Eat Travel By: Ad Ops December 14, 2018 @ 5:00pm

8 Tip Untuk Pelancong Wanita Solo Kekal Selamat Ketika Mengembara Di Luar Negara

Bila bercakap mengenai melancong secara bersendirian, ramai orang tak minat. Mereka kata “tak syok”. Eh, tapi sebenarnya ada keseronokan yang boleh dinikmati. Tak tipu!

Satu lagi sebab melancong solo tak disukai ramai adalah kerana mereka “takut tak selamat”. Hmm… kerisauan ini memang munasabah.

Apabila anda berseorangan, anda hanya boleh bergantung kepada diri sendiri dan kemahiran yang ada untuk “survive” di negara orang. Kalau anda melalui masalah, anda sendiri yang kena tanggung. Dan kalau anda menghadapi bahaya, anda sendiri kena pertahankan keselamatan.

Sebenarnya senang saja kerana anda sudah ada pun skil yang diperlukan – bila di negara luar, gunakan saja teknik-teknik yang anda gunakan untuk kekal selamat di negara sendiri.

Perasaan gementar atau ragu-ragu ini adalah normal, kerana ada banyak perkara yang anda tak tahu (Adakah saya akan dapat buat kawan? Adakah saya akan rasa selamat?).

Tapi itu semuanya dalam kepala anda saja. Minda anda mencipta senario buruk yang besar kemungkinan takkan berlaku pun.

Jika anda ingin mulakan pengembaraan solo anda, di sini ada beberapa tip yang anda boleh ikuti untuk pastikan yang anda selamat.

1. Percaya naluri hati anda

Kadangkala berguna juga jika anda ikut rasa hati dalam membuat sesuatu keputusan. Jika sesuatu atau seseorang memberikan vibe yang negatif, tak salah untuk anda undurkan diri atau berkata “tidak”.

Jika hati anda rasa sesuatu itu tak betul, percayalah. Lagi kerap anda melancong solo, lagi kuat skil semula jadi ini.

2. Jangan takut untuk menolak permintaan orang lain

Foto: blog.oncallinternational.com

Pengembaraan ini adalah untuk diri anda, bukan orang lain. Jadi jangan rasa bersalah jika anda tolak pelawaan orang lain untuk bersuka ria kerana anda rasa tak sedap hati atau anda memang tak berminat pun.

Jika tidak, ada potensi untuk mereka mengambil kesempatan terhadap anda. Lagipun, kalau dah tak minat, buat apa nak pergi, kan?

3. Bawa dompet tipu & wisel

Tip ini juga penting untuk masa anda travel ramai-ramai. Tak dapat dinafikan lagi yang beg duit anda boleh dirampas oleh penyangak ketika melancong.

Idea bagus untuk mengelakkan daripada dokumen penting anda dicuri adalah dengan menyediakan beg dompet tipu. Isikan dengan kad kredit lama dan duit sikit untuk nampak macam beg duit betul.

Pada masa yang sama, simpan barang-barang penting di tempat yang tersembunyi (seperti dalam kasut).

Satu lagi teknik untuk menyelamatkan diri adalah dengan membawa sesuatu boleh buat bising. Seorang pelancong wanita solo telah menggunakan wiselnya untuk menghalau monyet gila di Indonesia!

Jika anda di dalam bahaya juga wisel boleh membantu menarik perhatian orang lain.

4. Dapatkan nasihat daripada orang tempatan

Sebelum berangkat, lakukan kajian melalui online terlebih dahulu tentang destinasi anda. Ada macam-macam online community seperti Lonely Planet dan TripAdvisor yang menawarkan tip-tip penting.

Tanya pekerja di hotel atau rumah tumpangan anda tentang scam yang biasa berlaku. Tanya apa yang patut anda lawati dan tempat-tempat yang anda patut elak. Tiada siapa yang lebih tahu daripada orang tempatan.

5. Jangan jalan seorang-seorang pada waktu malam

Foto: World Nomads

Tip yang ini, rasanya semua orang tahu. Dalam sesetengah negara, memang selamat untuk berjalan pada waktu malam, tapi di negara lain tidak. Jika terpaksa, lebih baik anda minta tolong sesiapa yang anda kenal di hotel atau guesthouse untuk temankan.

6. Sediakan salinan dokumen penting

Kita mungkin ingat tiada perkara buruk yang akan berlaku, tapi lebih baik kita bersiap-sedia. Buat salinan dokumen seperti passport, kad pengenalan dan kad insurans dan simpan di dalam beg yang anda bawa. Simpan salinan elektronik juga in case anda kehilangan salinan fizikal.

7. Ketahui nombor telefon bantuan kecemasan tempatan

Sebelum berangkat, cari dan save nombor kecemasan di destinasi anda, atau tanya pekerja tempat penginapan anda. Selain itu, ada juga aplikasi mudah alih seperti TripWhistle yang menawarkan informasi ini dari seluruh dunia.

8. Beritahu rakan atau keluarga di mana anda berada

Pastikan seseorang yang anda kenal tahu itinerary anda dan di mana anda patut berada pada sesuatu masa itu. Cuba jangan lari daripada perancangan jika ibu bapa anda tengah risau di rumah.

Jika anda ubah perancangan pun, jangan lupa berikan update.

Foto: The Independent

Jadi anda dah lihat, kan? Tak takut sangat pun melancong solo ini. Anda gerenti akan menimba lebih banyak pengalaman menarik.

Ia menajamkan gerak hati, membenarkan anda untuk membuat semua keputusan sendiri, serta membolehkan anda untuk membesar dan berdikari. 

Selagi anda bertindak bijak dan ikuti tip-tip keselamatan di atas, nescaya pengalaman anda akan sentiasa baik-baik saja. Selamat melancong!

Sumber: Nomadicmatt

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Featured Tue, 5 Sep 2023

Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Alahaiiii… terus semangat Chef Wan! Kami doakan yang terbaik 💗

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Thu, 30 Jun 2022

“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun..” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Timbulkan Tanda Tanya, Yasin Sulaiman Dikhianati Rakan?

Alahai sebaknya. Yasin cipta lagu baru disebalik tirai besi 😭 Deep betul maksud lagi ni

Featured Sat, 5 Mar 2022

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Alhamdulillah.. Semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat buat kita semua ☺️

Featured Sat, 16 Dec 2023