Trending By: Ad Ops December 18, 2018 @ 11:00am

5 Perkara Menarik Tentang Miss Universe Terbaru, Catriona Gray

Yay! Sekarang dah ada Miss Universe baru!

Semalam di Bangkok, wakil jelita dari Filipina, Catriona Gray, telah dinamakan sebagai pemenang bagi pertandingan ratu cantik yang berprestij itu untuk tahun ini.

Jom kita saksikan momen gementar apabila Catriona diumumkan sebagai pemenang.

Miss South Africa Tamaryn Green pula mendapat tempat kedua manakala tempat ketiga jatuh kepada Miss Venezuela.

Wanita-wanita dari seluruh dunia yang beradu nasib untuk memenangi gelaran terkemuka ini telah melalui beberapa peringkat saingan, termasuklah persembahan swimsuit dan evening gown.

Salah seorang hos untuk acara ini, Steve Harvey mengumumkan dalam ucapan pembukaannya bahawa untuk pertama kali, panel juri untuk edisi Miss Universe kali ini terdiri daripada golongan wanita saja. Wah!

Miss Universe untuk tahun lepas, Demi-Leigh Nel-Peters dari South Africa, telah menyampaikan tiara dan selempang yang ikonik itu kepada Catriona.

Kata Demi-Leigh pada November tahun lalu, “(Menerusi pertandingan ini) Anda boleh menjadi cantik dan cerdik, dan anda boleh membuat perubahan yang bermakna dalam komuniti, negara dan dunia anda.” Betul!

Tahniah, Miss Philippines!

Foto: FOX via Getty Images

5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Catriona Gray

1. Dia berdarah kacukan Filipina dan Scotland

Ayahnya Ian Gray adalah berbangsa Scottish manakala ibunya Normita Magnayon adalah dari Filipina.

Kalau itu tak cukup ‘international’ lagi, wanita berumur 24 tahun ini dilahirkan di Cairns, Australia dan telah berhijrah ke Filipina ketika berumur 18 tahun.

Menurut laporan, dia telah menggunakan duit upah kerja modelling untuk membeli tiket kapal terbang dari Australia untuk memulakan kerjaya di Filipina.

2. Dia telah menuntut di Berklee College of Music di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat

Dia telah menerima ijazah dalam jurusan teori muzik dan juga merupakan seorang penyanyi!

Ketika dalam pertandingan Miss Universe 2018, Steve bertanya, “jika anda akan mencipta sebuah lagu tentang pengalaman anda di sini, apakah judul lagu tersebut?

“Sebagai Miss Philippines saya sentiasa merasakan rasa sayang dan sokongan yang diberikan oleh warga Filipina, dan saya rasa saya telah membawakan separuh daripadanya ke sini,” kata Catriona.

“Saya akan memberi judul ‘Raise Your Flag (Kibarkan Benderamu)’ kepada lagu ini kerana saya di sini bukan sebagai diri saya seorang tapi sebagai 104 juta orang warga Filipina!”

Foto: FOX via Getty Images

3. Dia mempunyai gerak gaya runway tersendiri

Rupa-rupanya bila di atas runway, Catriona akan membuat pusingan yang dikenali sebagai “slow-mo twirl”. Ia telah menjadi momen viral dalam segmen swimsuit bagi pertandingan Miss Universe 2018.

4. Dia berdedikasi dalam membasmi kemiskinan di Filipina

Model ini memang vokal tentang kemiskinan di negaranya dan ada projek tersendiri yang dipanggil Paraiso: The Bright Beginnings Project. Catriona telah bekerja keras untuk mengumpul dana agar dapat diberikan kepada sebuah tadika, dengan harapan ia dapat menyenangkan hidup kanak-kanak dari segi perbelanjaan.

5. Dia merupakan pengembara tegar

Catriona gemar melancong keliling dunia dan mengarang tentang penerokaannya di dalam blog miliknya, Cat’elle. Catatannya menceritakan pengalamannya ketika melancong di Filipina, China, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Bagi yang tak sempat menyaksikan siaran langsung acara gilang-gemilang ini, sekurang-kurangnya tontonlah sedutan di bawah. Ia menunjukkan Catriona yang telah ditanyakan soalan yang mencabar tapi jawapan yang dia berikan memang power!

Sumber: E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Jan 2021

PKP Tidak Akan Disambung Kecuali…

Stay Safe! #KitaJagaKita

Featured Fri, 27 Aug 2021

Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu, Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Dalam satu kenyataan di laman […]

Hiburan Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sebagai artis yang serba boleh, bagi je lah watak apa pun, mesti boleh bawa punya!

Featured Tue, 2 Aug 2022

[VIDEO] “Lari Bang Lari” – Selamba Ajak Hael Husaini Makan Bersama, Ratu Farah Diva Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Fuhh! Ratu punya konfiden memang cenggini 👍 Ada jual dekat shopee tak konfiden macam Ratu ni? Min nak beli jugak! 😂

Trending Tue, 26 Apr 2022
Trending Sun, 13 Sep 2020
Trending Wed, 21 Feb 2018

亚裔爸爸失业2年被人资酸「不会英文就滚」女儿伤心贴网后……

人资代表了一间公司的门面,但也绝非每位人资都非常亲切友善。美国一位网友就因为越南裔的爸爸在找工作时,受到人资经理的污辱,气愤地把事情经过PO上网,引发热议,后续还发生了不可思议的效应!