Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 4, 2018 @ 1:00pm

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Perkara ini mungkin tidak begitu diberi perhatian oleh umum. Mungkin kerana kita sendiri kurang pendedahan atau tidak tahu bahawa barang-barangan dan produk di rumah mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan hormon badan?

Sebenarnya, bermacam-macam jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan pada anda, termasuklah si manja tersayang.

Menurut WebMD, paling terkesan tentunya si kecil kerana badan bayi masih belum matang sepenuhnya, maka ia tak berupaya untuk membersihkan mana-mana bahan kimia yang masuk ke dalam badan dengan cepat.

Dr Kimberly Yolton dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-Kanak Cincinnati menjelaskan, bayi paling berisiko untuk terdedah kepada bahaya bahan kimia kerana mereka mungkin akan bernafas dan memakan bahan kimia tersebut!

Biasanya, zarah kimia yang terjatuh dan ada di lantai akan menjadi habuk dan berpeluang untuk masuk dalam mulut bayi. Oleh itu, anda diminta untuk tidak menyimpan beberapa barangan ini, atau anda kena kerap menvakum rumah.

Jom kita semak apakah barang-barangan isi rumah yang berbahaya kepada bayi anda. 

5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi

1. Racun Perosak

Racun pembunuh ini sering dikaitkan dengan penyakit kanser, masalah imunisasi badan dan kerosakan sistem saraf.

Satu kajian mendapati kanak-kanak yang memiliki sisa racun perosak dalam air kencing mereka lebih cenderung untuk menghidap tanda-tanda penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Saranan terbaik, gunakan produk gangguan perosak yang bersifat semula jadi atau sticky traps.

Foto: Everyday Health

2. Bahan Pencuci

Produk pembersih rumah mengandungi pelbagai bahan kimia seperti klorin, formaldehid dan pelarut yang boleh melecurkan kulit, merengsakan mata, merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit kanser.

Jadi, jangan guna bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Anda tak tahu bila si kecil itu akan tiba-tiba memegang lantai yang ada bahan pencuci, lalu memasukkan ia ke dalam mulut mereka!

Foto: bannerhealth

3. Sabun, syampu dan krim

Hampir semua produk penjagaan kecantikan dan penjagaan diri yang anda beli mengandungi bahan kimia yang digelar sebagai phthalates.

Kajian awal daripada pakar mendapati bahan kimia ini mampu menjejaskan kesihatan, mengakibatkan kanser, masalah untuk hamil dan isu-isu lain.

Foto: aliexpress

4. Penebat api

Sofa, kusyen, permaidani malah televisyen, merupakan penebat api yang mengandungi polybrominated diphenyl ethers (PBDEs).

Bahan ini mampu menjejaskan hormon badan kanak-kanak. Kajian mendapati kaitan antara pendedahan awal kepada barangan yang bersifat penebat api dengan perkembangan badan yang lambat, akil baligh lebih cepat, dan kesan-kesan kesihatan lain pada kanak-kanak.

Foto: MomJunction

5. Plastik

Barangan dan produk plastik mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) yang berfungsi meniru kesan hormon estrogen dalam badan. Akan tetapi, bahan kimia ini amat berbahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masalah kegemukan, akil baligh terlalu awal, kanser ovari dan kanser prostat.

Jangan sesekali masukkan botol plastik dan cawan sippy anak anda dalam ketuhar gelombang mikro. Haba yang terhasil mampu memecahkan sejumlah kecil bahan kimia terbabit lalu ia masuk ke dalam makanan dan minuman.

Foto: infokids

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 26 Feb 2025
Gaya Hidup Mon, 16 Aug 2021

Untungnya… 30 Atlet Malaysia Dapat Makan Percuma Seumur Hidup Di Teh Tarik Place!

Bagi menghargai jasa 30 orang atlet yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Teh Tarik Place mengumumkan untuk memberikan ganjaran seumur hidup secara percuma berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua wira negara […]

Featured Fri, 21 Jun 2019

Panduan pilih, pasang kerusi kereta bayi & cara pujuk anak untuk biasakan diri

Ketahui panduan ini sebelum membeli kerusi kereta bayi untuk si kecil.

Featured Fri, 17 Apr 2020

Cara memaksimumkan konsep bekerja dari rumah

Kenal pasti perkara perlu diberi keutamaan

Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Untuk Wanita Berumur 30-An, Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi! Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah […]

Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
error: Content is protected !!