Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 7, 2018 @ 1:00pm

Anak Tidur Di Rumah Kawan, Larang Atau Benarkan?

Semasa zaman kanak-kanak atau remaja, pernah atau tidak kamu menumpang tidur di rumah kawan-kawan.

Mungkin alasan kamu ketika itu ingin menemani kawan yang tinggal sendirian kerana ibu-bapa mereka tiada di rumah, keluar outstaion, mahu menonton movie atau ada study groups!

Biasanya bila hal ini disuarakan kepada ibu bapa, kebanyakan mereka melarang. Alasan utama kerana tidak mahu menyusahkan keluarga kawan kamu selain bimbangkan faktor keselamatan anak-anak.

Manakan tidak, keluarga dan saudara dekat pun susah untuk dipercayai, apalagi melepaskan anak anda di bawah jagaan orang lain.

Sebaliknya, ada juga ibu bapa yang tidak sampai hati menghampakan permintaan anak-anak. Justeru itu, jika anda membenarkan anak anda bermalam di rumah kawan, ini ada beberapa perkara yang anda dan anak perlu tahu.

Foto: Yayvo.com

1. Pastikan anak anda bersedia

Sebagai ibu bapa, anda lebih tahu sama ada anak anda sudah bersedia untuk tidur di rumah kawan atau ia adalah cadangan yang baik.

Kebanyakan kanak-kanak sudah bersedia pada usia tujuh atau lapan tahun sedangkan yang lain mungkin belum bersedia sehingga melangkah ke alam remaja. Jika mereka sukar untuk tidur sendiri, kencing malam atau sering bangun dan mencari anda pada waktu malam, mereka mungkin belum bersedia untuk tidur di tempat lain.

2. Kenali ibu bapa kawan anak

Anda akan rasa lebih selesa jika anda kenal dengan ibu bapa kawan di mana anak anda akan tinggal semalaman. Ia lebih baik jika anda kenal dengan ibu bapa kawan anak anda. Ibu bapa lain mungkin punya pandangan yang berbeza mengenai anak anda dan dengan mengenali mereka, anda mungkin boleh berkongsi tip tentang penjagaan anak yang betul.

3. Kenali kawan anak

Anda boleh menjemput kawan anak untuk tinggal di rumah terlebih dahulu. Dengan ini anda boleh melihat bagaimana anak dan kawan mereka bergaul. Adakah mereka bermain dengan baik? Bolehkah mereka bertolak ansur dengan satu sama lain? Ambil peluang ini untuk memerhatikan anak anda dengan kawan mereka.

4. Jelaskan etika dan keselamatan ketika berada di rumah kawan

Sama ada anda menjadi tuan rumah atau menghantar anak ke rumah kawan untuk bermalam di sana, pastikan anda terangkan peraturan dan etika yang betul kepada mereka. Pastikan mereka sentiasa menjaga sikap, menghormati peraturan dan mendengar kata ibu bapa yang menjadi tuan rumah kepada aktiviti bermalam itu.

Tetapkan peraturan untuk pastikan anak tidak bertindak di luar batasan. Pastikan juga anak anda menghafal nombor anda dan suami. Beritahu mereka untuk hubungi anda pada bila-bila masa sahaja sekiranya mereka rasa tidak selesa berada di rumah orang.

5. Katakan tidak

Ada masanya anda mungkin rasa tidak sedap hati jika membiarkan anak untuk pergi bermalam di rumah orang lain. Jika anda merasakan sedemikian, anda boleh katakan tidak kepada permintaan anak anda.

Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan aktiviti menonton filem di rumah atau bawa anak dan kawan mereka berjalan-jalan.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 15 Jul 2019

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

BH dekati pembaca yang setia menyokong ABPBH

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Kekal Harum Sepanjang Hari, Follow 6 Tip Ini Yang Membuatkan Pewangi Anda Tahan Lama

Magisnya tentang wangian ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa istimewa.

Acara Fri, 1 Mar 2019
Gaya Hidup Wed, 18 Jul 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Masker Blueberry Bermanfaat Untuk 3 Jenis Perawatan Kulit

Blueberry, adalah sejenis buah-buahan yang punya banyak manfaat untuk kecantikan kerana kandungan antioksidan yang tinggi.

Featured Mon, 26 Feb 2018

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Awas Si Kuat Sentap, Jangan Sampai Rakan Anda Meluat!

Tidak kiralah sebaik dan setulus mana pun hati anda tetapi kalau kuat sentap, memanglah kawan-kawan sekeliling akan lari.

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Gaya Hidup Fri, 24 Aug 2018

Nak Suara Selunak Siti Nurhaliza, Amalkan 6 Petua Ini Setiap Hari

Terdapat beberapa petua tradisi yang dapat memperbaiki suara seseorang sekali gus mendapatkan suara lunak dan merdu.

error: Content is protected !!