Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin December 4, 2018 @ 9:10am

Nak Jadi Ibu Bapa Yang Penyabar? Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Menjadi ibu bapa sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi iaitu dalam mendidik anak dari kecil sehinggalah mereka besar.

Penulis percaya, anak-anak yang masih kecil mempunyai kerenah yang kadang-kadang akan menguji kesabaran ibu bapa. 

Kalau hilang sabar, ibu terutamanya akan bertukar menjadi ‘singa’ yang garang! Haha! Namun tahukah anda, sikap mudah memarahi anak terutamanya yang masih kecil akan membuatkan emosi mereka terganggu?

Foto: SirapLimau

Ketahuilah, anak-anak sebenarnya memerlukan kasih sayang daripada anda dan ingin rasa ‘selamat’ apabila bersama ibu bapanya.

Jadi, kepada para ibu bapa yang selalu tegas dan mudah hilang sabar apabila anak-anak melakukan perkara-perkara kecil (yang dianggap salah oleh ibu bapa), anda perlu mula melakukan 5 perkara ini:

1. Tak terus menjerit dan marah-marah apabila anak tumpahkan air, makanan, dan sebagainya

Anda haruslah senyum dan jadikan perkara ini sebagai isu yang kecil sahaja. Tak perlu marah-marah sehingga membuatkan anak menangis. Seharusnya anda gunakan pendekatan untuk berkata seperti:

“Laa tumpah air, tak apa biar mummy lapkan. Lain kali, be careful ya.”

2. Zip mulut anda daripada mengulas hasil kerja anak

Anda seharusnya ‘mengunci’ mulut daripada mengkritik hasil kerja anak yang buatkan anda tak berpuas hati. Contohnya, anak sengaja nak tolong anda potong sayur, padahal anda dah tahu kemampuannya. Awal-awal anda sepatutnya dah boleh expect hasilnya. Jadi, anda dah boleh bersedia untuk ‘memuji’ bukannya memarahi!

Setelah hancur sayur yang konon dipotongnya, anda boleh berkata seperti.

“Bagus Aqeel, tolong mummy potong sayur. Rajin anak mummy, sayang anak mummy!”

3. Zip mulut daripada mengulas perangai buruk anak

Anda juga perlu mengunci mulut daripada mengulas perangai buruk anak. Anggaplah perangai mereka itu perkara yang normal yang perlu anda nasihati bukannya memarahi, memaki dan sebagainya. 

4. Menegur tingkah laku negatif anak tanpa jemu

Walaupun setiap hari anak anda mengulang kesalahan yang sama, anda perlulah sentiasa sabar! Ingatlah bahawa, anak anda masih dalam fasa ‘learning‘ dalam apa jua yang mereka lakukan.

Jika mereka menunjukkan tingkah laku yang salah, anda perlu menasihati dan memperbetulkan perkara yang salah itu kepada yang betul. Jangan tahu nak marah saja!

5. Sentiasa mendoakan anak

Sentiasalah mendoakan anak-anak dengan menyebut satu persatu nama-nama mereka. Berdoalah dengan meminta supaya anak anda menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa mentaati ibu bapanya dan berjaya di dunia dan akhirat. Percayalah bahawa doa ibu bapa adalah paling mujarab.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk menjadi ibu bapa yang awesome!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 12 Jun 2018

YB Nurul Izzah Kongsi Tip Untuk Ibu Bapa Supaya Hubungan Mereka Dengan Anak Lebih Erat

Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka mesti ikuti tip ini!

familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

familuv Mon, 4 Feb 2019
familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

familuv Thu, 8 Dec 2022

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu. @apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan Tular satu hantaran di laman TikTok seorang […]

familuv Fri, 26 Jul 2019
familuv Mon, 3 Sep 2018

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Tak sangka alat yang nampaknya innocent sebenarnya boleh membahayakan diri.

familuv Tue, 5 Mar 2019
familuv Mon, 3 Jun 2019

Pancing isteri dengan nota lucu, muka yang kelat berubah semanis kurma. Cubalah!

Suami atau teman lelaki harus lebih kreatif dalam memujuk pasangan!

error: Content is protected !!