Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom December 12, 2018 @ 3:00pm

Apa Perkara Yang Tidak Disukai Nora Danish Dalam Rutin Solekan? Let’s Check It Out!

Siapa yang tak adore dengan Nora Danish?

Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, wanita mahupun lelaki, Nora antara selebriti tempatan A-List yang sentiasa menjadi ikutan dan sebutan ramai.

Bayangkan betapa kuatnya pengaruh Nora Danish, sehinggakan terdapat beberapa lirik lagu nyanyian artis tempatan yang mengabadikan namanya.

Bercakap mengenai kecantikan, selain mengamalkan rutin penjagaan yang wajib dilakukan seorang wanita, ada seperkara yang tidak digemari hot mommy ini!

Foto: Instagram Nora Danish

Menjurus pada topik solekan, Nora sebenarnya tidak suka mengenakan bulu mata yang terlalu tebal.

“Saya sebenarnya tak boleh terima bulu mata yang terlalu tebal, begitu juga dengan solekan sarat. Ia membuatkan bahagian mata terbeban dan tidak berasa selesa.

“Saya prefer kepada sesuatu yang ringkas serta solekan yang tidak keterlaluan untuk kebanyakan masa,” katanya.

Bercakap mengenai garis panduan dalam berfesyen pula, Nora mengakui dirinya seorang yang tidak tetap pendirian selain suka mencuba apa saja.

Foto: Instagram Nora Danish

“Ada sesetengah rekaan itu cantik di mata tapi tidak sesuai di badan. Saya biasanya akan cuba kalau saya dah suka.

“Sebenarnya keyakinan diri itu penting untuk tampak apapun fesyen yang digayakan sesuai dengan kita.

“Pokoknya dalam berfesyen saya tidak pernah tetapkan satu gaya saja, saya gemar mencuba apa saja yang terkini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Oh Most Wanted bersama Watson di Selfie Museum, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Foto: Instagram Nora Danish

Dalam perkembangan lain, produk solekan keluarannya Oh Most Wanted kini boleh didapati di 40 cawangan stor penjagaan diri, Watson.

Menyingkap seleksi barangan Oh Most Wanted, terdapat empat produk kesemuanya iaitu Magic Foundation (bedak asas), Magic Sponge (span bedak asas), Pout-Fect (gincu) dan Makeup Poofer (pelembab wajah).

Nora bersama pasukannya, sedang giat dalam perancangan menghasilkan lebih banyak lagi range solekan dan semuanya akan didedahkan pada 2019 nanti.

Antaranya, palet pembayang mata, rona baru gincu, pemerah pipi dan maskara.

Foto: Astro Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Mon, 30 Jun 2025

Lepas Kongsi Juadah Masakan, Kali Ni Riena Diana Tunjuk ‘Morning Text’ Bersama Keith Foo Pula

Kemesraan hubungan antara pelakon Riena Diana dan Keith Foo semakin menyorot perhatian ramai.

Featured Fri, 15 Nov 2024

Menghitung Detik 10 Hari Perkahwinan, Ramai Tak Sabar Tunggu Momen Bahagia Nina Ismail Sabri

Dalam hantaran sama, Nina turut berkongsi tanda pagar #Fromkawantokahwin dan #HafizxNina.

Featured Fri, 20 Dec 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Mon, 5 Nov 2018

Jangan Buat Perkara Ini Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Kalau Tak Nak Terhempas!

Kerana perbuatan anda, kapal terbang boleh terhempas!

Featured Fri, 11 Apr 2025
familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

error: Content is protected !!