilakukan apabila anda pulang ke rumah. Beri tumpuan penuh pada anak sekurang-kurangnya selama tiga minit. Ia perlu dilakukan tanpa gagal setiap hari.

Ini adalah cara mudah dan berkesan bagi bantu memperbaiki hubungan keluarga.

Dengan mengikut peraturan 3 minit ini, Sirotich mengatakan seorang anak akan belajar tentang kasih sayang dengan ibu bapanya. Kepercayaan ini akan berjalan seiring waktu hingga mereka dewasa.

Aktiviti bersama keluarga: Bagaimana nak amalkan 3 minit ini dengan betul?

Foto: Getty Images

1. Letakkan diri anda pada aras mata yang sama dengan anak.

Ketika menghabiskan masa tiga minit dengan anak, pastikan anda berada pada aras pandangan mata yang sama dengannya. Tak kiralah sama ada duduk di sofa atau bersila atas lantai.

2. Sambut anak dengan pelukan

Ketika ambil anak dari tadika atau sekolah, guna tiga minit ini dengan sebaiknya seperti memeluk, mencium pipi dan minta dia berkongsi cerita menarik semasa di sekolah serta apa yang mereka lakukan bersama guru.

Jangan berleter atau berceramah kecil kerana anak-anak tidak menggemarinya dan mereka menganggap anda tidak memberi tumpuan kepadanya.

Sebab itu interaksi secara dua hala sangat penting kepada anak-anak. Secara tak langsung, anak dapat berkongsi rasa gembira dengan ibu atau ayahnya. Bagi mereka anda adalah kawan yang paling hebat!

Tip: Mendengar dengan teliti apa yang diberitahu oleh anak dan bertanya soalan khusus mengenainya. Jangan sekali-kali berpura-pura dengar atau mengangkat bahu.

3. Apa yang anda tidak boleh buat?

Anda tidak boleh mengabaikan sepenuhnya tiga minit tersebut pada anak. Apabila anda menunjukkan sikap acuh tak acuh, ini akan membuatkan perhatian anak semakin longgar dan mereka banyak mendiamkan diri.

Boleh jadi dia menganggap anda tidak berminat tentang diri dan aktiviti yang dilakukan. Malah mereka juga semakin menjauhkan diri.

4. Tiga minit untuk fokus

Peraturan tiga minit ini hanyalah usaha tambahan supaya anda dapat meluangkan aktiviti bersama keluarga terutamanya anak-anak.

Ini supaya dia dapat berkongsi apa yang penting tatkala melihat ibu atau ayahnya.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama

Foto: Getty Images

Menurut ahli psikologi, ada perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mewujudkan ikatan yang baik dengan anak-anak adalah seperti berikut:

  • Biar mereka tahu anda berminat untuk menghabiskan masa dengan mereka dan mengambil bahagian dalam aktiviti bersama.
  • Bermain permainan video.
  • Memasak.
  • Membuat projek DIY.
  • Aktif mendengar ketika anak sedang bercakap.
  • Biarkan anak-anak tahu yang anda boleh menjadi rakan pendengar yang setia.
  • Berikan keyakinan kepada anak-anak yang mereka boleh bergantung kepada anda pada bila-bila masa yang diperlukan.
  • Bersikap terbuka tanpa kepura-puraan di hadapan anak-anak.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

familuv Mon, 8 Jul 2019

Peluk anak 18 kali sehari, mereka akan jadi lebih bijak!

Amalkan budaya peluk pasangan ini kepada anak untuk naikkan semangat dalam pelajaran.

familuv Thu, 15 Nov 2018
familuv Tue, 31 Dec 2019
familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

familuv Tue, 24 Mar 2020
familuv Tue, 29 Jan 2019

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika ia serasi dengan jiwanya, pasti dia akan suka.

familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Mon, 1 Apr 2019

Inilah kemahiran yang ‘bapa moden’ perlu ada!

Setakat menghulurkan wang perbelanjaan sahaja tidak cukup!

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

error: Content is protected !!