Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 24, 2018 @ 5:27am

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

Berikutan kes dera pembantu rumah pada 2016, polis sudah menemui suri rumah bergelar Datin yang gagal hadir ke mahkamah beberapa hari lalu. 

Memetik laporan New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka berjaya mengesan Datin Rozita Mohd Ali, 44.

“Usaha mengesan beliau bermula selepas kami terima notis dari mahkamah. Dia sudah setuju untuk hadir di mahkamah.

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

Bagaimanapun, Mazlan tidak mendedahkan di mana polis menemui Rozita atau kedudukan terkininya.
Pada 15 Mac lalu, Rozita diikat jamin selama 5 tahun dengan bon sebanyak RM5,000 oleh hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, selepas dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk ke atas pekerja domestik Indonesia, Suyanti Sutrinso.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara setimpal berdasarkan tahap keseriusan jenayah itu.
Kes itu mencetuskan kemarahan ramai kerana wanita itu terlepas daripada hukuman penjara, dengan peguam berkata hakim bersikap lembut terhadap tertuduh.

Rabu lalu, polis melancarkan gerakan mengesannya selepas wanita itu dan penjaminnya gagal hadir di mahkamah untuk semakan semula hukuman.

Timbalan pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, polis gagal mengesan Rozita di alamat terakhirnya di Kuala Lumpur dan Melaka.

Iskandar yang juga ketua pendakwa raya Selangor berkata, polis juga gagal mengesan penjamin Rozita, yang dipercayai merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, tetapi kuarters lelaki itu kosong.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menetapkan 29 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwa.

Klip video Suyanti yang cedera parah dan terbaring berhampiran longkang di kawasan perumahan Mutiara Damansara tersebar pada Disember 2016.

Menurut laporan, Rozita didakwa menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop besi dan payung untuk mencederakan kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Aug 2021

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

MasyaAllah! Semoga ini menjadi tauladan dan juga ikutan buat kita semua

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Hiburan Tue, 24 Sep 2024

Dibebaskan Sementara, Mahkamah Tinggi Menetapkan 5 November Sebutan Semula Pelupusan Kes Rogol Da’i Syed

Pendakwah bebas, Da’i Syed dilepaskan atas jaminan sementara menunggu Mahkamah menetapkan pelupusan kes rogol

Kisah Viral Wed, 6 Mar 2024
Kisah Viral Tue, 8 Apr 2025

“Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

Hasil analisis mendapati salah satu telefon yang dirampas menggunakan iCloud atas nama Ismanira, manakala telefon kedua menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Trending Sun, 14 Sep 2025

REV Media Group Lanjutkan Kempen Halal Travel Ke Fasa 2, Angkat Konsep Pengembaraan Sebagai Terapi Rohani

Berlangsung dari Julai hingga September, kempen ini menggabungkan empat platform utama REV Media Group iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.

error: Content is protected !!