Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops January 1, 2019 @ 9:47pm

Garis Panduan Ketika Melancong & Menaiki Kapal Terbang Dengan Bayi

Jika anda dah biasa melancong sebelum anda ada anak, pengalamannya jauh ketara apabila anda perlu membawa si kecil anda sekali menaiki kapal terbang dan melawat negara asing.

Jika anda belum pernah lagi merasai pengalaman ini dan anda langsung tak boleh bayangkan apa yang anda perlu lakukan, jangan risau!

Ikuti saja panduan yang dikongsikan di bawah untuk pastikan trip anda selamat dan selesa buat anda sendiri serta si kecil.

1. Sebelum bertolak

Rujuk nasihat doktor

Jika anda akan melancong ke negara antarabangsa, anda memang perlu periksa dengan doktor anak anda sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berlepas untuk ketahui jika si kecil ini perlukan sebarang ubat imunisasi tambahan.

Menurut Dr David Fagan, pembantu pengerusi bahagian pediatrik di Cohen Children’s Medical Centre di New York, si kecil mungkin perlu menerima vaksin atau mengambil ubat tertentu.

2. Di atas kapal terbang

Sediakan tempat duduk untuk bayi yang memandang ke arah belakang

Foto: Money Crashers

Ya, ini memang menyusahkan tapi demi keselamatan anak anda, kena juga buat! Periksa dengan syarikat penerbangan anda jika anda perlu beli tiket ekstra dan jika ada tempat duduk yang sesuai untuk si kecil.

Jangan lupa juga untuk mengangkat bayi anda keluar daripada seat tersebut setiap dua jam. “Ini membenarkannya untuk meregangkan badan,” kata David. Lagipun anda perlu tukar lampinnya pun.

Bawa stroller berlipat

Kini ada kereta sorong bayi yang boleh dilipat dan diangkut di bahu macam tote bag! Stroller juga dikira sebagai carry-on luggage jadi anda boleh letak saja di kabin.

Minta sebuah bassinet

Foto: Business Insider

Sebelum trip anda, hubungi syarikat penerbangan anda dan periksa jika mereka ada menawarkan bassinet. Selalunya ia memang percuma untuk penerbangan antarabangsa tapi ia bergantung kepada sama ada benda itu ada atau tidak.

Pastikan anak anda terhibur

Kristiana Choquet, seorang penasihat pelancongan mewah, mencadangkan anda membawa snek dan mainan yang tak memberatkan beg. Isikan tablet anda dengan permainan atau filem untuk kanak-kanak.

Pastikan anak anda okay dengan perubahan tekanan udara

“Ramai kanak-kanak tak terkesan dengan perubahan tekanan udara ketika pesawat berlepas dan mendarat,” kata David. Tapi memandangkan bayi tak boleh menelan dan menguap dengan sukarela, alternatifnya adalah menghisap.

Anda boleh menyusunya atau memberikannya puting terutamanya apabila pesawat mula menurun; inilah waktu apabila perubahan tekanan terbesar berlaku. Minta krew kabin untuk memberitahu bila pesawat akan mula menurun.

3. Di hotel

Periksa keselamatan

Foto: The Selfish Years

Tahap keselamatan adalah berbeza di setiap negara, jadi pastikan anda membuat pemeriksaan teliti di tempat penginapan anda, kata David.

Periksa semua railing, soket elektrik dan juga cat dinding jika ada yang longgar. Ibu bapa kepada anak kecil yang sudah boleh berjalan perlu lebih berhati-hati.

Minta keperluan bayi

Kenapa perlu penat-penat bawa dari rumah jika hotel anda ada menyediakannya? Sesetengah hotel menawarkan barang-barang keperluan penjagaan bayi seperti lampin dan juga stroller.

“Saya tak pernah bawa stroller ketika melancong,” kata Kristiana, yang menasihatkan anda supaya hubungi dulu pihak hotel untuk check.

Anda tak mampu menginap di hotel? Lampin, tisu basah, susu formula dan botol susu mudah didapati di mana-mana.

Lindungi kulit anak daripada nyamuk

Di destinasi beriklim tropika, seluar dan kemeja berlengan panjang adalah pilihan paling bagus. Kalau tak, pakaikan saja losyen tapi apa-apa pun, jangan gunakan ubat spray ke atas bayi kerana takut dia tersedut gas merbahaya. Pakaikan kelambu pun okay.

Sumber: Travel+Leisure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

Resipi Apam Santan Pelangi Paling Gebu Yang Wajib Anda Cuba

Apam santan ini sedap jika dimakan bersama secawan teh.

Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Berikan kelainan kepada snek klasik ini. Gerenti nak lagi!

Eat Travel Sun, 16 Sep 2018
Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Eat Travel Fri, 24 Apr 2020

2 helah penyediaan makanan mudahkan percutian santai

Bercuti, tetapi makan seperti di rumah sendiri

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

Sate Hipster Warna-Warni Ini Popular Di Terengganu. Anda Wajib Cuba!

Sate hipster ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih menggunakan resipi turun-temurun.

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Tengok sama ada anda lakukan atau tak perkara-perkara ini.

Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

8 Tip Untuk Pelancong Wanita Solo Kekal Selamat Ketika Mengembara Di Luar Negara

Jangan kerana takut, anda tak menikmati pengalaman yang menarik ini!

error: Content is protected !!