Featured By: tex_admin December 14, 2018 @ 6:00pm

3 Jenis Pembedahan Plastik Yang Dijangka Akan ‘In’ Pada Tahun 2019

Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin maju, pastinya pelbagai penemuan terbaharu dalam semua bidang termasuklah dunia kecantikan.

Jika kita lihat sekarang ini banyak klinik-klinik estetika yang menyediakan pelbagai jenis pembedahan plastik. Daripada pembedahan hidung ke rahang, wajah, prosedur invasif ke pembedahan tidak invasif, ke semua ini mendapat permintaan tinggi bagi mereka yang obses untuk cantik. 

Menurut portal Stail, mereka anggarkan untuk tahun hadapan, makin banyak klinik-klinik estetika di Malaysia yang ‘terbuka’ akan menawarkan pelbagai rawatan wajah, tubuh dan segalanya kepada anak-anak muda. Antara 3 pembedahan plastik yang bakal menjadi trend tahun 2019 nanti adalah:

1. Prosedur hidung ultrasonik

Jika sebelum ini, prosedur pembedahan hidung memerlukan pesakit sekurang-kurangnya menjalani pembedahan dan memiliki tempoh downtime yang agak lama, tapi kali ini doktor estetika hadir dengan teknologi yang lebih maju dan terbaharu iaitu prosedur ultrasonik.

Prosedur ini menjadi pilihan dalam kalangan doktor-doktor di negara barat kerana ia menjanjikan kadar pemulihan yang lebih cepat malah hasilnya yang lebih memuaskan.

Menurut pakar, pembedahan yang menggunakan teknik ‘memahat’ tulang hidung boleh menyebabkan perkara seperti trauma tisu pada hidung. Namun dengan menggunakan teknik kuasa ultrasonik ini, ia mampu mengurangkan kadar kerosakan yang dihasilkan pada bahagian tisu lembut hidung dan mampu membentuk hidung dengan lebih cepat.

Foto: Sakra World Hospital

2. Prosedur lip lift

Kalau kita lihat, trend bibir mungil (pengaruh selebriti popular Kylie Jenner) menjadi kegilaan para wanita. Ada dalam kalangan wanita yang menjalani rawatan tidak invasif menerusi suntikan filler untuk mendapatkan bibir idaman mereka kerana hasilnya lebih cepat. 

Kini permintaan untuk bibir yang lebih tebal semakin berkurangan. Penggemar kecantikan kini lebih menyedari tidak semua orang sesuai berbibir besar.

Sebaliknya, mereka kini lebih memilih prosedur seperti rawatan yang mampu “mengangkat” bibir dengan cara memotong ruang di antara bawah hidung serta bahagian philtrum bibir. Hasilnya akan tampak lebih natural, serta memberi definisi yang lebih cantik pada bahagian bibir.

Foto: thebaltimorecenter.com

3. Revolusi prosedur 4K

Sepanjang tahun 2018 ini, banyak prosedur-prosedur 3D seperti rawatan 3D Face Lift dan pelbagai lagi. Namun, tidak bagi tahun hadapan. Kalau anda nak tahu, prosedur menggunakan teknologi 4K sudah berleluasa di United Kingdom. 

Teknologi 4K ini membolehkan pakar menyemak pesakit sepenuhnya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki serta mampu menunjukkan refleksi selepas menjalani rawatan dalam skala proporsi tubuh menyeluruh. Teknologi ini amat sesuai digunakan pada mereka yang mahu melakukan prosedur buah dada.

Foto: AzerNews

Jadi, penulis nak pesan kepada anda, macam mana canggih dan majunya teknologi hari ini, janganlah anda terlalu taksub untuk cantik sehingga sanggup mencuba pelbagai jenis pembedahan. Dapatkan pandangan daripada pihak pakar terlebih dahulu sebelum melakukan apa sahaja rawatan. 

Ini kerana, menurut kajian di Amerika Syarikat, mereka menganggarkan trend Medical Tourism bakal sampai ke penghujungnya. Ramai yang dikatakan menyesal mengikut pakej pembedahan sebegini kerana hasilnya yang tidak memberangsangkan.

Malah menurut pakar di sana, mereka ini sebaliknya datang ke klinik-klinik untuk memulihkan kembali wajah mereka yang telah ‘rosak’. Berhati-hatilah!

Sumber: Stail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Tue, 20 Feb 2024

Tular Video Berbusana Pengantin, Ziana Zain Dah Nikah? Ini Penjelasan Pengurus

Harap tiada lagi spekulasi yang timbul berkenaan perkahwinan Ziana Zain okay!🤧

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Pornografi Musnahkan Minda Saya” – Billie Eilish Akui Mula Menonton Video Lucah Semenjak Usia 11 Tahun

Penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish, 19, mendedahkan mengenai ketagihannya menonton pornografi bermula dari usia 11 tahun. Menurut Billie, perkara itu telah menjejaskan dirinya ketika dia mula berhubungan dengan lelaki. “Saya rasa video lucah adalah memalukan. […]

Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Featured Fri, 7 Jan 2022

Youtuber Tawar Gaji RM3,000 Sebulan, Jadi Pengasuh Jaga Patung Puaka

Selebriti Youtube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari empat orang pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka miliknya dengan gaji 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang […]