Oh Lawa By: tex_admin December 29, 2018 @ 11:00am

Capai Kepuasan Maksima Apabila Shopping Bra Di Butik Ini

Tidak dinafikan bahawa ramai wanita di luar sana beranggapan harga pakaian dalam lebih mahal jika dibeli di butik. Persepsi ini salah sebenarnya ya! Ini kerana, pembelian di butik lebih banyak mendatangkan kepuasan berbanding membelinya di luar.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan mengunjungi sebuah butik pakaian dalam terkenal iaitu Wacoal di Sunway Pyramid. Apa yang ingin penulis nak beritahu kepada anda, butik ini memang best gila kalau nak shopping bra! Penulis ingatkan harga bra di butik Wacoal mahal-mahal, rupanya tidak sama sekali!

Ini kerana, harga yang ditawarkan cukup istimewa dan berpatutan setanding dengan kualitinya. Bukan sahaja menyediakan koleksi bra yang cantik dan moden, malah layanan yang diberikan kepada penulis memang 100% awesome!

Foto: H&H

Bukan itu saja, sebenarnya banyak lagi manfaat yang akan anda dapat jika shopping bra di butik Wacoal berbanding membelinya di luar. Nak tahu? Jom semak 4 sebab kenapa anda wajib shopping bra di butik ini.

1. 100% layanan daripada Fit Specialist

Biasanya, kalau beli bra di luar, promoter kedai hanya membantu dari segi mencari saiz bra yang anda minta sahaja kan? Kemudian, barulah anda akan mencubanya sendiri di fitting room. Betul tak?

Tapi, berbeza layanan di butik Wacoal ini! Apabila anda masuk sahaja ke dalam butik ini, anda akan mendapat layanan yang cukup istimewa daripada fit specialist mereka. Fit specialist sendiri akan mengukur dan menentukan saiz yang ideal (menjamin keselesaan) untuk bra anda.

Foto: H&H

Apabila dah tentukan saiz, fit specialist  akan menunjukkan koleksi-koleksi yang sesuai dengan saiz bra anda. Ingat! Tidak semua jenis bra sesuai dengan saiz anda. Sebab itulah anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada fit specialist!

Foto: H&H

Begitu juga dengan para ibu yang pertama kali ingin mencari #firstbra untuk anak mereka. Bawa sahaja anak anda ke butik Wacoal, beauty adviser bersedia untuk membantu anda dan segalanya akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa!

2. Koleksi bra yang up-to-date

Penulis percaya, sesiapa sahaja yang mengunjungi butik Wacoal akan jatuh ‘cinta’ dengan koleksi-koleksi pakaian dalam mereka! Kalau anda nak tahu, koleksi di butik ini lebih banyak pilihan dan cantik sangat. Paling penting sekali, koleksi mereka lebih up-to-date berbanding koleksi yang dijual di luar butik.

Malah, koleksi mereka bukan hanya untuk orang dewasa sahaja, malah saiz untuk remaja juga ada disediakan! Selain itu, semua koleksi bra di butik Wacoal ini dihasilkan dengan kaedah teknologi yang tinggi daripada negara Jepun. Sebab itulah, bila dipakai memang selesa habis!

Jika anda ingin mengunjungi butik ini, anda perlu beli 3 jenis koleksi best seller mereka iaitu, lacy bra, travel bra dan sport bra. Memang mengancam 3 koleksi ini!

Salute (Lacy collection)

Foto: H&H

Koleksi ini memang penulis ‘love’ sangat! Sebabnya, penulis sangat suka material yang berunsurkan lace. Untuk koleksi bra ini, corak sulamannya sangatlah kemas dan cantik setanding jenama antarabangsa! Renda-renda yang ada pada koleksi bra ini pastinya memberi impak seksi buat si pemakai.

Gococi 

Foto: Wacoal

Koleksi ini sangat sesuai untuk dipakai setiap hari. Didatangkan dengan peanut pad yang direka daripada teknologi Jepun, bra ini akan memberi keselesaan yang berpanjangan dalam aktiviti seharian anda.

Apabila anda memakai bra ini, anda akan rasa lebih selesa dan ‘free’. Bra jenis ini juga sesuai dipakai apabila anda pergi holiday.

Sport bra

Foto: H&H

Bagi anda yang kerap melakukan aktiviti senaman, koleksi sport bra dari Wacoal ini memang wajib ada dalam almari pakaian anda! Ini kerana, barisan koleksi ini sangat mudah dipakai, tidak terlalu ketat pada bahagian badan dan payudara, serta mudah dicuci dan dikeringkan.

Travel bra

Foto: H&H

Jenis bra ini pula memang wajib ada bagi anda yang kaki travel! Ini kerana, koleksi travel bra ini cukup istimewa kerana formulasi pembuatannya lebih kepada environmental friendly. Menariknya lagi, travel bra ini tiada wayar dan boleh digulung dengan kemas dan disimpan di dalam bagasi anda.

3. Harga yang berpatutan

Mesti anda fikir, harga bra di butik Wacoal ini mahal kan? Sebenarnya, tidak ya! Harga untuk koleksi mereka ditawarkan cukup berpatutan dan mampu milik. 

Memang worth it jika anda shopping bra di butik ini kerana bukan sahaja harganya berpatutan malah kualitinya 100% dijamin terbaik! Tambahan lagi, setiap pembelian sebanyak RM200 ke atas akan berpeluang untuk menjadi membership Wacoal secara percuma.

Melalui membership ini, anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk ditukarkan kepada baucer pembelian yang seterusnya. Ianya hanya valid di kaunter butik sahaja ya! Sebab itulah untung jika anda shopping bra di butik, macam-macam tawaran istimewa akan anda perolehi!

Foto: H&H

4. Pusat pembuangan

Setiap tahun, butik Wacoal bukan sahaja menjual rangkaian pakaian dalam wanita, malah mereka juga bertanggungjawab menjadi pusat recycle! Ia dinamakan sebagai ‘Recycle Bra Campaign’ di mana anda boleh membawa koleksi bra yang sudah lama atau yang dah rosak dan diserahkan kepada pihak Wacoal.

Hasil pengumpulan tersebut akan diserahkan kepada pihak recycle plant dan akan dihapuskan dengan cara yang selamat. Untuk pengetahuan anda, untuk tahun 2018 sahaja Wacoal telah mengumpul bra lama sebanyak 30,000 helai. Banyak kan?

Banyak kan manfaat yang anda dapat bila shopping bra di butik Wacoal? Penulis sarankan memang wajib untuk anda kumpul koleksi bra jenama hebat ini! Selain menyediakan rangkaian bra, butik Wacoal juga menjual washing bra bag yang sangatlah comel.

Foto: H&H

Jadi, tunggu apa lagi, jom shopping bra di butik Wacoal berdekatan rumah anda. Terdapat 4 cawangan butik ini iaitu di Sunway Pyramid, IOI City Mall, Sunway Velocity dan Empire Shopping Gallery. Datang sekarang ya, sebab semua cawangan butik Wacoal sedang menawarkan free membership istimewa untuk anda sehingga penghujung Februari 2019 dalam setiap pembelian.

Jangan lupa untuk cerita mengenai manfaat shopping di butik Wacoal ini kepada kenalan anda ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Aura Dewasa Dalam Rekaan Kurung Kanak Kanak Cetus Impak Glamorous Buat Si Pemakai Cilik

Koleksi yang biasanya digayakan orang dewasa, kini turut tersedia untuk golongan kanak-kanak.

Featured Fri, 19 Oct 2018

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Kemerahan pada wajah berlaku disebabkan kulit yang mudah sensitif.

Oh Lawa Tue, 17 Jul 2018

Buat Kamu Si Mata Kecil, Cuba 5 Teknik Ini Untuk Miliki Mata Galak Persis Aishwarya Rai

Mata galak pesonanya cukup memukau namun standard mata bagi kebanyakan wanita Asia lazimnya bersaiz kecil.

Featured Wed, 12 Jun 2019

Peminat Harry Potter kini boleh bergaya dengan kasut Vans bertemakan Hogwarts!

Tonjolkan minat anda menerusi fesyen ‘cool’ ini!

Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

Tip Memilih Moisturizer Yang Betul Untuk Wajah

Moisturizer yang tidak sesuai dengan jenis kulit boleh menyebabkan wajah breakout.

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019