Trending By: Yanie Baharom November 26, 2018 @ 11:00am

Duyung Pinggang Secekak Ditemui Di Pantai Remis. Cantik Sungguh!

Menggemparkan! Duyung terdampar di Pantai Remis? 

Kelibat seorang puteri duyung persis watak Ariel di dalam filem Walt Disney The Little Mermaid, menarik perhatian ramai.

Kelihatan bersantai di atas tambakan batu di Pantai Remis, Kuala Selangor, aksi duyung yang cantik berambut merah berombak dan lebat melebihi paras pinggang itu, cukup mempesonakan.

Walau bagaimanapun dia bukanlah puteri duyung seperti kisah mitos yang pernah diceritakan semasa zaman kanak-kanak dulu.

Sebaliknya, puteri duyung yang dikenali sebagai Beby Maembong itu, salah seorang peminat kisah lagenda The Little Mermaid, yang merealisasikan impiannya untuk menjadi puteri duyung dengan memakai kostum Mermaid.

Foto: Azrul Rafie

Diajukan soalan kepada Beby Maembong atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, 29, mengapa dia amat meminati Puteri Duyung sedangkan terdapat banyak kisah kisah puteri lagenda yang cukup popular misalnya Cinderella, Beauty And The Beast, Snow White dan Rapunzel?

Ujar Beby, kalau diikutkan kisah kisah puteri ini semuanya hampir sama, namun yang menjadi perhatian Beby Maembong adalah Ariel dalam filem The Little Mermaid.

Bagi Beby Maembong, watak puteri duyung itu mempunyai personaliti yang menawan kerana semangat juangnya yang tinggi, ditambah pula dengan pinggangnya yang ramping serta wajahnya yang jelita.

“Termasuklah dengan rambut saya. Kalau perasan rambut Mermaid itu berwarna merah dan panjang kan? Jadi saya memang sengaja memilih warna sama dan menyimpan rambut panjang kerana ingin kelihatan seperti Mermaid berkenaan,” kata pemilik Instagram @beby_maembong ini dengan jumlah 267,000 pengikut.

Foto: Azrul Rafie

Personaliti yang ada pada Mermaid itu membuatkan Beby Maembong gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Begitulah juga sikap Beby Maembong dalam melakukan sesuatu terutamanya dalam  perniagaan.

Ditanya, apakah dia pernah disapa dengan panggilan ‘mermaid’, Beby Maembong berkata, ketika perayaan Aidilfitri yang disambut di Terengganu, ramai kanak-kanak bertanya kepadanya “adakah awak Mermaid? Saya iyakan saja,” katanya sambil ketawa.

Barangkali ramai yang tidak percaya, wanita ini sebenarnya mempunyai empat orang anak. Mendirikan rumah tangga di usia muda iaitu 19 tahun, lebih mengejutkan dia mempunyai ukuran pinggang 23 inci seperti Mermaid!

Foto: Azrul Rafie

Ini bermakna, Beby Maembong antara individu popular di Malaysia yang mempunyai ukuran pinggang terkecil selepas Allahyarham Puan Sri Saloma yang masih memegang rekod pinggang 21 inci. Patutlah Beby Maembong digelar seperti Mermaid!

Mempunyai pinggang secekak juga hasil memakai bengkung jenamanya sendiri, antara usaha yang dilakukan Beby Maembong untuk kelihatan seperti mermaid.

“Kalau kita lihat bentuk tubuh mermaid sangat cantik terutamanya pinggangnya yang ramping. Dengan status saya sebagai seorang ibu beranak empat adalah mustahil untuk mendapatkan pinggang dengan ukuran 23 inci, namun semuanya tidak mustahil dengan memakai bengkung Slimdollz dan ‘waist trainer’ Sure Ramping setiap hari termasuklah semasa tidur.

Foto: Azrul Rafie

“Satu tahun lalu saya pernah gemuk dan berat mencecah 76 kilogram. Suami mengambil gambar ketika saya sedang berbaring dan tunjukkan kepada saya. Gemuknya saya masa itu. Sangat sedih rasanya sebab tidak dapat jadi seperti Mermaid yang mempunyai pinggang ramping.

“Dek kerana gambar itu jugalah saya bertekad untuk menguruskan badan dan merampingkan pinggang menggunakan produk saya sendiri kerana saya yakin dengan keberkesanan produk.

Foto: Beby Maembong Instagram

Foto: Instagram Beby Maembong

Apatah lagi, pada masa itu saya menjual produk bengkung dan orang tertanya-tanya jual bengkung tapi pemilik produk sendiri tak kurus!” katanya dalam masa 2 bulan dia mempunyai berat badan 52 kilogram dengan menggunakan rangkaian produk Slimdollz dan ketinggian 166 sentimeter. 

Beby Maembong percaya, sesiapapun wanita boleh memperoleh bentuk badan yang cantik seperti Mermaid, sekalipun sudah bergelar ibu asalkan ada kemahuan untuk menjaganya dengan menggunakan produk yang berkesan.

Foto: Azrul Rafie

Ujar Beby Maembong, pemakaian bengkung salah satu solusi untuk mereka kerana ia bukan saja merampingkan pinggang tetapi juga mengecutkan dan menguatkan rahim. Di samping itu, pemakaian yang konsisten adalah diperlukan untuk pinggang yang lebih ramping.

“Semasa saya remaja dulu, ramai rakan yang berbadan besar, saya selalu memberi dorongan kepada mereka untuk menjaga badan. Selalu saya nasihatkan, tak sayang badan ke?” 

“Bukannya apa, bila berbadan besar wanita mudah hilang keyakinan diri. Cara untuk menaikkan keyakinan mereka adalah dengan  membantu mereka. Itu sahaja caranya!

Kalau saya boleh buktikan mempunyai pinggang ramping seperti Mermaid, saya pasti wanita lain juga boleh,” katanya sambil memberitahu yang beliau baru saja memperkenalkan minuman diet Bebydollz Chocolate Slim.

Foto: Azrul Rafie

Foto: Azrul Rafie

Foto: Azrul Rafie

Penaja lokasi: The Kabin, Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.

Wardrobe 

Kostum Duyung: Centrestage Vision Dynamic

Dress Hijau: Shanell Harun

Makeup: Barrinamat (Kak Bar)

Hairstylist: Hilmi Awall

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Featured Sun, 27 Mar 2022
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

Trending Wed, 25 Mar 2020
Trending Thu, 16 Aug 2018

Harap Justin Dan Hailey Tak Jadi Kahwin, Selena Percaya Dia Adalah Jodoh Justin

Selena Gomez sentiasa percaya bahawa dia satu-satunya wanita yang akan berkahwin dengan Justin Bieber.

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Trending Thu, 25 Oct 2018

10张你一定看过「严重PS失误」的电影海报

其实好像真的很少人会仔细地去观察电影海报,不过海报正是最多不合逻辑和奇怪的东西会出现的地方。若不仔细观察,你能看出问题吗?