Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin February 26, 2025 @ 2:42pm

Syed Wafa Terima Anugerah Wartawan Tinta Emas

Wartawan dan personaliti media, Syed Wafa bakal menerima Anugerah Wartawan Tinta Emas oleh Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlangnya dalam dunia kewartawanan.

Anugerah berprestij ini diberikan kepada individu yang menunjukkan dedikasi luar biasa dalam bidang kewartawanan serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh etika dan integriti media di Malaysia.

Dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam industri, Syed Wafa atau nama sebenarnya, Syed Mohd Yusof Wafa Syed Nordin Wafa dikenali kerana kredibiliti, profesionalisme, serta gaya penyampaian yang berwibawa dalam melaporkan berita dan menemubual tokoh-tokoh terkenal.

Selain cemerlang dalam bidang kewartawanan tempatan, Syed Wafa yang juga merupakan seorang pelukis sering mengendalikan temu bual eksklusif bersama selebriti dunia.

Antara personaliti yang pernah ditemu bualnya termasuk legenda muzik pop, mendiang Michael Jackson, diva terkenal Mariah Carey, pelakon popular Michael J Fox serta ramai lagi ikon terkemuka tempatan dan antarabangsa.

Kemampuan Syed Wafa mengendalikan temu bual dengan begitu profesional menjadikannya antara wartawan tempatan yang dihormati.

Presiden DPDDM, Datuk Sri Nor Hasnal Hasmi berkata. Pencapaian hebat Wafa dalam bidang kewartawanan membuatkan Wafa terpilih sebagai penerima anugerah bagi mengiktiraf pencapaiannya.

Mengulas mengenai penghormatan yang diterimanya, Syed Wafa menyatakan rasa syukur dan terharu atas pengiktirafan ini.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati menerima Anugerah Wartawan Tinta Emas ini. Ia bukan sekadar penghargaan kepada saya sebagai individu, tetapi juga kepada seluruh industri kewartawanan yang terus berusaha menyampaikan berita yang tepat, bertanggungjawab dan berkualiti kepada masyarakat.

“Dunia kewartawanan mengalami perubahan drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama dengan perkembangan media sosial dan teknologi digital.

“Justeru, anugerah ini akan menjadi pemangkin untuk saya terus memberikan yang terbaik serta menyumbang kepada pembangunan kewartawanan yang lebih profesional dan beretika,” katanya.

Syed Wafa turut menekankan betapa pentingnya kewartawanan yang telus dan bertanggungjawab dalam era digital masa kini.

“Dalam dunia yang semakin dipengaruhi oleh media sosial, cabaran bagi wartawan adalah untuk terus memastikan integriti dan ketepatan dalam penyampaian berita.

“Saya berharap anugerah ini juga akan menjadi inspirasi kepada wartawan-wartawan muda untuk terus berpegang kepada etika kewartawanan dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya sensasi semata-mata,” tambahnya.

Penganugerahan Anugerah Wartawan Tinta Emas ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian individu, tetapi juga menandakan kepentingan profesion kewartawanan dalam membentuk masyarakat yang bermaklumat.

Diharapkan anugerah ini dapat menjadi inspirasi kepada generasi baharu wartawan untuk terus mempertahankan prinsip kewartawanan yang beretika dan berkualiti, sejajar dengan cabaran dunia digital yang semakin berkembang.

Di majlis Anugerah Usahawan Negara ini antara artis yang turut menerima anugerah ialah Datuk Aaron Aziz, Aleeza Kasim dan AR Badul. Anugerah ini bagi mengiktiraf pencapaian mereka dalam bidang masing -masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Mengalami Masalah Perut Buncit? 5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Kempiskan Perut!

Setiap wanita pasti mengidamkan bentuk badan yang langsing serta perut yang kempis.

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

Tabiat Yang Boleh Merosakkan Minda

Kita semua ingin bahagia. Tanpa sedar, meskipun selalu mahu sentiasa bahagia, kita mengulangi tabiat tidak sihat yang menghalang mencapai kebahagiaan. Ironi kan? Ini tabiat yang boleh merosakkan minda yang MESTI dihindari: 1) Berhenti mengeluh tentang […]

Featured Wed, 11 Sep 2019
Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Featured Wed, 17 Jan 2018

6 Makanan Sihat, Tetapi Tinggi Kalori

Apabila anda sedang mencuba menurunkan berat badan, pasti anda akan memilih makanan yang menyihatkan serta dipercayai boleh membantu proses penurunan berat badan. Tetapi ramai yang sebenarnya tersilap langkah kerana ada makanan ‘sihat’ yang diambil itu […]

Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Thu, 1 Aug 2019

Figura Edisi Merdeka, Ogos 2019: Deskripsi Jiwa Merdeka Sarah Hildebrand

Tinggalkan kesedihan, beri fokus untuk perkukuhkan nama.

error: Content is protected !!