Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin November 26, 2018 @ 1:00pm

Bukan Sekadar Penambah Rasa Saja, Daun Oregano Mampu Menjadi Penawar Batuk!

Anda kenal apa itu daun oregano? Kalau anda makan pizza ataupun spaghetti di restoran, serbuk daun-daun kecil di atasnya itulah daun oregano. Biasanya, daun herba ini digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan di negara-negara Eropah seperti Itali, Amerika Latin dan Sepanyol.

Tapi, tahukah anda, daun oregano ini juga mampu menjadi penawar batuk? Kalau anda nak tahu, daun ini merupakan sebagai agen anti bakteria kerana bersifat thymol dan carvacrol yang mampu melawan pelbagai jenis bakteria. 

Bukan itu saja, daun ini adalah bahan semula jadi mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan kesihatan jantung. Bukan itu saja, asid lemak omega-3 juga boleh menyeimbangkan kadar kolesterol serta mengurangkan peradangan pada sistem kardiovaskular sehingga anda selamat atau bebas daripada risiko atherosclerosis, serangan jantung dan stroke.

Sangat manfaat kan untuk kesihatan kita? Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk menggunakan daun ini untuk merawat batuk? Sekarang ini cuaca tak menentu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan, ia menjadi punca batuk dan selesema menyerang anak-anak mahupun diri kita sendiri. Jadi, jom ikuti cara ini untuk merawat batuk menggunakan daun oregano.

Foto: Catatan harian dunia masakan

Cara 1:

1. Cuci bersih daun oregano dan panaskan daun tersebut di dalam kuali yang tiada minyak sehingga daun layu.

2. Kemudian, tumbuk menggunakan lesung batu sehingga daun lumat. Campurkan sedikit air masak. 

3. Tapis dan ambil airnya sahaja.

4. Boleh terus diminum begitu sahaja untuk merawat batuk.

Cara 2:

1. Ambil 2 gelas air dan masukkan ke dalma periuk kecil.

2. Masukkan 3 helai daun oregano dan rebus sehingga mendidih.

3. Boleh diminum ketika airnya suam-suam. Amalkan 2 kali sehari.

Cara 3:

1. Ambil 4 atau 5 helai daun oregano.

2. Steam daun tersebut. Kemudian, perahkan air daun itu keluar.

3. Air perahan tersebut ditambah dengan 1 sudu teh madu asli.

4. Seterusnya, boleh diminum 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Keluarga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Feb 2020
Sihat Mon, 10 Dec 2018
Featured Wed, 28 Nov 2018

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Cuba tahan rasa geli-geleman apabila membaca artikel ini ya!

Featured Tue, 10 Jul 2018

Sering Berlaga Pipi, Gadis Ini Terpaksa Dibedah. Ngerinya!

Kalau nak berlaga pipi, jagalah kebersihan wajah anda terlebih dahulu!

Featured Sat, 7 Mar 2020

4 cara mudah lindungi diri daripada penyakit

Ketahui apa yang boleh dan perlu

Featured Mon, 9 Dec 2019

Virus Polio kembali menyerang Malaysia, ketahui petanda & cara mencegahnya

Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan dan juga maut!

Sihat Thu, 13 Dec 2018
Semarak Wed, 23 May 2018

Ikuti Tip-Tip Ini Supaya Anda Kekal Sihat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan

Tak sah kalau tak rasa letih, jadi amalkan beberapa perkara ini agar sentiasa sihat.

Sihat Thu, 12 Jul 2018

Anda Lambat Hamil? 4 Faktor Ini Adalah Penyebabnya

Perlu tahu faktor ini yang menyebabkan anda lambat hamil!

error: Content is protected !!